Wednesday, December 22, 2010

Genap setahun

Bertapa malu dan segan

Tak sangka dan di duga, teman adik menjadi teman istimewa. Gara-gara sepucuk surat yang mengandungi tulisan puisi penuh menggambarkan luka lama. Di tolong oleh adik untuk dicetak dan juga akhirnya tertolong buatku untuk mengenal seseorang wanita yang amat ku cinta.

Bermula dari puisi, menjadi hobi berimaginasi bersama kata-kata. Tersambung kemudianya dengan perasaan baru yang amat luar biasa. Gambar wajahku separuh muka dijadikan bahan bicara. Terjemput aku untuk terus mendapatkan perhatiannya, lalu ku pamerkan wajahku, bulat-bulat dihadapannya pada suatu ketika.


Salam perkenalan

Sebelum dapat bersua muka, bertantangan mata atau berkata hai padanya. Berbagai cerita bahasa basi telah dimulakan. Dalam nada bersahaja, aku senang berkenalan dan juga ketika sedang berbicara bersamanya. Sungguhpun hanya melalui pesanan ringkas. Apalagi bila sudah masing-masing mendengar suara yang pertama kali di dengar.

Membuat jantungku berdengup seperti tidak tahu mengapa harus ia berdegup. Degupan yang sangat kencang yang sungguh tidak menentu. Sepertinya sehari ibarat setahun. Seakan dia dan aku telah berteman sekian lama. Namun itu rasanya seperti cara aku berbual bersamanya.  Walhal pada hakikatnya, baru sahaja dia ku kenali. Keserasia antara dia dan aku, cuma kami berdua sahaja dapat rasakan. Dia suka apa yang aku suka. Aku juga suka apa yang dia suka.


Suka dan benci

Maka bermulalah sebuah lembaran kisah baru bersamanya. Setiap waktu, dimana aku berada di situ juga dia ada. Di pesanan ringkas, di talian, mahupun berjumpa langsung. Dan tidak pernah ku sangka juga, kotak masuk di telefon bimbit penuh dengan pesanan ringkas. Pesanan ringkas dari seseorang yang hanya ku panggil 'nur'. 

Tidak pernah renggang walau sekejap. Di mana ada terluang waktu, pasti akan digunakan buat menghilang rindu. Bila genap sebulan purnama, atau menghampiri ke angka 22 hari bulan, tidak pernah terlepas untuk saling mengingati hari di mana kami mula menetapkan tarikh perkenalan yang hanya kami-kami sahaja yang membuatkan hari itu sebagai sejarah dalam hidup bersama.


Saling melengkapi

Setiap bulan juga, berbagai teladan dan pelajaran yang aku timba. Suka bila dia ketawa. Benci bila ku sering buat dia terluka. Sikap dan karenah sering berubah-ubah. Terkadang aku yang berlebihan, terkadang aku hilang pedoman. Hilang segala kekuatan dan kemesraan di mana mula-mula aku ingin mengenalnya.

Ku akui, sikapku menjadi tidak menentu dalam menjalani episod kisah suka sesama. Naluri setiasa terpojok mengikut cita rasa yang tidak mungkin kan selalu sama dengan hati yang lembut seperti wanita. Dan di sini lah mulai ku berlajar untuk bersabar dan mengenal lebih lanjut siapa aku dan dia apa adanya.

Berkat hidup dalam kesabaran melayan karenah sendiri dan pasangan menjalani hari ceria dan duka bersama, maka bertahanlah hingga nanti sudah mahu hampir genap setahun perhubungan yang telah kami rasai bersama-sama.

22 Dis 2009 - 22 Dis 2010

2 comments:

Asma Liyana said...

wow...:)

semoga kekal ke anak cucu...hehe....

Addinul Kholish said...

terima kasih as... atas doanya.
mudah2an masin mulut as ea. hehe =)