Di perkarangan masjid KLCC
(terkejut) dia terkejut
Saat membuka beg plastik berwarna merah yang aku beri padanya. Dia terdiam seketika, lalu mengambil kotak berisi coklat berias dengan dua ekor patung beruang kecil molek di ikat dengan seutas reben di atasnya. Sebelum itu, aku baru sahaja selesai solat zohor. Aku ingin buat kejutan selepas selesai ku menyejukkan hati sambil berdoa pada Illahi, agar hubungan kami berdua akan tetap berjalan dengan lancar.
Selain coklat dan beruang. Aku hadiahkan juga dia sebentuk cincin tapi sayang, agak kelonggaran. Tapi tak pe, janji dia suka ^^. Tujuan ku hanya satu, agar dia sentiasa tahu aku selalu ada disisinya walau dia jauh dari pandanganku.Sebelum ini, dia ada beritahu akan buat praktikal jauh dari Kuala Lumpur. Kebetulan pula, banyak cerita yang telah terjadi selama kebersamaan kami. Semakin banyak yang telah kupelajari.
Baik dari dirinya, mahupun dari kealpaan dan kelekaan ku sendiri. Aku masih di sini. Masih di sisinya, tapi kenapa aku terasa dia semakin kabur dari pandangan ku ? Aku terus lemparkan sejauh-jauhnya fikiran negatif ku ini. Aku harus cepat bertindak lakukan sesuatu untuk terus dapat menawan hatinya. Itulah dia, sebentuk cincin berwarna merah delima. Aku yakin, dia pasti suka. =) Sebenarnya, semua itu tidak penting bagi dirinya. Juga bagi diriku. Tetapi tanda ingatan itulah maksud yang aku ingin paparkan pada pandangan hatinya.
Di tambah pula, aku telah dapat merungkap setiap sifat yang ada dalam dirinya yang telah dapat ku bantu dirinya berubah menjadi lebih kuat dan tabah. Berharap dia semakin tegar hadapi cubaan hidup. Semakin percaya diri, dalam mencari erti kehidupan. Semakin berkebolehan menentukan sesuatu yang dia inginkan, dan yang paling penting dapat pertahankan sesuatu yang dia hargai dan sayangi selama ini.
No comments:
Post a Comment