Sekian lama aku mencari ketenangan untuk menghapus duka. Duka dari kepedihan kecewa. Datangnya dari seseorang yang bergelar wanita. Aku teramat terseksa hadapi itu semua. Apabila selalu mengenangkan si Cinta, aku melihat gambarnya yang disangkutkan di dinding kamarku. Ku hias wajah si Cinta bersama dengan wajahku.
Ku senang melihatnya ketika rindu memanggil. Walau rasa rindu itu selalu menemani sang perindu ini. Aku berusaha menjadi yang terbaik buat dirinya. Datang menjenguk setiap lima bulan. Aku punya waktu seminggu untuk menghabiskan waktu bersama si Cinta. Aku juga berusaha untuk mencuba merebut hatinya.
Aku harus itu kerana si Cinta memang ramai peminatnya. Dan akhirnya beserta keyakinan yang tinggi, hatinya telah dapat ku raih. Namun, keyakinan itu hanya datang dari aku seorang. Sungguhpun, aku tak lekang dari menanya kabarnya dari jauh, namun itu tetap tidak mencukupi buat si Cinta. Dia membutuhkan keberadaan ku daripada menanya kabar melalui telefon.
Dan akhirnya, aku mengerti satu perkara. Dia jenuh bila berjauhan berkasih sayang bersamaku. Si Cinta telah berpaling pada yang sentiasa ada di depan matanya. Dan aku akur, jika itu baik buatnya. Tidak seharusnya aku menghalang. Ketika kisahku bersama si Cinta hampir tamat, aku menyendiri. Gambarnya ku turunkan dan terus menghilangkannya seperti ahli silap mata beraksi di pentas sehingga aku tidak akan jumpainya sampai bila-bila pun.
Setelah itu, bermulalah episod duka dalam kesendirian dan kesunyian yang teramat sekali. Mencengkam seluruh raga. Membuat jiwa ku tertekan. Namun aku punya masih ada sayang yang hakiki. Iaitu sebuah keluarga. Ayah, emah, adik. Yang begitu rapat dan memahami aku. Mereka tenang dalam mententeramkan jiwa ku yang kacau.
Aku menjadi lebih bertanggungjawab. Aku menyayangi mereka semua. Dan itu buat aku selalu menjaga mereka dengan lebih rapat. Lebih-lebih lagi buat adik-adik perempuan ku semua. Si adik ada yang telah melanjutkan pelajaran di sebuah kolej. Ada pula yang masih bersekolah di tinggkatan dua. Bongsu, ingin memasuki tadika.

Ku selalu luangkan masa bersama mereka hingga ku dapat melupakan semua yang telah terjadi yang hampir buat aku menjadi gila. Adik di kolej, ku bertanggugjawab menjemput dan hantar bagi memudahkan dia belajar sambil dapat menjimatkan duit poket. Setiap pulang kerja, aku terus ke sana, menjemputnya. Sehingga lah di suatu hari . . .
Sepagi jam 10, aku telah bersiap untuk ketempat kerja. Sebelum itu, aku tegur sang adik, Dia sedang melakukan assingment. Aku usik sebentar, dan akhirnya aku yang terusik. Sepucuk surat telah ku karang pada pagi itu setelah aku bersiap membersihkan diri. Di dalam surat itu ada terkandung 10 perkara. Itu adalah gara-gara adik mencabarku untuk menilai seorang temannya di kolej. Dengan hati yang tenang, ku menulis sambil tersenyum :] . . Seakan-akan lancar di benakku untuk menulis 10 perkara itu buat teman sekolej adik ku ini.
Selang dua hari. Tanpa ku duga, ketika ku bersiap-siap untuk menjemput adik, masuk sebuah pesanan ringkas. Tertera juga nombor yang tidak ku kenali dalam telefon bimbitku. Aku tidak membalasnya, kerana dalam message tersebut, telah tertera nama adiku. Dia meminta aku untuk dijemput. Dia juga meminjam telefon bimbit kawanya kerana kredit nsetnya tidak mencukupi untuk mengingatkan aku.
Aku akur, dan cepat-cepat ke sana. Sesampainya di tempat, telah terpandang aku satu wajah ketenangan. Terasa sakit dan pedih hati yang ku bawa selama ini seakan-akan terubat. Namun ku lemparkan sejauh-jauhnya pandanganku. Bagiku, ketenangan itu hanya akan buat ku sengsara kembali di kemudian hari.
Hati ku kosong, tapi tetap juga jantung ini mendesak untuk berdegup kencang saat menghampiri si Wajah Penenang Hati tersebut. Aku hanya mampu membalas senyumannya walau diri ini sangat ingin berada di dekatnya. Maka dengan itu, aku telah berani memulakan sebuah kisah yang ku tidak sangka-sangka selama ini dapat terjadi dalam riwayat hidup Adinul Khalis.

