Monday, October 31, 2011

Petani Kecil

"Andai saja segala kemungkinan menjadi pasti, apakah benar sesuatu yang diidami memberi jaminan setulus hati? Andai saja kepastian menjadi nyata, apakah sifat dan perwatakan yang membawa erti bahagia akan tetap terlaksana?"

Jam 2:55 pagi. Di sebuah ruangan kecil. Aku duduk bersila sendiri di atas bangku. Ruangan kecil itu ditemani oleh cahaya suram dari dapur dan separuh lagi dari ruang tengah rumah. Dalam hening sepertiga malam ini, masih ada kedengaran riuhnya. Bunyi kibasan kipas dan juga sedikit alunan lagu dari blog sendiri.

Masih lena dalam khayalan kata. Membuat mata ini leka tentang keperluannya, iaitu tidur. Walau begitu, mata tetap setia menemani si gundah hati ini. Ada cerita mengenai si dia, yang perlu dijelaskan secepatnya agar tidak lagi meresahkan jiwa yang serba tiada tahu tentang apa yang dialaminya.

Lelah sebenarnya menghimpunkan beribu kisah mengenai satu kata, hati. Pada saat daging lembut itu mahu memerah, pada ketika itulah ia mulai mencari erti dari peristiwa yang membakar hati hingga menjadi hitam dahulu.

Sudah jerah dan mengerti apa itu rasa resah. Dalaman rohani telah terlihat dan mempelajari tentang jiwa kudus, melangkah ego. Sedia beri tentangan terhadap risiko dan berani sahut segala tanggungjawab. Kisah setia yang seharusnya tiada lagi persoalan. Apa lagi mengenai konsep saling terima dan memberi. Saling memahami.

Setiap kekurangan ada kelebihan. Setiap kelebihan ada kekurangan. Itu saling terima dan memberi. Saling memahami tanpa perlu ego di bawa sekali di atas setiap keputusan diri. Setiap kata yang diungkap itu adalah tanggungjawab utama, bukan dari apa yang mahu atau ingin dilaksanakan nanti.

Hati. Banyak sudah kisah tentangmu menghiasi ruangan kecil ini. Cukupkah atau tidak menggambarkan kamu sudah berjaya aku selami. Menjadi lelaki yang semahunya kenal pahit itu bukannya kopi dan manis itu bukannya gula.

Bagi kamu, bersama atau tidak bersamanya kamu pada aku, adakah itu menjadi kata soal untuk hati lagi? Singkaplah bicara aku yang dahulu. Saat kamu ragu, ketika aku berasa yakin bahawa hatimu mahu rapat pada hatiku.

Ketika itu, bicara aku... "walau apa pun yang terjadi, berilah saya peluang menemani kamu agar sentiasa dapat terlihat senyuman bahagianya kamu, walau kesudahannya nanti pasti ada linangan air mata" - petani kecil

Wednesday, October 26, 2011

Selamat Hari Jadi Shu...

Si cantik Damia
Sebuah nama dan cerita
Antara dua pasangan bahagia
Bertemu dan saling mencinta

Ibumu lahir ke dunia
Menghubung sebuah nafas
Maka terlahirlah kamu ke dunia
Memberi sejuta bahagia yang puas

Selamat dan bahagia buat ibumu
Dalam menyambut ulang tahun kelahirannya
Semoga ibu dan ayahmu tahu
Bahawa kamu adalah hadiah teristimewa

Maka jadi anak yang baik dan berjasa
Besar nanti, jadilah insan yang berguna
Teruskanlah bahagia yang tercipta
Hingga mereka capai waktu menua

Saturday, October 22, 2011

Pelangi petang

Bagaimana mungkin bisa bersemangat lagi. Punca semangat itu sudah pergi. Meninggalkan kesan di hati yang paling dalam. Punah semua harapan. Sekali lagi, lalui kisah yang paling menyedihkan dan tak mungkin dapat terlupakan.

Di mana kan ku cari ganti, pelangi seperti itu. Mungkin saja ianya ada, ketika hadirnya hujan yang tahu memahami rasa hati yang sedang pilu. Hati yang selalu membenarkan apa yang di nyata. Betapa kasih yang terungkap bukan mudah diluahkan pada orang sembarangan.

