Monday, October 31, 2011

Petani Kecil

"Andai saja segala kemungkinan menjadi pasti, apakah benar sesuatu yang diidami memberi jaminan setulus hati? Andai saja kepastian menjadi nyata, apakah sifat dan perwatakan yang membawa erti bahagia akan tetap terlaksana?"

Jam 2:55 pagi. Di sebuah ruangan kecil. Aku duduk bersila sendiri di atas bangku. Ruangan kecil itu ditemani oleh cahaya suram dari dapur dan separuh lagi dari ruang tengah rumah. Dalam hening sepertiga malam ini, masih ada kedengaran riuhnya. Bunyi kibasan kipas dan juga sedikit alunan lagu dari blog sendiri.

Masih lena dalam khayalan kata. Membuat mata ini leka tentang keperluannya, iaitu tidur. Walau begitu, mata tetap setia menemani si gundah hati ini. Ada cerita mengenai si dia, yang perlu dijelaskan secepatnya agar tidak lagi meresahkan jiwa yang serba tiada tahu tentang apa yang dialaminya.

Lelah sebenarnya menghimpunkan beribu kisah mengenai satu kata, hati. Pada saat daging lembut itu mahu memerah, pada ketika itulah ia mulai mencari erti dari peristiwa yang membakar hati hingga menjadi hitam dahulu.

Sudah jerah dan mengerti apa itu rasa resah. Dalaman rohani telah terlihat dan mempelajari tentang jiwa kudus, melangkah ego. Sedia beri tentangan terhadap risiko dan berani sahut segala tanggungjawab. Kisah setia yang seharusnya tiada lagi persoalan. Apa lagi mengenai konsep saling terima dan memberi. Saling memahami.

Setiap kekurangan ada kelebihan. Setiap kelebihan ada kekurangan. Itu saling terima dan memberi. Saling memahami tanpa perlu ego di bawa sekali di atas setiap keputusan diri. Setiap kata yang diungkap itu adalah tanggungjawab utama, bukan dari apa yang mahu atau ingin dilaksanakan nanti.

Hati. Banyak sudah kisah tentangmu menghiasi ruangan kecil ini. Cukupkah atau tidak menggambarkan kamu sudah berjaya aku selami. Menjadi lelaki yang semahunya kenal pahit itu bukannya kopi dan manis itu bukannya gula.

Bagi kamu, bersama atau tidak bersamanya kamu pada aku, adakah itu menjadi kata soal untuk hati lagi? Singkaplah bicara aku yang dahulu. Saat kamu ragu, ketika aku berasa yakin bahawa hatimu mahu rapat pada hatiku.

Ketika itu, bicara aku... "walau apa pun yang terjadi, berilah saya peluang menemani kamu agar sentiasa dapat terlihat senyuman bahagianya kamu, walau kesudahannya nanti pasti ada linangan air mata" - petani kecil

Wednesday, October 26, 2011

Selamat Hari Jadi Shu...

Si cantik Damia
Sebuah nama dan cerita
Antara dua pasangan bahagia
Bertemu dan saling mencinta

Ibumu lahir ke dunia
Menghubung sebuah nafas
Maka terlahirlah kamu ke dunia
Memberi sejuta bahagia yang puas

Selamat dan bahagia buat ibumu
Dalam menyambut ulang tahun kelahirannya
Semoga ibu dan ayahmu tahu
Bahawa kamu adalah hadiah teristimewa

Maka jadi anak yang baik dan berjasa
Besar nanti, jadilah insan yang berguna
Teruskanlah bahagia yang tercipta
Hingga mereka capai waktu menua

Saturday, October 22, 2011

Pelangi petang

Bagaimana mungkin bisa bersemangat lagi. Punca semangat itu sudah pergi. Meninggalkan kesan di hati yang paling dalam. Punah semua harapan. Sekali lagi, lalui kisah yang paling menyedihkan dan tak mungkin dapat terlupakan.

Di mana kan ku cari ganti, pelangi seperti itu. Mungkin saja ianya ada, ketika hadirnya hujan yang tahu memahami rasa hati yang sedang pilu. Hati yang selalu membenarkan apa yang di nyata. Betapa kasih yang terungkap bukan mudah diluahkan pada orang sembarangan.

Luruh hati, lelah jantung berdegup. Mata dari pandangan yang redup, sayu untuk melihat. Betapa indah pelangi petang ciptaan Ilahi. Pelangi yang jarang-jarang kelihatan. Mungkin saja setelah diri dirudung perih usai dikecewakan, oleh mata penjaga yang tidak mahu sedikit memberi ruang. Memberi peluang bagi menyirnakan keyakinan mereka terhadap apa yang bisa diri ini menjaga dan melaksanakan tanggungjawab terhadap anak emas yang mereka sayang.

Mungkinkah bila setiap kesalahan itu selalu aku terlupa hingga menerjah menjadi titik noktah dalam hidup aku?. Salah satu yang menjadi kesalahan adalah ketika aku memberi penjelasan. Berkenaan ketidaksamaan semua orang itu bukanlah menjadi ukuran. Kejujuran dalam memberi rasa kasih seperti tidak ada erti bagi mereka. Terlalu awal diberitakan tentang sejarah kehidupan, hingga janji terungkap selama ini terus hilang dalam ingatan.

Tidakkah difikirkan, bahawa tidak sanggup melihat sang kasih terus dilamun resah, Gara-gara asbab yang disembunyikan? Kerana demi keutamaan sanh kasih, telah segalanya diperjelaskan menjadi lebih awal, kerana benar dalam ketulusan kasih, sedia diri ini menerima segala tohmahan. Meski tidaklah semua orang itu sama. Turut jua diri menjadi mangsa kekejaman.

Dalam hilai hati yang menjerit dengan perlahan. Terhenti nafas buat seketika. Semua yang dirisaukan, menjadi nyata. Tidak pernah diri ini yang mengakhiri, namun apalah daya ini beerti lagi jika dari kisah silam yang lalu pernah terjadi, kini berulang kembali menghukum dua jiwa yang saling menyayangi. Tidakkah itu menjadikan diri ini menjadi sakit yang tiada obatnya?

Semua ini menjadi igauan yang mematikan. Tangis dalam diam. Esak yang hanya aku dengari. Ketika itu pastinya alam jua turut menangis. Hujan yang berderai selalu sahaja hadir dalam suasana yang mendamaikan, hingga mampu membuat fikiran aku melayang. Terdetik di hati, tersimpul urat fikiran hingga mampu kenangan lalu tergenang di fikiran. Dilakar oleh sang hujan atas lelangit tanpa tiang yang penuh dengan kabus dingin. Maka terbentuklah sebuah pelangi.

Pelangi petang di saat hujan masih belum mahunya berhenti... :'(