Monday, September 27, 2010

Belajar menyusun abjad C.I.N.T.A

Sekian lama aku mencari ketenangan untuk menghapus duka. Duka dari kepedihan kecewa. Datangnya dari seseorang yang bergelar wanita. Aku teramat terseksa hadapi itu semua. Apabila selalu mengenangkan si Cinta, aku melihat gambarnya yang disangkutkan di dinding kamarku. Ku hias wajah si Cinta bersama dengan wajahku. 


Ku senang melihatnya ketika rindu memanggil. Walau rasa rindu itu selalu menemani sang perindu ini. Aku berusaha menjadi yang terbaik buat dirinya. Datang menjenguk setiap lima bulan. Aku punya waktu seminggu untuk menghabiskan waktu bersama si Cinta. Aku juga berusaha untuk mencuba merebut hatinya. 


Aku harus itu kerana si Cinta memang ramai peminatnya. Dan akhirnya beserta keyakinan yang tinggi, hatinya telah dapat ku raih. Namun, keyakinan itu hanya datang dari aku seorang. Sungguhpun, aku tak lekang dari menanya kabarnya dari jauh, namun itu tetap tidak mencukupi buat si Cinta. Dia membutuhkan keberadaan ku daripada menanya kabar melalui telefon. 


Dan akhirnya, aku mengerti satu perkara. Dia jenuh bila berjauhan berkasih sayang bersamaku. Si Cinta telah berpaling pada yang sentiasa ada di depan matanya. Dan aku akur, jika itu baik buatnya. Tidak seharusnya aku menghalang. Ketika kisahku bersama si Cinta hampir tamat, aku menyendiri. Gambarnya ku turunkan dan terus menghilangkannya seperti ahli silap mata beraksi di pentas sehingga aku tidak akan jumpainya sampai bila-bila pun.


Setelah itu, bermulalah episod duka dalam kesendirian dan kesunyian yang teramat sekali. Mencengkam seluruh raga. Membuat jiwa ku tertekan. Namun aku punya masih ada sayang yang hakiki. Iaitu sebuah keluarga. Ayah, emah, adik. Yang begitu rapat dan memahami aku. Mereka tenang dalam mententeramkan jiwa ku yang kacau. 


Aku menjadi lebih bertanggungjawab. Aku menyayangi mereka semua. Dan itu buat aku selalu menjaga mereka dengan lebih rapat. Lebih-lebih lagi buat adik-adik perempuan ku semua. Si adik ada yang telah melanjutkan pelajaran di sebuah kolej. Ada pula yang masih bersekolah di tinggkatan dua. Bongsu, ingin memasuki tadika. 


Ku selalu luangkan masa bersama mereka hingga ku dapat melupakan semua yang telah terjadi yang hampir buat aku menjadi gila. Adik di kolej, ku bertanggugjawab menjemput dan hantar bagi memudahkan dia belajar sambil dapat menjimatkan duit poket. Setiap pulang kerja, aku terus ke sana, menjemputnya. Sehingga lah di suatu hari . . .

Sepagi jam 10, aku telah bersiap untuk ketempat kerja. Sebelum itu, aku tegur sang adik, Dia sedang melakukan assingment. Aku usik sebentar, dan akhirnya aku yang terusik. Sepucuk surat telah ku karang pada pagi itu setelah aku bersiap membersihkan diri. Di dalam surat itu ada terkandung 10 perkara. Itu adalah gara-gara adik mencabarku untuk menilai seorang temannya di kolej. Dengan hati yang tenang, ku menulis sambil tersenyum :] . . Seakan-akan lancar di benakku untuk menulis 10 perkara itu buat teman sekolej adik ku ini. 


Selang dua hari. Tanpa ku duga, ketika ku bersiap-siap untuk menjemput adik, masuk sebuah pesanan ringkas. Tertera juga nombor yang tidak ku kenali dalam telefon bimbitku. Aku tidak membalasnya, kerana dalam message tersebut, telah tertera nama adiku. Dia meminta aku untuk dijemput. Dia juga meminjam telefon bimbit kawanya kerana kredit nsetnya tidak mencukupi untuk mengingatkan aku. 


