Semalam tido lewat. Dah pastinya besok akan bangun telat. Matahari menggunung tinggi, telah memaksa aku untuk bangkit. Bangkit dari kemurungan. Murung yang berpanjangan. Mandilah jawapan yang paling menyegarkan. Mahu tidak mahu, harus cepat menggerakkan otot-otot dari terus mengeras. Daripada ia menjadi kaku, pasti mereka akan fikir aku sedang sakit. Padahal nanti, pasti fikiran mereka juga akan menjadi negatif. Membuat rasa tidak senang melihat aku menumpang bersahaja.
Aku juga ingin pulang. Secepat yang mungkin. Hanya waktu yang ku tunggu. Sungguh waktu tiada halangan, namun kehidupan sehari-harian menjadi kekangan. Jika sendiri melayan diri, itu tidak menjadi sedikitpun masalah. Namun, aku kini tinggal bersama sebuah keluarga. Keluarga yang sangat-sangat cukup untuk mereka-mereka sahaja. Apalagi tentang kebutuhan duit. Aku ingin sahaja membantu, tapi ada sahaja yang tidak merasai. Betapa aku juga sama seperti mereka.
Di mana aku berada, selalu sahaja menjadi perhatian. Tidak ada maksud untuk menggelarkan diri seperti orang ternama. Diri ini sama seperti mereka. Hanya penampilan sahaja yang berbeza. Lain di mata namun sama di poket celana. Aku harus bagaimana, hadapi dua dunia. Di tempat aku dilahirkan tidak sama di tempat aku dibesarkan. Keliru, teramat keliru. Biarpun itu menyukarkan ku, selalu sahaja aku akan cari penyelesaian tanpa ada berasa bosan.
Bosan hanyalah ada jika badan tidak bergerak. Seperti orang sakit hilang upaya. Tidak mahu mensia-siakan usia muda kerana dugaan yang tidak seberapa. Aku harus kuat walau badai sering kali menimpa. Kuat itu selalu ku punya, tapi tidak di fikiran yang terbuka. Aku lemah dalam memikirkan tentang keberanian untuk berubah. Selalu ku fikirkan, selalu juga berguguran rambut di kepala. Sepertinya aku cepat menjadi dewasa tanpa sedikit pun aku bersedia untuk hadapi hari tua. Bagaimanalah ya ???? Tolong aku, bantuilah aku.
Ya Allah, lancarkanlah hari ku tuk selalu berada di landasan yang telah kau sediakan untuk hamba mu ini mencari sesuatu yang dapat membantu orang lain dan juga untuk diri ku sendiri .
No comments:
Post a Comment