Luruh hati, lelah jantung berdegup. Mata dari pandangan yang redup, sayu untuk melihat. Betapa indah pelangi petang ciptaan Ilahi. Pelangi yang jarang-jarang kelihatan. Mungkin saja setelah diri dirudung perih usai dikecewakan, oleh mata penjaga yang tidak mahu sedikit memberi ruang. Memberi peluang bagi menyirnakan keyakinan mereka terhadap apa yang bisa diri ini menjaga dan melaksanakan tanggungjawab terhadap anak emas yang mereka sayang.

Mungkinkah bila setiap kesalahan itu selalu aku terlupa hingga menerjah menjadi titik noktah dalam hidup aku?. Salah satu yang menjadi kesalahan adalah ketika aku memberi penjelasan. Berkenaan ketidaksamaan semua orang itu bukanlah menjadi ukuran. Kejujuran dalam memberi rasa kasih seperti tidak ada erti bagi mereka. Terlalu awal diberitakan tentang sejarah kehidupan, hingga janji terungkap selama ini terus hilang dalam ingatan.

Tidakkah difikirkan, bahawa tidak sanggup melihat sang kasih terus dilamun resah, Gara-gara asbab yang disembunyikan? Kerana demi keutamaan sanh kasih, telah segalanya diperjelaskan menjadi lebih awal, kerana benar dalam ketulusan kasih, sedia diri ini menerima segala tohmahan. Meski tidaklah semua orang itu sama. Turut jua diri menjadi mangsa kekejaman.

Dalam hilai hati yang menjerit dengan perlahan. Terhenti nafas buat seketika. Semua yang dirisaukan, menjadi nyata. Tidak pernah diri ini yang mengakhiri, namun apalah daya ini beerti lagi jika dari kisah silam yang lalu pernah terjadi, kini berulang kembali menghukum dua jiwa yang saling menyayangi. Tidakkah itu menjadikan diri ini menjadi sakit yang tiada obatnya?

Semua ini menjadi igauan yang mematikan. Tangis dalam diam. Esak yang hanya aku dengari. Ketika itu pastinya alam jua turut menangis. Hujan yang berderai selalu sahaja hadir dalam suasana yang mendamaikan, hingga mampu membuat fikiran aku melayang. Terdetik di hati, tersimpul urat fikiran hingga mampu kenangan lalu tergenang di fikiran. Dilakar oleh sang hujan atas lelangit tanpa tiang yang penuh dengan kabus dingin. Maka terbentuklah sebuah pelangi.

Pelangi petang di saat hujan masih belum mahunya berhenti... :'(



Hujan semalam

Ketika hujan di luar jendela memerangkap heningnya malam, lenaku terpaku dengan deraian air yang menyenangkan jiwa. Betapa kejolak rasa membungkam hati. Membaluti hati yang semahu-mahunya merindui seseorang. 

Apakah di sana merindui aku seperti aku merindui dia di sini. Risaunya fikiran ini bila mengenangkanmu yang diam jauh di sana. Semoga keadaanmu baik-baik dan aman tidak terasa hampa atau sedih menduka.

Aku masih menunggumu. Mencari jalan yang terbaik agar bahagia dan selesa yang dirasa bersama dulu dapat kembali mekar hingga ke akhir waktu. Untukmu, aku setia menjadi teman hidup yang semahunya melihat kamu sentiasa bahagia di sisiku...

Ketika hening malam terbungkam oleh deraian air hujan di luar jendela itu. Hatiku berasa nyaman dan juga terpaku dengan lamunan yang tiba-tiba hadir. Hati dibaluti oleh sebuah rasa. Rasa perih dan sedih.  Dan itu membuatkan mata ini semahu-mahunya meleraikan butir-butir permata sepertinya hujan di luar sana.

Resahku memberi seribu kata. Dari seribu kata menjadi simpulan bicara. Rindu. Aku amat merindui kamu di sana. Betapa aku melihat kembali cerita dulu. Apakah masih tetap sama seperti apa yang telah kita jalani saat ini?

Apakah jua di sana sama rasakan apa yang telah aku rasakan padamu. Rindu itu masih tetap milikmu. Milik seseorang yang amat aku sayangi. Seandainya masih diri ini menjadi sudinya hatimu. Aku akan tetap berdiri di sisimu hingga ke akhir waktu. 