Aku akur, dan cepat-cepat ke sana. Sesampainya di tempat, telah terpandang aku satu wajah ketenangan. Terasa sakit dan pedih hati yang ku bawa selama ini seakan-akan terubat. Namun ku lemparkan sejauh-jauhnya pandanganku. Bagiku, ketenangan itu hanya akan buat ku sengsara kembali di kemudian hari.


Hati ku kosong, tapi tetap juga jantung ini mendesak untuk berdegup kencang saat menghampiri si Wajah Penenang Hati tersebut. Aku hanya mampu membalas senyumannya walau diri ini sangat ingin berada di dekatnya. Maka dengan itu, aku telah berani memulakan sebuah kisah yang ku tidak sangka-sangka selama ini dapat terjadi dalam riwayat hidup Adinul Khalis.

Adik memberi aku sepucuk surat, setelah pulang dari kolej. Surat balasan dari temannya itu. Bonusnya juga telah dahulu ku dapatkan. Iaitu sebuah nombor telefon yang kini telah ku kenali. Aku membacanya dengan hati terketar-ketar. Sungguh di dalamnya hanya ingin mengatakan rasa terima kasihnya padaku. Dan akhirnya aku tersenyum puas. 


Aku sangat menghargai kehadiran Sang Wajah Penenang itu. Pada mulanya ku ragu dan tidak tahu berbuat apa. Aku sekadar ingin mengetahui dan mengenali dia, dan itu adalah minatku, apalagi seorang lelaki. Tidak akan lekang dari ingin mengenali seorang wanita. 


Bermula sebuah puisi salam perkenalan diri, dan akhirnya kami rapat bersama sepertinya telah saling mengenali satu sama lain dalam waktu yang lama. Ku senang dan gembira. Setelah sekian lama berkenalan, rasa sayang terbit. Namun itu membuatkan aku teringat kembali sejarah lalu. 


Aku tidak mahu itu berlaku lagi setelah sama-sama mengungkap rasa sayang dan cinta. Kini, rasa sayang ku semakin berkembang. Pada keluarga dan juga pada Si Cinta Baru. Aku tekad dan berazam, menjadikan sejarah lalu, dapat menjadi pengajaran terbaik buat ku walau tidak dapat dari mana-mana orang yang mempunyai pengalaman bercinta. 


Dalam kisah ku bersama Si Cinta Baru. Begitu banyak kisah yang tidak ku dapat lupakan sepanjang hayatku. Pada mulanya, ku sangat takut. Kerana rasa cinta ini sangat berbeza. Sejujur-jujurnya aku mengungkap rasa hati. Dan dalam kata-kataku bersamanya, selalu ku ungkapkan dan jelaskan sesuatu kesan baik untukku, dan kesan buruk buat Si Cinta Baru dalam menerima rasa yang ku wujudkan padanya. Aku bersyukur dan menangis kegembiraan kerana dirinya begitu juga menghargai dan dapat menerima aku apa adanya.

Tepat 22 Disember 2009, segalanya telah jelas di hati masing-masing. Aku bahagia tak terkata. Dan itu akhirnya buat ku terlupa rasa sayang ku pada keluarga sebelum ini. Walau niatku hanya tidak ingin mengulang sejarah lampau, Namun itu memakan diri. Si Cinta Baru tidak sama dengan Si Cinta Lama. Sekerap mana ku bersama Si Cinta Baru, sekerap itu juga ku menjauh bersama rasa sayang terhadap keluarga. Aku bingung. Celaru. Rasa tersepit diantara dua hubungan. Dalam masa yang sama hubungan ku renggang bersama keluarga. 


Itu adalah kerana ketidak puas hati ku dan rasa terlalu menjaga adik untuk bercinta. Walhal, aku berbuat hal yang sama. Tapi tidak ku benarkan untuk si adik. Jujur ku katakan, yang aku sangat membimbangkan adik, kerana aku terlebih berfikiran negarif dari positif. Mungkin juga pengalaman hidupku mendesak untuk dapat berkongsi sama dengannya. 


Akhirnya hubungan bersama keluarga renggang. Namun itu hanyalah sementara. Dalam kerenggaan itu aku selalu menghabiskan waktu bersama Si Cinta Baru. Dalam kebersamaan, setelah semua hubungan yang retak telah ku perbaiki, aku akhirnya dapat menjalani kehidupan bersama keluarga dan Si Cinta Baru dengan aman.

