Terdampar aku di atas katil. Katil putih yang tinggi. Aku dipindahkan di atas katil baru, setelah diangkat 3 orang dewasa yang serba berpakaian serba putih dan bertutup muka seperti ninja. Fikiran ku koma, namun penglihatan samar-samar ku raba. Hanya bau yang cukup kuat ku hidu. Bau ubat!. Dimana ku berada, hanyalah tempat yang amat menyeksakan. Sungguh nanti kesembuhan yang di rasa.
Setelah lama penghasilan di cari dan di simpan. Akhirnya cukup buatku lakukan sesuatu yang tidak mustahil bagi orang yang seusia aku. Paling matlamat yang ingin diraih dahulu adalah untuk mendirikan rumah tangga. Utama dalam carta mimpi hidupku selama bergelar teman istimewa buat seseorang.
Begitu luar biasa tanpa ada sedikit kepayahan bila bersamanya. Setahun sudah hidup bersama. Berbagai cerita terakam yang sangat bersahaja. Andai dia sakit. Begitu jua aku terasa. Andai dia senang, ku suka melihat senyuman riang di hatinya. Sedang lidah tergigit juga. Tidak indah sebuah hubungan tanpa ada cerita sedih dan juga kekacauan. Sebentar bertengkar. Sebentar kemudian kembali berdamai.
Begitulah rukun dipupuk bersama. Kefahaman terbina atas rasa ambil berat. Bukan seperti katanya CINTA. Hanya rasa kasih dan mesra mengalahkan istilah cinta itu sendiri. Matlamat dia dan aku adalah sama. Saling memerlukan bila susah dan senang. Saat duka dan suka. Saat sakit dan sihat.
Pertengkaran terkadang tercetus. Melihat aku kuat cemburu. Dia juga diam hanya membisu. Penyelesaian di ambil setelah masing-masing meredakan perasaan dahulu. Setelah fikiran tak runsing. Perdamaian berhasil disepekati tanpa ada kesan cakar di badanku =P. Waaa ~ sangat suka aku dengan kisah lampau yang diceritakan kembali di sini. =(
Namun. . . hati juga boleh kecut dan kembang. Bukan hidung sahaja yang boleh berbuat begitu. Hati amatlah sensitif. Kembang ia bila udara disedut. Kecut ia saat udara dihembus. Hati ku kecut saat dia menghembus memberi ku jalan pergi. Dia kini mahu menjalani hidup sendiri. Aku jadi hilang arah. Gelap pandangan mata, hati gemuruh apabila melihat dia bakal pergi dari hidupku.
Gara-gara ku mengelamun ketika mengandarai motorsikal. Aku dihidangkan sebuah bontot lori treler. Dengan kelajuan yang sedikit kencang juga. Aku tergeser, terjatuh dan terseret 5 kilometer di atas jalan raya. Akhirnya berhenti setelah batu ku tahan menggunakan badan belakangku tanpa ku sedari. Akibatnya tulang belakang ku patah. Jantungku juga tertusuk oleh tulang rusuk yang patah. Sesak nafasku seterusnya rebah.
Aku hilang upaya. Pasrah terbaring di pinggir jalan dibasahi peluh dingin dan panas. Bercampur rasa tidak keruan. Adakah ku sudah mati ?. Adakah aku dapat bertahan lagi ?. Erangan ku semakin layu. Layu selayunya daun kering yang sedang terbakar. Aku terus pejamkan mata tanpa terasa lagi sakit yang ku rasa.
*********** setelah 20 hari ***********
Aku membuka mata. Pandanganku amat silau. Begitu banyak cahaya. Putih seluruhnya. Dimanakah aku berada ?. Keadaan disekitar juga dingin. Hawa yang amat menyamankan. Tak dirasa lagi panas yang ku rasa seperti terdampar di pinggir jalan. Penglihatan ku telah jelas. Aku melihat ramai orang berdiri di kanan, kiri dan di belakangku.
