Saturday, August 6, 2011

Sempurna yang cacat


Aku terbiasa tersenyum tenang walau hati aku menangis. Ketika aku tidak biasa tersenyum tenang, itu tandanya hati aku gundah. Aku tahu, kau adalah cerita yang pasti. Tertulis jelas mengatakan kau inginkan kebahagian. Kebahagian menurut kata hatimu sendiri dahulu. Kini, perubahan berlangsung ligat. Kata hatimu adalah menurut kata hati orang tuamu jua. Bahagia mu datangnya dari pandangan kesempurnaan orang tua mu terhadap diri aku.

Senyuman aku kadang-kadang berubah. Tenang dan gundah. Mungkin saja kesan dari renunganmu. Renungan yang mematikan. Sepertinya, aku tahu maksud di balik pandangan itu. Apakah itu tandanya 'jenuh'? Hingga kini, sudah berapa lama kita bersama. Apakah kau sedang mengingati bagaimana aku yang dahulu? 

'Sempurna' yang kau lihat dahulu pasti sedikit sebanyak sudah pudar dari raut wajah aku ini. Sempurna itu luntur kerana berbagi cerita antara kau dan aku. Tidak seperti di awal pertemuan. Amat menyamankan hati. Ketika di akhir perpisahan, sepertinya hati diletakkan di dalam oven. Sangat-sangat panas. Sehingga oven berbunyi 'TING' 'TING'. Sampai hatinya terbakar sehingga lembur. Hancur sehancur hancurnya...

Sebenarnya, sempurna atau tidak bukanlah agenda besar dalam hal berkasih sayang. Cuma kemampuan memberi persediaan adalah suatu kesempurnaan bagi mereka yang ikhlas berjuang mencari nilai bahagia yang ingin dimiliki.

ibarat cara memasak meggi. Iklan di bungkusan meggi "'hanya dua minit". tanpa dua minit itu tak kan tiba-tiba sahaja meggi itu sudah terhidang di depan mata. 

Tiupan semangat buat adik


apa harus aku berasa lelah sekarang?
padahal aku telah hampir ke garisan
mungkin aku tidak suka makan kerang
membuatkan aku kini hampir pengsan

oh tidak. makan ku selalu ibu jaga
suapannya memberi aku tenaga
aku melihat ibu sungguh menjaga
akan diriku tetap sihat sentiasa

dari suapan itu telah tertanam doa
buat anak yang sentiasa di cinta
melunturkan rasa hati yang hiba
agar sentiasa cekal hadapi dunia

dunia aku kini adalah esok
esok adalah hari buat ku jatuh
namun tidak di saat ini
kerana telah ada doa diberkahi

ibu, ayah, abang, kakak dan adik
dimana jua kalian berada
sungguh jarang kini kita berjumpa
akan aku pertemukan kalian semula

hasil dari kejayaan yang akan aku perolehi nanti.....



Tiba-tiba rindu


Kejutan waktu menarik fikiran yang sudah lama terbiar di suatu ruang ingatan. Ruang itu telah aku sediakan khusus buat fikiran lalu. Biarkan saja tanpa terusik lagi. Fikiran itu aku simpan baik-baik setelah mampu melupakan sebuah kenangan pahit. Setelah mampu ku lupakan, aku hanya membiarkan saja ingatan itu tanpa membuangnya jauh-jauh. 

Waktu membantu melupakan fikiran pahit itu, waktu juga yang membantu aku mengingatinya kembali. Kesannya masih panas di punggungku, bila aku duduk di bangku panggung wayang. Aku nampak bayangnya di sebelah kiri aku walau aku sedar aku hanya sendiri jalan-jalan menghabiskan waktu cuti sendirian. 

Kesan itu masih terasa di tangan, bila aku mencari sesuatu di di tempat penyimpanan barang-barangku, aku terjumpa dan terpegang barang yang selalu dipegang olehnya suatu ketika dahulu. Aku menggigil dan hanya mampu meletakkannya kembali dengan baik. 

Kesan kenangan itu masih panas di mata aku, bila aku mengandarai motor melihat tempat-tempat yang selalu aku lalui saat bersamanya. Aku hanya menyepetkan mata tanda menahan ombak yang deras. Ombak itu sangat ingin menunjak keluar dari rongga mata. Mujur aku masih sempat menahan menggunakan tangan. Kalau tidak, pasti akan basah seluruh wajah yang keletihan ini.

Waktu akhirnya berjaya membuat aku mencari kembali kenangan itu. Walau aku masih takut lagi. Takut hadapi perihnya kembali jiwa yang hampir musnah dirobek dulu. Namun, aku tetap gagahi jua kerana bagi aku, aku tidak ada hati lagi untuk bisa merasakan kesengsaraan gangguan jiwa seperti dahulu lagi.

Jiwa aku sudah mati. Sudah tidak mampu membekalkan rasa suka yang bahagia. Ditambah pula, aku memilih untuk mengeraskannya jadi batu agar aku bisa memberi tumpuan untuk diri aku dahulu. Aku serik walau masih ada kata yang malu aku ungkapkan di sini, iaitu aku rindu.