Dalam kebersamaan bersama Si Cinta Baru, telah banyak kenangan di lalui bersama. Aku semakin sayang padanya. Terlalu dan terlalu menyayanginya. Sehingga aku menjadi lupa dalam menghargainya seperti awalan ku menghargai kehadirannya dalam hidupku. Membuat ku tidak tahu di untung dan semakin lupa diri. 


Aku langsung tidak memperdulikan perasaannya. Hanya perasaan ku sahaja yang selalu ingin ku penuhi. Aku semakin ego sehinggakan langsung tidak ku sedar apa yang telah ku ucapkan padanya. Sifat amarahku selalu ada padanya walau di hatiku ingin membimbing dan selalu merisaukan Si Cinta Baru. 


Seboleh-bolehnya aku ingin berkongsi semua pengalaman ku bersamanya. Aku seperti telah mengawal dan membatasi waktunya. Itu membuatkan Si Cinta Baru berasa amat tertekan. Si Cinta Baru tetap kuat bersabar dalam menghadapi segala kerenah ku. Aku terlalu meninggikanya, selalu mengenangnya, selalu mencintainya. Tapi dalam masa yang sama tidak kena pada jalannya. Mungkin pengalaman ini masih baru buatku. 


Aku bodoh, aku terlalu mengusai diri ini dengan sifat mazmumah, sangat-sangat berbeza dengan diri aku yang dahulu. Telah berbagai cara aku lakukan untuk berubah, namun tetap juga tidak kesampaian. Kerana di hati ku sunyi tanpa text message darinya, suaranya dan kehadirannya di hadapanku. Ku menjadi buta dalam menyayangi Si Cinta Baru.

Sehinggalah di hari raya baru-baru ini, apa yang aku doakan di bulan puasa sebelum itu, dimakbulkan Allah Ta'ala. Hadir hasil doa itu tepat pada waktunya. Aku seakan-akan menjadi celik setelah buta selama 9 bulan. Aku sangat-sangat menginsafi perbuatan ku terhadapnya. 


Semakin ku insaf, pabila ku membuka dan membaca kembali message-massage yang telah ku kirim padanya. Aku menangis sambil mengetap bibir. Betapa aku begitu jahat dalam berkata-kata walau pada insan yang ku sayangi. Aku begitu benci bila membaca message-message tersebut. Aku seperti tidak percaya, sanggup ku katakan begitu padanya. 


Aku sepertinya menjadi orang lain, langsung tidak memperdulikan perasaan dan rasa sayang Si Cinta Baru terhadapa ku selama ini. Dia amat menghargaiku, tapi aku semakin kurang dalam menghargainya. Sehinggakan membuat Si Cinta Baru menjadi rimas. Tidak pernah aku ingin berubah walau sering kali dia ingin melihatku yang dahulu. 


Aku ingin selalu ada di sampingnya. Dan aku terlalu menyayanginya, namun itu semua hanya ikut kemahuanku saja, tanpa menghiraukan apa Si Cinta Baru rasakan terhadap diriku yang telah lain ini. Aku mencuba untuk tidak mengulang kembali sejarah bersama Si Cinta Lama. Akan tetapi, Si Cinta Baru sangat berbeza sifatnya. 


Aku telah kalah dalam penilaian ku selama ini. Bukan penilaian terhadap Si Cinta Baru tapi penilaian terhadap siapa aku sebenarnya. Aku semakin banyak dapat pengalaman, dan harap pengalaman itu dapat memberi aku peluang untuk menetapi segala janji-janji ku terhadapnya. Aku juga berharap agar hubungan ini menjadi murni kembali. Dan peluang itu seandainya ku telah dapatkan, tidak akan ku ulanginya lagi dan akan ku hargainya bersungguh-sungguh, kerana aku telah dibekalkan sebuah pengalaman baru yang amat berguna. 


Aku akan menjaga dan bertanggjawab sepenuhnya pada semua orang ku sayangi dan juga pada orang yang ku cintai, kerana si Cinta Baru bukan hanya sekadar cinta bagi ku, kerana dia adalah cinta terakhirku dan juga sebagai pendamping hidupku buat selamanya. Dan itu telah termaktub dalam buku cita-citaku. Dan itu pasti kan ku kejar dan mencapainya kerana tanpa dia, ku akan akan lemah sepanjang hayatku, kerena segala semangatku telah terbagi semuanya pada Si Cinta Baru atau Si Cinta Terakhir . . . . . . . 

