Garis tawanya buat semua orang suka
Tapi tidak seperti dahulu pertama ku jumpa
Mereka2 hanya melihat dari segi rupa
Pandang pun tidak apalagi betegur sapa
Dahulu ku sangat sepi dan berasa berduka
Dialah cinta pertama tanpa ku memandang rupa
Kini ramai yang melirik dan mengharapkan si dia
Mungkin kerana melihat wajahnya semata-mata
Sejak dulu bersama berkongsi setiap citarasa
Telah ku nanti bersabar merungkai sebuah mimpi
Awal ku melihat dia, sudah tersimpan satu kata
Akhirnya terungkap kata sayang di suatu hari
Berdetak jantungku mengulangi kisah cintaku
Seperti dulu selalu buatku menjadi mayat kaku
Aku tak percaya semua ini kan terulang dan berlaku
Menghayati satu lagi pengalaman kisah bersamamu
Terima kasih Nur ~
No comments:
Post a Comment