Sesuatu telah terjadi membuat aku mengerti. Aku telah hilang dari pandangan hati dan selalu saja berasa sepi. Di saat aku sendiri tanpa dia di sisi, aku sakit dan merana ketika mengimbaunya. Aku cuma ingin dia selalu ada menemani, menghabiskan sisa-sisa hidupku yang tinggal tak lama lagi. Jalan yang aku lalui hanyalah untuk kebersamaannya. Tidak sanggup untuk berjauhan lama-lama.
Di sebalik matanya, aku menangis terharu kerana dihargai. Di sebalik bibirnya, aku tersenyum manis mendengar kata-kata ikhlas dari hatinya, di sebalik tangannya, aku berasa aman dan tenang saat dia memegangku. Merasa deritaku dalam diam walau itu semua aku ingin menyembunyikan darinya. Melempiaskan janji tiada bohongan dan mengungkap kata secara spontan. Itulah yang aku suka dari jalani hubungan ini tanpa ada perkara dusta di tengah-tengah perjalanan.
Aku kan berusaha menghampiri mimpi. Mimpi yang selalu wujud untuk selalu mengingati. Setiap malam aku menanti mimpi itu kan muncul lagi. Memberi aku sepenuh keyakinan diri, agar berusaha sekuat hati tanpa henti jika dia ingin aku milki. Semuanya telah aku fahami, apa itu erti rasa kesendirian.
Selama ini pernah aku simpan jauh rasa untuk menyayangi agar tidak dimiliki dan memiliki. Aku kecewa hampir setiap hari, sesalkan apa yang telah terjadi. Namun, semua itu telah membuat aku menjadi orang yang beerti. Terbelajar dari kesilapan sendiri, bahawa diri ini ada juga yang tahu menilai dan menghargai.
Betapa aku bersyukur ke hadrat Ilahi, mengurniakan aku seseorang untuk mengisi kekurangan hidup. Dia seakan-akan sepertinya aku. Mengenal dan cepat memahami setiap gerak geriku. Dalam singkat menjadi lama, seperti hubungan ini telah terjalin tanpa ku sedari sejak dahulu lagi. Amat selesa saat kebersamaan. Jauh sekali berasa sunyi. Bahagia hingga tak dapat di ungkap lagi melalui kata-kata.
Masih di sini aku berdiri, setia dia aku nanti. Berharap hubungan ini berjalan hingga sampai ke tujuan yang disepakati oleh semua pihak. Berharap dapat menjadi orang yang paling bahagia di dunia. Menghapus masa lalu yang membuat aku terpukul melaluinya. Aku yakin dan akan tetap bersabar bertahan demi menghiasi harapan agar menjadi sebuah kenyataan, inshaAllah.
No comments:
Post a Comment