Rupanya begitu tebal halangan yang melingkar. Duri, pepohon dan bebatu. Menghambat kaki melangkah walau sedikit. Setelah setahun di tebang dan diterokai dengan penat lelah bersama-sama. Ditambah dengan rasa penuh kesabaran. Tak terduga, halangan tersebut begitu cepat tumbuh dan seterusnya menghalang laluan berikutnya.
Malam ini meninggalkan tidur. Mencari ilham buat membina jalan yang baru. Pasti ada. Di tebang sedikit. Kaki tetap juga mampu melangkah walau terpaksa menahan luka yang menimpa. Kini harus sendirian mencari laluan. Harus menolong diri dahulu. Baharu boleh sang jiwa yang dikasihi tertolong oleh ku jua.
Namun, harus bagaimana lagi. Sekeras mana kerjaku. Tidak mungkin kan terlaksana tanpa ada semangat yang membara dahulu. Kini semangat ku kabur menghilang buat seketika. Semangat dia yang ku pakai dan sarung di tubuh kecil ini beransur-ansur malap. Tidak ada upaya lagi. Selain hanya bisa menahan kesedihan dan kehampaan yang terlampau.
Minda dan jiwa ku yang dahulu menyala berpunca dari semangatnya, kini harus hidup walau tanpa ada rasa itu lagi. Yakin aku ini hanyalah sementara. Sementara dalam merasai kesakitan. Harus aku kuat hadapi ini semua. Terus berusaha segagah selayaknya ku bergelar seorang lelaki. Selain nanti, menjadi pemimpin bagi golongan yang lemah, wanita.
Aku dan dia sama. Hanyalah keberadaan dibesarkan menjadi perbezaan. Itu hanyalah sekadar pandangan kasar. Penilaian bersama menjadi keutamaan. Di mana selalu berasa kasih dan duka. Dia tahu aku. Aku tahu dia. Selama ini berbagi cerita. Dia tertawa, ku bahagia. Dia berduka. Ku bersedih, kerana kesedihan itu selalunya akulah puncanya.
Setinggi mana ombak menggulung. Tidak gentar ku hadapi. Selagi kudrat masih ada. Masih ada waktu ku mengindar pergi. Reda ku mati setelah puas ku mencoba menyelamatkan diri. Mencari jalan sebelum ajal menjemput datang menghampiri. Seandainya ku relakan sahaja terbenam dalam ombak yang memakan hati. Itu tandanya aku lemah menghadapi cobaan hidup ini.
Dari aku segala cerita ini bermula. Aku jualah yang akan mengakhiri ini semua. Akhiri dengan kisah yang gembira. Apalagi bersama-sama orang yang selalu ada ketika ku berduka. Menemani aku hingga setahun lamanya. Kini harus ku bawa dia jalani lagi langkah ini hingga dia dan aku dapat hidup bersama. Selamanya, wahai SNS. =(
1 comment:
aku amat2 bersalah terhadap apa yg telah terjadi.. tidak memikirkan langsung keadaan diri mu yg bersuah payah demi ku... maafkan diri ku ini yg bnyk menyusahkan mu... walaupun aku banyak kerenah nye, namun kau tetap sabar.... aku bersyukur sekiranya kau ditakdirkan untuk ku...
Post a Comment