Sungguh nanti, hujan malam ini akan reda jua. Tetap akan aku pertahankan perasaan ini hingga ke hari tua. Bersamamu, selalu aku doakan ke hadrat Ilahi. Agar terlaksana apa yang aku ingini selama ini.
insyaAllah




Wednesday, October 19, 2011

Semakin

Aku semakin tua. Usia juga semakin menipis. Setiap hari yang dilalui adalah hari yang bahagia walau rasa duka itu lebih berat sentiasa di rasa. Perjalanan aku terkadang merasa lebih jauh walau sudah nampak tujuan yang di cita.

Aku semakin lemah. Tidak tertahan lagi diasak oleh keruhnya dunia. Semakin aku berusaha, semakin banyak halangan yang harus ditempuh. Baru sekali menanam semangat, namun telah luka di hati, tertusuk oleh cerita yang bakal menanti. Sesuatu yang amat aku khuatiri.

Sesuatu yang mudah di angan, tapi apakah bisa tercapai? Matlamat semakin pudar kerana perjalanan yang dilalui sentiasa berubah. Aku semahunya cepat-cepat tamatkan perjalanan ini kerana aku sudah letih. Begitupun, masih tersisa satu harapan yang tinggal. Harapan yang dapat membuatkan hati aku berasa sedikit terubat.

Semakin berharap, semakin saja aku berasa kurang yakin. Untuk berdiri sahaja, sudah lemah untuk kaki ini berdiri tegak. Aku datang dengan hati yang luruh supaya nanti ia dapat berbunga lagi. Biarlah sedih-sedih dalam berharap, agar dapat berubah pula menjadi senang-senang kemudian.

Semakin aku gembira berjalan, takut pula sedih itu pula yang bertukar menjadi ingauan ngeri buat aku untuk sekian kali lagi. Aku tidak mahu itu terjadi bila sudah sampai saatnya aku menamatkan perjalanan yang amat jauh ini.

Tuesday, October 18, 2011

Hati yang terakhir

Aku pernah menjadi seseorang yang amat menyebalkan hatimu dan pernah juga membuat kamu tersenyum tersipu-sipu. Ada waktu ketika, sedih-sedih, aku selalu adakan di hatimu. Senang-senang atau rasa gembira hingga tertawa, hanya sedikit saja yang mampu aku usahakan.

Jelas saja kamu tidak pernah mahu terus menerima. Setiap apa yang aku mahu katakan sebenarnya. Sungguhpun begitu, kamu tetap baik hati, kerana tidak menolak permintaan hati aku seperti menghembus dedebu di jendela. Kamu tetap memberi waktu. Waktu menuntun kesabaran melihat sebuah kesungguhan.

Pada mula, yakin aku bahawa kamu pasti tidak ada sedikit berasa yakin. Terhadap apa yang kamu lihat dan ketahui. Dari apa yang aku cuba sampaikan dan bagaimana aku hadir disetiap jalan yang pernah kamu lalui. Pernah pada ketika, kamu dan aku itu seperti biskut chipsmore. Kejab ada, sekejab pula tidak ada.

Biskut itu memang enak dimakan hingga tinggal coklat kecik-kecik itu di celah gigi. Best pula bila dapat dilarutkan dengan meminum susu putih hangat-hangat suam buatan ibu. Jadi, kalau begitu ceritanya, kenapa pula ada trademark "kejab ada, kejab tak da". haiihhh -.-'

Pada pertengahan waktu perkenalan, yakin kamu masih di paras dagu. Dengan keadaan aku yang serba kamu tidak tahu, kebetulan aku dibuang lagi dari pandangan matamu dan dibiarkan aku terpuruk sendiri dilaman biru. Kamu jauh, sekali lagi menjauh. Jadi, harus bagaimana lagi aku? Aku terus menunduk, sambil mata melihat ke tanah tanpa ada kedipan.

Sesak dada menahan ombak di mata. Sesak idung, kerana penuh ingus di saluran. Sesak jiwa kerana mental tergegar. Hampir saja aku menjadi gila. Aku akhirnya tidak sempat menjadi gila kerana aku sudahpun menjadi gila menulis pula pada masa yang sama.