Aku sepertinya baru lahir kedunia. Diri dilihat oleh banyak mata. Aku jadi bingung hingga tak dapat bersuara. Terasa juga sedikit sakitnya di badan. Badanku juga penuh dengan wayar. Lengan sebelah kiri dan kananku juga turut penuh dengan wayar. Tak berapa lama, aku tersentak apabila aku didatangi oleh seseorang lalu dibisikkan sesuatu ditelingaku.
“Mak amat menyayangimu, kuatkan semangat sayangku. Mak akan selalu di sisi mu”. Itulah kalimat pertama ku dengar setelah kali terakhir bunyi dentuman yang kuat ku rakam di telinga. Setelah itu ku dengar ramai saling berkata-kata. Pelan dan damai sahaja mereka bual. Mungkin mereka bercerita tentang ku barangkali.
Selang tak berapa lama. Telinga ku dihampiri lagi oleh satu muncung suara. Suara yang selalu ku dengar bila dia bicara, tertawa dan menangis di bahu ku dahulu. Dengan nada sebak ku dengar dia berbicara. “Abg, jangan tinggalkan Nur eah. Nur sayangkan abg. Nur akan selalu doakan kesembuhan buat sayang”. Aku jadi tak menentu. Sehingga air mataku bersesakan ingin keluar dari kedua bola anak mata.
Sungguh ku tak terduga. Dia tetap ada. Walau jauh dimata. Meninggalkan ku sendirian berduka. Saat malam itu dia berkata ingin mencari haluan sendiri. Kini suara itu lahir kembali. Setelah aku jadi begini. Aku amat bersyukur pada Ilahi, kerana memberi ku kesempatan mendengar suara itu lagi. Sebelum nafasku di cabut pergi.
Segala perih ku raih. Segala kudrat ku guna. Segala waktu untuk dia. Memberi aku ruang bernafas buat seketika. Wang terkumpul selama ini bertukar menjadi wang pengobatan. Berkorban segalanya untuk dia demi mencari kesembuhan. Berharap agar sihat ku kembali, dapatlah ku tatap wajahnya seperti dahulu lagi. Namun kini ku tidak berdaya. Dalam fikiran ku, semuanya telah sia-sia. Apabila aku sihat , tetap juga ku ditinggal pergi, apalagi setelah cacat begini. Redha ku hanya mencari sebuah kerelaan hati yang dibuang jauh ditinggal sepi.
Aku takut. Hanya pasrah teman hati. Tawakal menjadi inspirasi. Mendekatikan diri kepada Ilahi. Terus berdoa mengharapkan keampunanNya agar segala salahku diampuni. Diriku berharap lagi, supaya dia juga dapat memaafkan ku di atas segala kealfaanku selama kebersamaannya. Di sisa waktu ku sendirian atas katil wad mencari amalan yang termampu. Membawa sedikit bekalan untuk di bawa ke sana.
Aku tak mampu lagi untuk menulis... Mungkin inilah coretan terakhirku meninggalkan semua kenangan bersama orang-orang yang kusayang... Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dalam hidupku... Selama ini banyak menyusahkan mereka. Sedekahkanlah aku walau sepotong ayat quran... kerana tidak mampu ku menahan kesakitan dicabut nyawa dari ubun-ubunku oleh malaikat Izrail.
********************************
Ditakdirkan Allah, Abg(penulis awalan cerpen) saya ini menghadapi komplikasi jantung dan telah pergi menghadap Ilahi setelah bertarung 22 bulan bersabung nyawa di hospital. . . Innalillahi wainnailaihi rojiun
Buat abg tersayang. Kami akan selalu panjatkan doa buat abg. Semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Segala amalmu diterima oleh Allah. Kami semua sayangkan abg. Kami tetap anggap abg ada beserta kami semua. Sayang abg sangat-sangat. . .