Siapa nak tahu di mana asal usul nama Heiji Nara yang saya dapatkan ini. Heiji itu lahirnya di Sana. Nara, kemudiannya dibesarkan di Sini. Sejak berpuluh tahun Heiji Nara mengembara tanpa ada alasan untuk dia merungut. Dia suka mengembara. Jauh jalannya. Hingga dia dewasa kini, dia terjumpa jalan mati.
Pada awal pengembaraannya, bermula di sebuah hutan. Dalam perjalanan, sering kali berada dalam ketakutan walau berlakon berani-berani jer. Antaranya, pernah dia melihat seekor ular yang tumpang lalu dihadapannya. Maka, si Heiji Nara pun memberi laluan. Setelah ular itu berlalu, dia pun meneruskan langkahnya dengan hati lega sungguh pada ketika itu, perutnya pula tidak berkompromi untuk tidak sabar-sabar diisi. Heiji Nara berjalan tanpa henti, sehinggalah dia terjumpa seekor rama-rama yang cantik terbang mengiringi dia. Dia hairan. Namun, dek kerana kecantikan rama-rama itu buat dia jadi lupa bunyi krok-krok di dalam perutnya walau sebelum itu dia terasa ingin turut berdansa mengikut rentak alunan di dalam perutnya. =D
Sehinggalah satu masa, perjalanan yang menghampiri waktu kelam. Dalam samar-samar lampu suluh dan ditambahi dengan cahaya bulan. Maka, ternampaklah dia sebuah rumah yang sangat usang. Heiji Nara menghampirinya. Lalu dengan sopan dia memberi salam, walau dalam fikirannya telah mentafsir terlebih dahulu bahawa tidak mungkin ada penghuni di dalamnya. Oleh kerana Heiji Nara bersifat penyegan, dia memberi salam juga sebagai isyarat.
Akhirnya, oleh kerana darurat, Heiji Nara menolak daun pintu dengan cermat. Tanpa berlengah lagi dia membersihkan rumah gubuk itu untuk dijadikan tempat dia bermalam. Heiji Nara terpaksa menutup mata dalam kelaparan malam itu, namun dia gagahkan juga. Dia berdoa agar besok hari lebih baik dari hari ini. Dia bertambah syukur kerana masih bernafas mengembara seorang diri di dalam hutan. Banyak binatang buas telah menjadi teman baiknya sepanjang perjalanan itu. =D Alhamdulillah Heiji Nara tidak menjadi musuh binatang buas, (jadi tarzan pulak ea si heijinara ni, hihi)
Hendak disambungkan cerita, besok pagi dia pergi meninggalkan rumah gubuk tersebut, dan masih mengembara lagi. Tidak tahu mana hala tuju, namun di hati. Tetaplah Allah yang satu tujuannya. Dalam sambungan pengembaraannya, akhirnya terjumpalah dia dengan sebatang sungai yang bersaiz M. Tak besar dan kecil sangat. Walaupun bersaiz agak berkesederhanaan, namun airnya cukup jernih. Dia pun tanpa berlengah, terus meneguk air tersebut hingga hilang semua haus di kerongkongnya. Alhamdulillah. Setelah itu, dalam hati yang girang. Dia berjalan tanpa membuka mata pun. Alangkah girangnya dia tadi dapat minum air sungai yek. hehe =D.
Si Heiji Nara memang dahulunya suka akan nombor, dan tidak suka pada huruf. Jadi dalam ingatan pelajarannya hanya adalah bekas-bekas nombor, iaitu dalam bahasa sasteranya, matematik. Dia mencongak-congak, sudah berapa lama dia di dalam hutan. Rupanya sudah genap 9 purnama. Genap 9 purnama itulah dia akhirnya terjumpa sebuah tembok besar. Besar dan tinggi. Dilingkari oleh daun-daun hutan. Dia begitu penasaran, apa yang ada di balik tembok tersembut. Dengan rasa kuat hati untuk berusaha ambil tahu, dia memanjat pokok-pokok besar yang ada berdekatan tembok tersebut untuk dijadikan tangga bagi memudahkan dia memanjat. Akhirnya dengan kesungguhan yang ada, dia sampai ke puncaknya.
Hatinya berdegup kencang. Sekencang-kencangnya untuk melihat di balik tembok tersebut. Dalam hatinya agak hampa sedikit kerana di balik tembok itu ada hutan lagi tapi tidaklah selebat yang dahulu. Namun dihujungnya dia ternampak rumput-rumput cantik tumbuh menghijau bak padang golf. Dan dalam hati nya, bertekad untuk sampai ke sana, pasti . . . . akan sampai disana, bagaimana susah dahulu yang dia harungi.
Heiji Nara tetap tidak akan pernah berputus asa dan sesekalipun tidak akan mensia-siakan perjalanannya dahulu, kerana dalam fikirannya. Kesungguhan membawa jalan, keinsafan membawa kesedaran dan kesusahan membawa kita menjadi orang yang tahu mengenang jasa, dan hanya jasa jasad yang dipinjamkan Allah ini menjadi yang utama untuk di balas. Selagi peluang masih ada, masih banyak yang harus diperbaiki sebelum kita menemui Allah disana. . =)
1 comment:
ouh kisah ini :D
Post a Comment