Tulisan dan kata-kata. Terwujud dari rasa hati. Digabung dan disusun oleh jemari. Dibimbing pula dengan pengalaman lewat kenangan gelap yang suram dahulu. Maka, begitulah jadinya apa yang cuba aku rapukan. Segala bentuk coretan, hanya mampu aku lontarkan kata yang jujur dan berterus terang dihiasi oleh hati yang selalu sahaja mahu berkias. Aku malu dan mahu kamu berfikir lebih mendalam lagi setelah apa yang kamu baca.

Ketika itu aku sudahpun tersenyum puas. Bila hati ini dibelai oleh tangan yang benar ;) untuk kali yang terakhir, aku cuba pertahankan hingga sampai ke satu tujuan, insyaAllah.


Saturday, October 15, 2011

Sedar tanpa batasan 1

Bila mana kekesalan menjengah hidup. Memberi khabar duka yang telah terbaca oleh anak mata. Apakah saat itu baru datang sebuah kesedaran? Bagaimana kesedaran itu akan tiba? Hanya lewat beberapa kisah ini, mungkin saja nanti akan diketahui bagaimana rasa itu akan terjadi.

Lelaki baik putus cinta

Sayang yang tercipta, penuh emosi datang dari sebuah bicara. Mengungkap risalah hati, berharap wanita yang disukai, menerima diri apa adanya. Mukadimah sebuah hubungan hati yang mahu terlaksana. Antara pasangan yang saling memahami.

Benarkah ini dapat bertahan? Saling memahamikah? Jika itu memang terjadi, mengapa perpisahan turut membontoti cerita yang dimulakan dahulu, mengakhiri sebuah pengalaman manis yang termiliki bersama?

Mukadimah sebuah hubungan kasih memang cukup indah apabila dikenangkan, namun bukanlah ia menjadi jaminan untuk mempertahankan kenangan yang indah itu. Saat kebersamaanlah, yang menjadi tumpuan penuh. Apakah benar lelaki itu mencintai seorang wanita yang benar-benar dia rasakan akan menjadi sebahagian dari hidupnya nanti?

Sikap yang tidak pernah terlihat oleh mata yang selalu memandang yang indah. Awan yang cerah sekalipun, akan gelap juga setelah panas terik bertukar dingin. Lalu, menitislah air hujan membasahi bumi.

Alam juga ada perasaan. Memberi iktibar pada yang mahu berpasangan. Alangkah baiknya pengajaran ini terlihat oleh anak muda mudi kini. Betapa darah muda itu selalu sahaja panas tidak mendingin. Hanya saja mahu merasakan apa itu yang dikatakan cinta.

Ketika air hujan melimpahi daratan bumi yang kontang, mengambil waktu yang seharian untuk mengering kembali. Waktu yang itulah, lelaki yang sudah putus. Merasa perlu berubah menjadi yang lebih baik walau pada saat itu menderita menahan perih di jiwa.

Saat itu, pasti kesedaran muncul dengan sengaja. Memerli akan diri yang tidak pernah mahu mencuba. Mempertahankan sikap yang semua orang akan berasa bahagia dan senang. Bukan hanya pada kekasih hati yang cinta. Malah pada semua makhluk yang ada di dunia.

Begitupun, kesadaran yang penuh terjadi, akan dihadiahkan pada lelaki yang mahu menyimpan ego dan tidak pernah putus usaha dalam mencari erti sebuah perubahan diri. Berubah agar kesilapan lalu tidak terulang lagi, dan yang penting, tetap menjadi lelaki yang baik. 

Ada beberapa lagi yang mahu dicoretkan disini. Mungkin nanti akan bersambung lagi. Daa ~

"Seseorang yang tahu tidak semestinya dia sedar apa yang diketahui, seseorang yang mempunyai kesedaran itu tahu apa yang dia lakukan"

Friday, October 14, 2011

Kenapa harus berbisik?

Kenapa? Andai mereka tahu, hanya kata soal itu sebenarnya selalu mahu aku ungkapkan. Cuma saja, mereka tidak mendengar tentang apa yang aku mahu sebutkan. Mungkin saja mereka tidak mahu tahu andai aku juga ada rasa. Perasaan hati kecil yang jauh lebih kecil dari hati seorang manusia biasa.

Jika manusia biasa ada sedikit hati lebih besar dari hatinya aku, adakah aku ini manusia yang luar biasa? Sungguh sekecil zarahpun hati aku. Aku tidak pernah mahu terasa atas apa yang aku terima sejak membuka mata melihat dunia.

