Debaran yang dirasakan pada 3 tahun yang lalu masih terasa hingga kini. Debaran yang berpunca dari denyut jantung di dada, berdebar tak menentu.
Entah mengapa, hati menjadi sayu berlipat dengan rasa malu tersipu-sipu untuk mengatakan tentang hal yang lalu, bahawa debaran itu datang sebenarnya kerana kehadiranmu.
Sejak mula mengenal kamu meski hanya dari sebaris nama, diam - diam hatiku mengagumi dirimu bahkan menyayangimu.
Untuk pertama kali setelah 2 tahun saling mengenal hanya di balik talian. Kita akhirnya dapat bersua melihat wajah sebenar di balik suara yang sering dahulu mendamaikanmu. Semua itu terjadi di sebuah stesen keretapi. Masih adakah ingatan kamu tentang hal itu?
Buatmu, untuk pertama kali hingga ke detik ini, ku akui betapa kamu begitu berarti. Hingga memuncak sebuah rasa yang ingin selalu dekat dengan dirimu. Maaf andai aku ingin mengatakan sebuah kata manja disini, yang aku tak mahu berjauhan lagi.
Barangkali kamu tidak menyedari bahawa kamu yang pertama di dalam hidup ini, dan barangkali juga kamu pasti merasa seperti apa yang ku rasakan, rindu dan sayang menyeksa diri. Yang pertama di dalam hidup ini juga, kasih dan sayang menerpa diri.
Kuakui, pada ketika jiwa ini penuh dengan rasa kasih padamu, tak sedar bibirku ini menyebut dan memanggil namamu sayang...

No comments:
Post a Comment