Adik memberi aku sepucuk surat, setelah pulang dari kolej. Surat balasan dari temannya itu. Bonusnya juga telah dahulu ku dapatkan. Iaitu sebuah nombor telefon yang kini telah ku kenali. Aku membacanya dengan hati terketar-ketar. Sungguh di dalamnya hanya ingin mengatakan rasa terima kasihnya padaku. Dan akhirnya aku tersenyum puas.
Aku sangat menghargai kehadiran Sang Wajah Penenang itu. Pada mulanya ku ragu dan tidak tahu berbuat apa. Aku sekadar ingin mengetahui dan mengenali dia, dan itu adalah minatku, apalagi seorang lelaki. Tidak akan lekang dari ingin mengenali seorang wanita.
Bermula sebuah puisi salam perkenalan diri, dan akhirnya kami rapat bersama sepertinya telah saling mengenali satu sama lain dalam waktu yang lama. Ku senang dan gembira. Setelah sekian lama berkenalan, rasa sayang terbit. Namun itu membuatkan aku teringat kembali sejarah lalu.
Aku tidak mahu itu berlaku lagi setelah sama-sama mengungkap rasa sayang dan cinta. Kini, rasa sayang ku semakin berkembang. Pada keluarga dan juga pada Si Cinta Baru. Aku tekad dan berazam, menjadikan sejarah lalu, dapat menjadi pengajaran terbaik buat ku walau tidak dapat dari mana-mana orang yang mempunyai pengalaman bercinta.
Dalam kisah ku bersama Si Cinta Baru. Begitu banyak kisah yang tidak ku dapat lupakan sepanjang hayatku. Pada mulanya, ku sangat takut. Kerana rasa cinta ini sangat berbeza. Sejujur-jujurnya aku mengungkap rasa hati. Dan dalam kata-kataku bersamanya, selalu ku ungkapkan dan jelaskan sesuatu kesan baik untukku, dan kesan buruk buat Si Cinta Baru dalam menerima rasa yang ku wujudkan padanya. Aku bersyukur dan menangis kegembiraan kerana dirinya begitu juga menghargai dan dapat menerima aku apa adanya.

Tepat 22 Disember 2009, segalanya telah jelas di hati masing-masing. Aku bahagia tak terkata. Dan itu akhirnya buat ku terlupa rasa sayang ku pada keluarga sebelum ini. Walau niatku hanya tidak ingin mengulang sejarah lampau, Namun itu memakan diri. Si Cinta Baru tidak sama dengan Si Cinta Lama. Sekerap mana ku bersama Si Cinta Baru, sekerap itu juga ku menjauh bersama rasa sayang terhadap keluarga. Aku bingung. Celaru. Rasa tersepit diantara dua hubungan. Dalam masa yang sama hubungan ku renggang bersama keluarga.
Itu adalah kerana ketidak puas hati ku dan rasa terlalu menjaga adik untuk bercinta. Walhal, aku berbuat hal yang sama. Tapi tidak ku benarkan untuk si adik. Jujur ku katakan, yang aku sangat membimbangkan adik, kerana aku terlebih berfikiran negarif dari positif. Mungkin juga pengalaman hidupku mendesak untuk dapat berkongsi sama dengannya.
Akhirnya hubungan bersama keluarga renggang. Namun itu hanyalah sementara. Dalam kerenggaan itu aku selalu menghabiskan waktu bersama Si Cinta Baru. Dalam kebersamaan, setelah semua hubungan yang retak telah ku perbaiki, aku akhirnya dapat menjalani kehidupan bersama keluarga dan Si Cinta Baru dengan aman.

