kamu begitu banyak berahsia
dalam diam kamu perlahan bicara
sedang berbahagia walau hati terluka
berubah semua ketika berinjak dewasa
susah diungkap dengan buah bicara
bahawa kamu itu bijaksana
sangat rajin tapi malas berganda
dan cepat bertindak mengikut masa
namun tak terkira banyaknya
tentang cepat rasa putus asa
dahulu bagaimana rasanya seksa
bergantung hidup tanpa keluarga
sekarang semua itu tak kira
kerana bagiku, jalan telah sedia ada
hanya tinggal untuk dilalui sahaja
berjaya pasti ada jika tetap berusaha
rasa gelabah ada kelihatan juga
tapi rasa itu hanya sebentar saja
semua akan lancar bila sudah terbiasa
bersama orang yang baru dikenalinya
cepat sensitif dengan tiba-tiba
namun mudah mengalah apa adanya
moga-moga mereka berbahagia
aku di sini tak hiraukan apa-apa
dia dia aku aku
lain mak lain ibu
orang kata dua aku kata satu
sebab itulah pendirianku
No comments:
Post a Comment