Zahirku cukup sempurna. Seperti tiada apa yang aneh bila di lihat oleh manusia yang lain. Namun, batin? Adakah mereka-mereka juga dapat melihat itu dengan mata kasar? Batin itu juga aku sepertinya tidak punya. Jauh angan menjadi igauan. Fikiran tidak pernah mahu berbakti bertanggungjawab membesarkan akal ku untuk menjadi dewasa.

Kenapa? Lalu soalan itu jua selalu aku bisikkan. Bila mereka-mereka memandang sinis, kerana aku selalu saja buat mereka malu. Mungkin saja aku ini yang tampak sudah besar, namun tidak kena pada lagaknya aku menjadi seseorang yang semahunya aku dilihat tampak yakin oleh orang yang lebih tua dari aku. Begitu juga pada bunga hati. Maaf, ungkapan tulusku, aku tidak mampu memberi sebuah kebanggaan buatmu. Menjadi dahan bunga yang seperti mana yang kamu mahu.

Sinis dan keras. Kata-kata yang terpacul dari corong suara mereka. Cukup sebenarnya buat hati ku senang. Aku tidak terasa, malah aku menjadi bahagia kerana mereka mahu juga bersuara pada aku. Aku sedikit keliru, harus bagaimana caranya membuat wajah mereka itu tersenyum padaku ketika mereka mula bersuara?

Kenapa? Lalu, kata soal itu juga yang selalu aku bisikan lagi di lubuk hati ini, tanpa mereka semua tahu. Adakah rupa ku membuatkan pandangan mereka berubah menjadi benci. Malukah mereka dengan rupaku yang selalu menganggu pandangan mereka yang selama ini hanya menghidangkan mata penglihatan mereka pada manusia-manusia yang mempunyai wajah yang indah dan cantik? Andai kiranya itu menjadi salahku, aku mohon ampun dan maaf ye cik-cik adik sekalian.




Wednesday, October 12, 2011

kisah hati 3

Semua memberi sangkaan yang pendek dengan pantas. Apa yang dibaca melalui apa yang saya karangkan. Coretan kecil pun turut menjadi isu. Isu yang menyangka bahawa semangat saya sudah punah jatuh tersembam ke bumi.

Sebetulnya, semangat itu tidak pernah terusik, atau melecet dari jiwa yang kasar ini. Sungguh telah lalui waktu yang tidak menyenangkan buah fikiran dari terus mencari solusi hati. Bagi saya yang serba kekurangan ini, hanya mampu bersedih buat satu hari.


Setelah satu hari cukup merajukkan hati hingga membanjiri bantal bucuk. Tiba giliran waktu untuk saya bergembira pula walau masih tersisa duka yang merimaskan itu. Harus senyum dengan tenang. Itulah cara saya. Kembali di landasan di mana selalunya saya berada. 


Bagini lah ciri-ciri saya yang sebenarnya...


Ady | Abang sulung | 24 | Tak cerewet tentang makanan | Suka diam dari berbalah | Nak kawan sila, tak nak kawan sudah | Sederhana | Biasa | Sensitif | Tenang lebih baik dari huruhara hadapi masalah | Marah bila perlu | Senyum bila sedih | Tapi, kalau nak nangis, tak mahu tahan-tahan :p |


Begitulah saya dalam hadapi jua sebarang masalah... Tetap tersenyum tenang dan biasakan diri hadapi dugaan dunia :)



Monday, October 10, 2011

kisah hati 2

Damai yang berhembus semalam, cukup buat gundah bubar sejenak dari hati yang kelam. Hati pedih kerana sadis di gores oleh salah laku sendiri. Sehingga mampu ia tertulis menciptakan sebuah kisah. Itulah kisah hati.

Hati siapa? Hati orang lain, hati kamu, ataupun hati aku? Menyimpang jalan sekalipun, akal tetap tertumpu dengan jelas, kisah ini amatlah nyata menceritakan tentang kisah hatinya aku.

Saat waktu saling bergandingan bersama aku lalui masa muka mencuka. Saat itu aku sering hitam putihkan gambar peribadi. Terpampang menunjukkan aku mahu menunduk bersabar melawan karenah jiwa yang sering memberontak.