Dalam kebersamaan bersama Si Cinta Baru, telah banyak kenangan di lalui bersama. Aku semakin sayang padanya. Terlalu dan terlalu menyayanginya. Sehingga aku menjadi lupa dalam menghargainya seperti awalan ku menghargai kehadirannya dalam hidupku. Membuat ku tidak tahu di untung dan semakin lupa diri.
Aku langsung tidak memperdulikan perasaannya. Hanya perasaan ku sahaja yang selalu ingin ku penuhi. Aku semakin ego sehinggakan langsung tidak ku sedar apa yang telah ku ucapkan padanya. Sifat amarahku selalu ada padanya walau di hatiku ingin membimbing dan selalu merisaukan Si Cinta Baru.
Seboleh-bolehnya aku ingin berkongsi semua pengalaman ku bersamanya. Aku seperti telah mengawal dan membatasi waktunya. Itu membuatkan Si Cinta Baru berasa amat tertekan. Si Cinta Baru tetap kuat bersabar dalam menghadapi segala kerenah ku. Aku terlalu meninggikanya, selalu mengenangnya, selalu mencintainya. Tapi dalam masa yang sama tidak kena pada jalannya. Mungkin pengalaman ini masih baru buatku.
Aku bodoh, aku terlalu mengusai diri ini dengan sifat mazmumah, sangat-sangat berbeza dengan diri aku yang dahulu. Telah berbagai cara aku lakukan untuk berubah, namun tetap juga tidak kesampaian. Kerana di hati ku sunyi tanpa text message darinya, suaranya dan kehadirannya di hadapanku. Ku menjadi buta dalam menyayangi Si Cinta Baru.

Sehinggalah di hari raya baru-baru ini, apa yang aku doakan di bulan puasa sebelum itu, dimakbulkan Allah Ta'ala. Hadir hasil doa itu tepat pada waktunya. Aku seakan-akan menjadi celik setelah buta selama 9 bulan. Aku sangat-sangat menginsafi perbuatan ku terhadapnya.
Semakin ku insaf, pabila ku membuka dan membaca kembali message-massage yang telah ku kirim padanya. Aku menangis sambil mengetap bibir. Betapa aku begitu jahat dalam berkata-kata walau pada insan yang ku sayangi. Aku begitu benci bila membaca message-message tersebut. Aku seperti tidak percaya, sanggup ku katakan begitu padanya.
Aku sepertinya menjadi orang lain, langsung tidak memperdulikan perasaan dan rasa sayang Si Cinta Baru terhadapa ku selama ini. Dia amat menghargaiku, tapi aku semakin kurang dalam menghargainya. Sehinggakan membuat Si Cinta Baru menjadi rimas. Tidak pernah aku ingin berubah walau sering kali dia ingin melihatku yang dahulu.
Aku ingin selalu ada di sampingnya. Dan aku terlalu menyayanginya, namun itu semua hanya ikut kemahuanku saja, tanpa menghiraukan apa Si Cinta Baru rasakan terhadap diriku yang telah lain ini. Aku mencuba untuk tidak mengulang kembali sejarah bersama Si Cinta Lama. Akan tetapi, Si Cinta Baru sangat berbeza sifatnya.
Aku telah kalah dalam penilaian ku selama ini. Bukan penilaian terhadap Si Cinta Baru tapi penilaian terhadap siapa aku sebenarnya. Aku semakin banyak dapat pengalaman, dan harap pengalaman itu dapat memberi aku peluang untuk menetapi segala janji-janji ku terhadapnya. Aku juga berharap agar hubungan ini menjadi murni kembali. Dan peluang itu seandainya ku telah dapatkan, tidak akan ku ulanginya lagi dan akan ku hargainya bersungguh-sungguh, kerana aku telah dibekalkan sebuah pengalaman baru yang amat berguna.
Aku akan menjaga dan bertanggjawab sepenuhnya pada semua orang ku sayangi dan juga pada orang yang ku cintai, kerana si Cinta Baru bukan hanya sekadar cinta bagi ku, kerana dia adalah cinta terakhirku dan juga sebagai pendamping hidupku buat selamanya. Dan itu telah termaktub dalam buku cita-citaku. Dan itu pasti kan ku kejar dan mencapainya kerana tanpa dia, ku akan akan lemah sepanjang hayatku, kerena segala semangatku telah terbagi semuanya pada Si Cinta Baru atau Si Cinta Terakhir . . . . . . .

No comments:
Post a Comment