Friday, September 24, 2010

Asal usul nama Heiji Nara di Facebook

Siapa nak tahu di mana asal usul nama Heiji Nara yang saya dapatkan ini. Heiji itu lahirnya di Sana. Nara, kemudiannya dibesarkan di Sini. Sejak berpuluh tahun Heiji Nara mengembara tanpa ada alasan untuk dia merungut. Dia suka mengembara. Jauh jalannya. Hingga dia dewasa kini, dia terjumpa jalan mati. 


Pada awal pengembaraannya, bermula di sebuah hutan. Dalam perjalanan, sering kali berada dalam ketakutan walau berlakon berani-berani jer. Antaranya, pernah dia melihat seekor ular yang tumpang lalu dihadapannya. Maka, si Heiji Nara pun memberi laluan. Setelah ular itu berlalu, dia pun meneruskan langkahnya dengan hati lega sungguh pada ketika itu, perutnya pula tidak berkompromi untuk tidak sabar-sabar diisi. Heiji Nara berjalan tanpa henti, sehinggalah dia terjumpa seekor rama-rama yang cantik terbang mengiringi dia. Dia hairan. Namun, dek kerana kecantikan rama-rama itu buat dia jadi lupa bunyi krok-krok di dalam perutnya walau sebelum itu dia terasa ingin turut berdansa mengikut rentak alunan di dalam perutnya. =D 


Sehinggalah satu masa, perjalanan yang menghampiri waktu kelam. Dalam samar-samar lampu suluh dan ditambahi dengan cahaya bulan. Maka, ternampaklah dia sebuah rumah yang sangat usang. Heiji Nara menghampirinya. Lalu dengan sopan dia memberi salam, walau dalam fikirannya telah mentafsir terlebih dahulu bahawa tidak mungkin ada penghuni di dalamnya. Oleh kerana Heiji Nara bersifat penyegan, dia memberi salam juga sebagai isyarat. 


Akhirnya, oleh kerana darurat, Heiji Nara menolak daun pintu dengan cermat. Tanpa berlengah lagi dia membersihkan rumah gubuk itu untuk dijadikan tempat dia bermalam. Heiji Nara terpaksa menutup mata dalam kelaparan malam itu, namun dia gagahkan juga. Dia berdoa agar besok hari lebih baik dari hari ini. Dia bertambah syukur kerana masih bernafas mengembara seorang diri di dalam hutan. Banyak binatang buas telah menjadi teman baiknya sepanjang perjalanan itu. =D Alhamdulillah Heiji Nara tidak menjadi musuh binatang buas, (jadi tarzan pulak ea si heijinara ni, hihi)


Hendak disambungkan cerita, besok pagi dia pergi meninggalkan rumah gubuk tersebut, dan masih mengembara lagi. Tidak tahu mana hala tuju, namun di hati. Tetaplah Allah yang satu tujuannya. Dalam sambungan pengembaraannya, akhirnya terjumpalah dia dengan sebatang sungai yang bersaiz M. Tak besar dan kecil sangat. Walaupun bersaiz agak berkesederhanaan, namun airnya cukup jernih. Dia pun tanpa berlengah, terus meneguk air tersebut hingga hilang semua haus di kerongkongnya. Alhamdulillah. Setelah itu, dalam hati yang girang. Dia berjalan tanpa membuka mata pun. Alangkah girangnya dia tadi dapat minum air sungai yek. hehe =D. 


Si Heiji Nara memang dahulunya suka akan nombor, dan tidak suka pada huruf. Jadi dalam ingatan pelajarannya hanya adalah bekas-bekas nombor, iaitu dalam bahasa sasteranya, matematik. Dia mencongak-congak, sudah berapa lama dia di dalam hutan. Rupanya sudah genap 9 purnama. Genap 9 purnama itulah dia akhirnya terjumpa sebuah tembok besar. Besar dan tinggi. Dilingkari oleh daun-daun hutan. Dia begitu penasaran, apa yang ada di balik tembok tersembut. Dengan rasa kuat hati untuk berusaha ambil tahu, dia memanjat pokok-pokok besar yang ada berdekatan tembok tersebut untuk dijadikan tangga bagi memudahkan dia memanjat. Akhirnya dengan kesungguhan yang ada, dia sampai ke puncaknya. 


