Monday, November 8, 2010

Cukuplah rindu sahaja yang ku deritakan

Tengah malam tadi hujan menemani ku sendiri. Melimpah ruah turun seperti nya bumi kehausan sejak mulai pagi. Atap-atap zink kedengaran seperti popcorn di goreng. Menggetar tubuhku yang kecil ini dengan kedinginan yang hampir membuat ku terlena. Namun mata terus juga kuat bertahan dari tetutup mencari mimpi. Akhirnya, membawa ku pada lamunan yang tiada henti.

Lamunan itu sungguh menghantui hidupku. Sering sekali membawa lagu rindu. Terbayang akan seseorang yang begitu amat ku peduli. Selama ini tak pernah ku rasa, bahawa akan terasa seksa sekali. Apabila terwujudnya rasa rindu menghentam jiwa yang selama ini dingin dengan rasa kesendirian.

Apa lagi yang dapat ku lakukan, dari terus hayati penderitaan ini. Bukan derita fizikal, tapi derita yang tidak dapat nampak oleh mata kasar manusia. Mujur hanya satu, iaitu rindu. Satu derita ini cukup membuat ku lemah. Seandainya ada derita yang seangkatan darinya, mungkin aku akan mati rasa. Cukuplah hanya rindu yang kuderitai. Janganlah ada yang pergi. Jika itu terjadi, cukuplah sekadar redha aku seandainya dia pergi menghadap Ilahi.

Hubungan yang terjalin, samalah seperti 10 benang dipintal menjadi satu tali. Itu yang ku juangkan selama kebersamaan bersamanya. Usaha, dan terus usaha. Tak kira apa jua rintangan. Akan ku hadapi menjadi si pemberani. Berani kerana benar. Berani kerana niat yang tulus. Berani kerana ingin mendapatkan sesuatu yang tidak mustahil untuk aku dapatkan.

No comments: