Tuesday, September 27, 2011

New post

Aku hela sepuas-puasnya nafas yang tertahan selama ini. Lega. Aku rasa seperti hari kemarin menjadi hari terakhirku bersama dengan tempat aku luahkan rasa hati ini. Blog. Jadi, kemanakah hala tuju aku selama ini?

Termenung

Seronok kita dapat memikirkan apa yang ada dalam fikiran tanpa sedar. Itu yang aku alami. Sambil duduk nongkrong di atas tembok setinggi peha. Sambil mendongak ke langit mencari kelibat bulan. 

Lamunan tak pernah terhenti. Memberi satu jawapan yang aku mahu cari. Namun pemberian jawapan masih tidak didapati, kerana masih belum ada yang terbukti. Kasih yang diberi, harap adanya sayang yang kembali.

Memahami

Mengisi hari dengan sibuknya urusan kerja. Sehari-hari tugasan menjadi utama. Tapi, tidak lupa juga mengasingkan waktu untuk lain juga. Apekah? hehe :D Adalah. Seperti tidur, makan, tidur lagi, makan balik dan kembali tidur :)

Mengenal dahulu sebelum dapat memahami. Seseorang yang dekat di hati dan masih samar jawapan yang akan diterima nanti. Imbauan kesan yang aku sahaja yang pasti tahu. Seseorang itu faham, tapi tidak pernah akan cuba aku beritahu. Betapa aku ini seorang yang jauh bermimpi.

Mungkin nanti

Ketika syarat menjadi erti, menyunguhkan maksud di hati. Begitu amat aku peduli dan sudi menerima aku dan dia juga, apa adanya. Dan ketika itulah, ragu ku akan jelas menerangkan bebanan di kepala selama ini dalam meyakinkan aku ini siapa sebenarnya kepada sang penjaga.

Saatnya aku berkata. Mungkin itu akan jadi akhirnya atau permulaan bahagia yang sempurna. Bagi aku yang masih sekarang ini, risau dan takut akan menjadi cerita mati yang dahulu, seandainya sekarang aku lontarkan segala yang jelas bagi memungkinkan kecewa menjadi maha besar menumpuk di hati yang menyayangi aku.

Harapan

Kejujuran itu pahit. Pahit itu juga ubat. Jadi, biarlah sepahit mana aku akan telan. Begitulah seharusnya bagi aku, seorang lelaki yang jujur tentang rasa hati bagi meneruskan langkah. Sebuah perjalanan yang aku anggap masih jauh untuk aku sampai ke tujuannya :|


Monday, September 19, 2011

Kerisauan itu juga sebuah kebahagian.

Ketika kelam membawa diri, bukan malu atau segan diperlihatkan akan diri. Hanya hati ini mahu bertafakur sebentar. Menahan diri dari terus melayang kerana kata-kata yang tidak perlu disampaikan pada yang mendengar. Mengenai apa yang tidak sedikitpun memberi nilai yang baik.

Ketika senyap itu menjadi batasan cerianya kala berbicara. Itu petanda bagi diri akan kesedaran yang dirasai. Apakah benar bicara itu diutarakan dengan tulus atau tidak. Apakah susunan bicara aku ini telah membuat hatinya terguris atau terasa?

Bila hujan mahu tidak mahunya turun lagi ke bumi. Saat mentari pula lemah memancarkan bahangnya lagi. Angin pula bertiup tanpa rasa yang memberi. Begitulah aku, hadapi suasana serba tidak menjadi. Turun naik nafas menghirup udara kaku. Mencuba untuk bertenang agar dapat menjauh dari kegelisahan.

Buatmu bahagia. Buatmu suka. Buatmu selesa. Antara fikiran utama yang ringkas dan bermakna. Tidaklah mampu aku hamparkan harta dunia. Tidaklah pakaian serba diraja di alas ke atas badan. Tidaklah sumber gaji menjadi kemampuan agar tercapai maksud yang terdekat ini.

Cuma, semampuku hanya dapat memberi apa yang ada di hati kecil yang penuh luka. Telah tercipta banyak kisah dari pengalaman yang amat berguna. Baik buat diri ini mahupuan pada yang merasai hal yang sama. 

Biarlah aku begini dahulu. Terima aku apa adanya hingga saat rasa suka, selesa dan bahagia itu benar-benar dilihat sebagai satu jalan yang benar bagi menilai aku ini siapa. Begini aku, yang selalu berasa bahagia bila risau turut menjadi sahabat setia. Risau itu juga adalah sebuah bahagia yang aku lebih julangkan dari hanya terus mengungkap kata cinta yang sedikitpun tidak memberi apa-apa makna.

Biarlah istilah yang mahal ini dapat memberi makna yang benar bila dua hati yang saling kerisauan, lalu menjadi kefahaman dan sedia berbagi duka dan tawa. Ketika itulah semua yang diinginkan akan ada jalan menuju ke satu tujuan. Moga segalanya dibimbing oleh redha Allah dan pastinya akan sampai jua niat yang baik menuju ke alam bahagia seterusnya.



Thursday, September 15, 2011

Jejak atas jalan baru

Masih tersusun deretan jejak yang masih tertinggal sisa. Ada yang masih baru dan juga lama. Jejak yang lama, diselaputi dengan debu tebal. Dihampari pula oleh daun-daunan kering yang berguguran.

Jejak yang baru, masih terlihat jelas. Tidak berani debu menghampiri menutupi jejak yang telah ditandai. Memberi gambaran jelas si peninggal jejak berada tidak jauh dari jejak yang baru ditandai ini.

Si pengatur langkah, telah jauh berjalan. Mengharungi setiap jalan yang dilewati. Tanpa sedar, si pengatur langkah telah banyak mengeluarkan keringat. Keringat yang timbul dari kelelahan yang dirasai.

Lelah dan jerah. Tidak juga pernah mahu menyerah. Masih utuh kaki di beri tenaga. Mencari langkah buat perjalanan yang masih jauh untuk menemui apa yang diimpikan. Sebuah kenyataan yang di cari, berpunca dari angan yang diberi.

Ketika riwayat si pengatur langkah disisipkan dengan berita duka. Menghenyak hati hingga punah. Di saat itulah si pengatur langkah tidak pernah mahu terus mengendong duka di bahu dan dada.

Si pengatur langkah, membawa diri berjalan bersama waktu yang maya. Mencari ubat dari alam yang nyata. Di setiap jeda perjalanan. Si pengatur langkah cuba membawa kedamaian. Sungguh damai yang di cari adalah hasil luka silam yang terpalit nyeri di hati.

Di perhitungan usia perjalanan si pengatur langkah. Telah terlihat hasil ubat dari alam. Duka dari perih jiwa yang dikosongi, telah pun kini dapat terisi kembali. Terisi dengan kasih Ilahi yang dahulu jarang-jarang si pengatur langkah mahu mengingat untuk mensyukuri.

Terisi hati dengan rasa damai, hasil ingatan yang tidak putus pada yang Maha Mengasihi. Terisi hati dengan suka, hasil dari diri yang mahu berubah, ketika dahulu mudah menuruti hati yang sering melakukan salah.

Kelam dan tenteram jiwa si pengatur langkah kini, kerana terlihat terang jalan yang diredhai. Di sinilah langkah baru yang terjadi. Menghapus jejak lama yang dahulu jalan gelap yang dilalui.

Bekalan pula berganti, bukan bekalan sakit hati, menyumpah atau menyendiri di bawa lagi. Tetapi, kesendirian mencari nilai yang baik buat diri dan juga pengalaman gelap lalu di bawa sebagai bekalan kini.

Ketika jalan itu sudah terang. Di sanalah si pengatur langkah terlihat riang. Betapa waktu yang selama ini menemani, sudahpun bisa bergerak sendiri meninggalkan si pengatur langkah untuk menyendiri. 

Kesendirian tapi telah kuat di tanam sifat tabah dan cekal. Bersendirian menempuh hari yang mendatang atau sedang berjalan. Betapa setiap langkah yang terhasil pasti menumbuh hasil yang baik buat si pengatur langkah bertambah menjadi lebih berani dan berjaya mencapai apa yang diimpikan selama ini :)