Hatinya berdegup kencang. Sekencang-kencangnya untuk melihat di balik tembok tersebut. Dalam hatinya agak hampa sedikit kerana di balik tembok itu ada hutan lagi tapi tidaklah selebat yang dahulu. Namun dihujungnya dia ternampak rumput-rumput cantik tumbuh menghijau bak padang golf. Dan dalam hati nya, bertekad untuk sampai ke sana, pasti . . . . akan sampai disana, bagaimana susah dahulu yang dia harungi.


Heiji Nara tetap tidak akan pernah berputus asa dan sesekalipun tidak akan mensia-siakan perjalanannya dahulu, kerana dalam fikirannya. Kesungguhan membawa jalan, keinsafan membawa kesedaran dan kesusahan membawa kita menjadi orang yang tahu mengenang jasa, dan hanya jasa jasad yang dipinjamkan Allah ini menjadi yang utama untuk di balas. Selagi peluang masih ada, masih banyak yang harus diperbaiki sebelum kita menemui Allah disana. .  =) 

Wednesday, September 15, 2010

Kematangan harus dihargai

Menceritakan tentang sesuatu yang kurang jelas adalah kerja yang sangat menyebalkan. Susah mahu dari mana ingin dimulakan cerita. Mahu bercerita pun, tidak tahu pada siapa. Terserahlah, siapa yang berlalu di halaman ini secara sengaja atau tidak sengaja, saya tidak tahu menahu tentang itu. Hanya di sini, saya ingin menulis sesuka hati. 


Menulis tentang sesuatu yang kurang jelas. Adakah saya yang kurang jelas, atau seseorang yang membuatkan saya menjadi tidak jelas. Ataupun ada seseorang yang saya anggap tidak jelas. Semuanya samar-samar. Tiada kepastian. Tiada kejayaan. Tiada penghasilan dari segala usaha yang telah dilakukan. 


Mungkin masih baru segala impian itu untuk direalisasikan. Namun kehendak hati siapa yang tahu. Saya ingin sangat mendapat kepastian, mendapat kejayaan dan seterusnya dapat menuai hasil di atas segala apa yang telah dilakukan sejak saya mulai kenal erti sayang. Sayang ? Apa itu ya ? Bagaimanalah saya ingin mendapatkan itu semua sedangkan erti sayang itu juga masih samar-samar bagi saya ? 


Saya bingung, celaru dan terpinga-pinga sendiri. Bagaimana harus saya sayang, dan seterusnya menyayangi ? Dan pada siapa harus saya sayangi ? Bagi saya, saya sudah tidak ada rasa apa-apa lagi tentang diri saya. Saya seakan-akan sudah mati. Ada orang kata, sayangilah nyawa anda. Saya tidak sayangi nyawa saya, kerana saya tidak tahu apa itu 'sayang'. 


Cuma saya sangat 'menghargai' nyawa saya. Semua orang tahu apa itu sayang. Seterusnya melabelkan 'sayang' itu suatu perasaan. Namun adakah semua orang setuju untuk melabelkan "menghargai' itu suatu perasaan juga ? Apa yang saya telah dapat sejak mula bernafas di muka bumi ini, sangat saya hargainya. 


Sehinggalah saya menginjak dewasa, mula berkawan seterusnya mempunyai hubungan yang luar biasa pada seseorang yang bergelar wanita. Mengapa saya kata wanita, tidak perempuan ? Kerana wanita bagi saya, adalah seorang gadis sunti yang sudah matang. Beza wanita dangan perempuan bukan hanya dari sudut perkataannya, tapi dari perwatakannya. 


Matang ? matang itu mesti tidak lari dari perasaan menghargai. Daripada rasa menghargai lah, saya dapat menjadi matang. Saya hargai kehadiranya menjadi kawan saya. Seterusnya teman dan sahabat. Saya hargai senyumannya. Hargai sopan-santunnya. Hargai segala apa yang telah dia lakukan sejak berkenalan. Sehingga suatu perasaan aneh timbul, buat saya samar-samar memikirkannya. 


Dari menghargai, saya telah menjadi seorang yang bertanggungjawab. Tanggungjawab atas apa yang saya rasakan pada si dia. Dari mula rasa tanggungjawa itu, saya banyak terfikir. Terfikir untuk hari ini, esok dan juga hari mendatang. Demi kebaikan diri dan dia, saya berterus terang. Ingin bersamanya. 