Aku mahu cari jalan keluar. Mencari damai yang semahunya hati mencari. Damai aku kepada pencipta, aku mencari itu pertama sekali. RedhaNya aku selalu pohonkan agar sentiasa menemani perjalanan hidupku. Setiap masa aku berdoa agar diampunkan dosa-dosa yang telah aku perbuatkan. Berharap, dada ini menjadi lebih lapang memberi nafas buat hati yang sesak dahulu.

Damai seterusnya datang dengan sendiri. Ketika haruman bunga terhidu semakin dekat. Haruman itu semakin pekat berhembus perlahan di hadapanku. Tak terjangka, hadiah dari kecewa dahulu mahu diberikan dalam masa terdekat ini.

Selalu tidak dapat melihat dengan jelas. Mungkin saja rabun kerana selalu menaip. Meleleh air mata ngantuk mengeluarkan apa yang terbuku di jiwa di atas tempat bernama blog ini. Sebentar itu juga aku dapat rasakan sebuah lagi kedamaian. Damai kerana berasa puas meluahkan semua. Damai itu juga jarang-jarang aku dapatkan.

Sementalah aku berada di dunia sendiri. Ada tangan-tangan menghulur salam. Melambai-lambai disertakan dengan wajah yang tersenyum-senyum manis. Rupanya ada yang memahami hampanya diri ini. Sampai segala maksud yang dilontarkan oleh kata-kata kias aku yang semahunya ingin berterus terang sebenarnya.

Maka, tercipta sebuah pautan. Antara aku dan juga 'damai' yang jelas sudah diperlihatkan buat aku akhirnya...

Sunday, October 9, 2011

kisah hati

Eh, hujan tiba-tiba malam ini. Mungkin saja tengah hari tadi begitu terik memanggang bumi. Jadi alam berganti syahdu, kerana merasa simpati pada dataran yang kering.

Bagitu juga keringnya hati yang menaip ini. Kering je rasanya. Terbiar tanpa disiram-siram lagi dengan rasa suka. Mungkin saja pada waktu itu hati yang kering tergantung juga dengan apa yang telah dilalui oleh yang empunya hati ini.

Jangan pernah cuba mencungkil gigi depan kekasih hati. Perlakuan bersahaja itu pasti akan memanggil rasa yang tidak senang dari si dia. Dan pastinya rasa tidak suka itu mula memutik di hati yang dahulu mengatakan hal tentang cinta dan sayang sewaktu hubungan masih sepanas pisang goreng yang ada di dalam kuali panas.

Ketika itulah, hati yang menaip ini mula surut. gara-gara wajah tidak lagi seperti Lee Dong Gun. Haha. Eh, betul pe, dulu si dia kata saye cumil. Tapi bila dah mula mata si dia dapat meliar ke sana sini. Mulalah mencari yang perfect bila diri si penulis sudah tidak diperlukan lagi dek kerana rupa jadi ukuran.

Penulis akui, sesuatu ketetapan tidak dapat dijaga setelah apa yang ada sudah dapat dimiliki. Berasa terlalu yakin dan puas bergembira kerana hanya memikirkan sesuatu hubungan yang pastinya belum menjadi kisah yang nyata lagi buat diri ini.

Begitupun, penulis sudah mula dapat terbelajar sesuatu ilmu yang amat berharga. Ilmu yang jarang-jarang dapat diperolehi. Apalagi untuk seorang lelaki. Menurut ilmu ini lah, wanita seterusnya yang akan menjumpai lelaki yang terbelajar tentang ilmu ini, keselesaan dan kesukaan yang diperolehinya nanti amat berbeza dirasakan dengan lelaki yang tidak pernah terbelajar akan ilmu ini.

Lalu disetiap ceruk hati dan jiwa yang terbakar dahulu, menghasilkan debu yang berterbangan ke arah sebuah takungan air. Kemudian dilarutkan menjadi gumpalan lagi. Hati baru. Lebih dingin, lebih baru dan segar dari igauan dahulu.

Tidak semua kaitan antara dua hati dapat terhubung dengan lancar. Mengalir semulus air sungai tanpa sekatan oleh batuan. Begitu yang terjadi antara penulis dan pembaca. Tidak perlu berkata-kata tentang suka. Cukup jauh melihat, mengenal lewat hati. Dari kejauhan kedengaran suara cinta.

Tanpa terungkap. Kita telahpun bersama. ^.<