Dari keinginan itu, saya tidak menjadi budak-budak lagi. Yang hanya memikirkan keinginan untuk makan gula-gula. Sedangkan mendapatkan gula-gula itu harus di beli dahulu di kedai mamak menggunakan duit dari ibu. Kini, kematangan menjadi tajam setelah saya dapat menghargai diri sendiri dan juga pada sesorang yang sangat istimewa dalam hidup saya. 


Biarpun sebelum ada teman istimewa, kesusahan dahulu juga buatkan saya menjadi matang. Namun rasa menghargai apa yang ada, buat saya tidak kenal apa itu rasa susah. Malah rasa selesa menjadi seseorang yang tahu di untung. Kini bila berjauhan bersama teman istimewa itu, segalanya mula menjadi samar-samar atau tidak jelas. Saya tidak pasti adakah semua nya sia-sia ? Sungguh pun itu terjadi, saya tetap hargai segala apa yang telah kami lalui bersama-sama selama ini. Menjadi kan segala kenangan bersamanya sebagai yang paling terindah dalam perjalan hidupku untuk menjadi seseorang yang ingin berjaya dalam kehidupan di dunia dan diakhirat.

Friday, September 10, 2010

Kau lah yang terakhir

Tidak pernah ku bayangkan
Tidak juga pernah ku perasan
Bahwa terbukti satu angan2
Pada satu ketika ku bersendirian

Saat itu datanglah seseorang
Bahagia sangat bila memandang
Terketar hati bila dia datang
Terlerai bibit kata-kata sayang

Terjaga ku dari sebuah lamunan
Haih, hanyalah mimpi yang bukan2
Menjadikan aku gundah tak keruan
Hatiku begitu sunyi kesepian

Tidak salah ku sabar menanti
Akhirnya tiba cerita di suatu pagi
Utusan surat salam p'kenalan diri
Dan terbalas menjadi cerita hati

Ber'msg'2 an setiap masa dan hari
Bercakap2an dalam talian di ganti
Kemudian kami berdua bertemu janji
Hehe, itulah saat yang ku nanti2

Kami ingin saling melengkapi
Kami ingin setia memahami
Kami ingin bersama sampai mati
Kami ingin bersatu d'kmudian hari

Ku tak sangka diri sangat dhargai
Dan tak terfikir dia akan ku temui
Ku begitu bersyukur ke hadrat Ilahi
Ku berdoa agar hubungan kami direstui 

Temani hidupku, temani langkahku
Kembalilah cepat di sisi ku
Tetaplah kau menjadi milikku
Kau lah yang terakhir dalam kisah cintaku

Wednesday, September 8, 2010

Rindu ?

Apa ertinya rindu tanpa ibu
Apa ertinya rindu tanpa ayah
Apa ertinya rindu tanpa adik
Apa ertinya rindu tanpa kekasih

Tak perlulah ada rasa rindu 
Walau kita memang ada rasa itu
Tak perlulah bersusah untuk tahu
Siapa-siapa yang merindui kamu

Apalah erti sebuah rindu
Bila jauh saja baru rindu
Bila tak jumpa baru rindu
Bila menghilang baru rindu

Haruskan semuanya jadi begitu
Mampukah perasaan kita menipu
Apa sebenarnya yang kita mahu
Dan benarkah segala rasa itu berlaku

Sudahlah, dari mengharapkan rindu
Baik mengatur setiap langkah ku
Untuk menjauh dari bersedih selalu
Sampai saat rindu pasti dimakan waktu

Dan tak lagi terasa jauh
Tidak pula merasa kasih
Juga pastikan merasa jenuh
Kerana sedar rindu itu perih 

Friday, September 3, 2010

Janji

Apa itu janji ?
Kenapa harus berjanji ?
Bagaimana mahu berjanji ?
Haruskan ada janji ?

Janji bermula dari tekanan
Terbit dari sebuah harapan
Memang mudah dilafazkan
Tapi susah untuk dikotakan

Jika janji bermula dari ihsan
Terbit dari sebuah kenangan
Tak perlu lafaz atau difikirkan
InsyaAllah dapat kita tunaikan

Berjanji kita atas sebab apa
Adakah untuk kita ...