Thursday, June 24, 2010

Mengertilah luahan ku ini

jika ku mati hari ini mengadap Ilahi
masih adakah insan yang peduli 
sepertinya jauh sekali ku bermimpi
kerana hati mereka telah ku sakiti

melihat hanya sahaja kesalahanku
berpacaran menjadi punca yang satu
sedangkan mereka kurang tahu
tanggungjawab bukan hanya dari aku

ketika ku pulang ke rumah
dibawahanku tidak begitu ramah
mungkin mereka asyik kene marah
sebab ditego cara tak berhemah

bagaimana lagi ku sebagai yang tua
terlalu banyak ku harus harungi gua
gelap gelita tidak tahu dalam ada apa
kadang ku takut, mencari sedikit cahaya

supaya bisa ku mencari jalan tuk bersua
bersama orang ku sayangi di lain masa
begitu jua mereka yang telah bersama
agar tak lupa peritnya kehidupan dahulu kala

Wednesday, June 16, 2010

Kisah tak terjangkakan

"Terima kasih kerana telah menerima permintaan hati abg". Begitulah ku ucapkan padanya. Seperti apa yang terlihat di anak matanya, tidaklah ku ketahui. Masih ku tertanya-tanya hingga kini, betulkah aku telah menjadi pendamping hidupnya ? Mungkin juga aku lagi bermimpi ? Bila mengenangkan nasibku, rasa takut datang menerkam. 


Bahawasanya ku terlalu kerdil tuk dapat bersama dengannya. Takut hanya akan memalukan dia sahaja jika jalan berdua. Aku ini tiadalah rupa seperti sang pangeran. Aku juga bukan seorang yang berada, tidak sama dengan harapan keluarganya. Aku tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang amat mengambil berat tentang hidup aku dan sebuah perasaan jujur pada diri sendiri yang telah di semai oleh kedua orang tuaku. 


Itulah yang selalu aku fikirkan. Dia boleh sahaja mencintai orang yang lebih baik dari ku. Dan, kenapakah aku ? Hingga kini aku masih dalam keadaan terkejut dan tak menjangkakan semua ini. Dalam masa yang sama ku begitu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah dipertemukan dengan seorang wanita yang cukup pengertiannya terhadapku. Cewah, hihi. 


Ku akui, dia masih kaku dengan semua ini dan masih muda dalam lalui jalan hidup ini. Dari perwatakannya, ku sedari dia cukup tabah dan cekal serta cepat menyesuaikan diri walau di mana dia berada. Orang yang suka berdikari walau manja dan malu tak kena pada tempatnya. Bagi ku, itu cukup buat ku rasa ingin tetap teruskan perjuangan tuk tetap bersamanya. Tak sudah-sudah ku bercerita mengenai pahitnya perjalanan hidupku padanya. 


Ku sedih sendiri, melihat satu-satunya wanita yang begitu hormati dan hargai apa yang ku lakukan padanya, dan dialah yang pertama ku jumpai. Ku akui, masih terlalu jauh kisah ku bersamanya. Tidak perlu tergesa-gesa dalam hal yang mendatang. Namun itu perlu bagiku. Dialah yang pertama, dan juga yang terakhir. Tidak ada siapa-siapa lagi. Di kemudian hari, tidak ingin ku mengatakan hal yang selalu orang perkatakan. 


Seperti contoh. "Dah tak de jodoh, nak wat camne ? . . Aku tidak mahu menyalahgunakan perkataan "jodoh". Dalam hati ku telah bertekad, aku ingin memilikinya walau bagaimanapun caranya. Bererti harus ku kuat berusaha jika memang dia ingin ku miliki. Memang jodoh kita telah ditentukan dan dirahsiakan oleh Allah Ta'ala sejak azali lagi. Dalam hidup ini ada tiga rahsia besar. 


Mati, rezeki dan jodoh. Daripada tiga rahsia itu, hanya dua yang manusia perlu cari iaitu rahsia rezeki dan jodoh. Bermakna harus ku berusaha sekuat mungkin mencari rahsia jodohku. Jika ku ikhlas dan tidak main-main dalam mengenal dia, insyaAllah, pasti hubungan ini sampai ke tujuannya. 

Tuesday, June 15, 2010

Awal pertemuan

Dia ucapkan "assalamualaikum" padaku di suatu petang. Aku menjawab salamnya dengan nada perlahan sambil terpegun, kerana buat pertama kalinya kami bersua. Setelah sekian lama berbalas sms dan berbual di talian. Tidak ku sangka dia begitu berbeza. Jauh dari apa yang ku sangkakan. Terus membuat jantungku kuat mengepam darah hingga hampir berhenti berdenyut. 


Dia melangkah kecil menghampiriku. Tersenyum manis tak kelihatan gigi. Lirikan mataku terus ku buang jauh setelah tertatap matanya yang buatkan aku hampir pengsan. Hehe. Setelah itu kami bergegas ke KLCC. Di situlah tempat kami ber'dating' buat pertama kali. Hihi. 


Kebetulan pada hari itu ada 'pc fair', lalu aku mengajaknya ke sana walau hanya melihat-lihat saja sambil jalan bersama. Tidaklah aku sangka akan bersamanya pada hari itu. Huhu. Kami seperti sudah lama berkenalan, berbual dan bercerita sesama lebih mesra ketika kami berbual di talian. 


Sungguhpun kami baru sahaja berjumpa, tapi seakan-akan telah lama mengenali antara satu sama lain. Ku begini, dia begini. Ku begitu, dia begitu. Keserasian jelas terpancar di setiap baris kata yang kami bicarakan. Membuat dia tidak berasa janggal dan begitu juga aku sebaliknya. Jam menunjukkan matahari ingin bertukar shiff dengan bulan. Kami bergegas pulang walau diri masing-masing berat hati bila kan berjauhan.

Itu sudahlah pasti

Bila saatnya tiba, akan ku datang hampiri seluruh keluargamu. Dengan mata terpejam, bibir tergumam, lidah kelu dan hati gemuruh sebentar ketika ku bersua dengan mereka. Itu sudahlah pasti. Namun tidak pada semangatku, yang selalu ada terbakar dalam jiwa untuk mengungkapkan semua risalah hatiku selama ini pada kedua orang tua mu nanti. Itu sudahlah pasti. Akan ku kotakan segala janji. Tidak ku ingin berputus asa lagi. Menjadi pemimpin dikemudian hari. Itu sudahlah pasti. Aku harus berani hadapi semua ini jika ku mahu memlikimu. Cukuplah aku memimpin bahtera yang bakal ku jalani suatu hari nanti. Itu sudahlah pasti. Jika tekadku tidak mati. Kau selalu ada dalam kesunyianku. Menyinari kegelapan hati ini. Bersama mu ku mengerti bahawa sifat saling memahami adalah hidup orang yang dewasa. Mengukuhkan ikatan hubungan ini selama mana kita mahu. Dalam hati ku selalu memanggilmu. Segala tentangmu menjadi sebahagian dalam hidupku. Bersamalah kita hadapi mereka. Bersamalah kita berkata. Bersamalah kita bersuka. Bersamalah kita berduka. Tetaplah bersamaku wahai kasih. Jika kita dapat lintasi halangan yang pertama ini, semoga berjaya di halangan yang kedua. Berharap semua berjalan lancar seperti yang dihajati. Sejak pertama kali kita bertemu, telah terlihat rohku dalam matamu, aku tersentak dan selalu mengikut alunan rindumu. Dipermulaan, ku bingung. Ku pasrah. Di pertengahan, ku tersenyum gembira. Ku bersyukur. Di akhir nanti, aku berharap dapat mengekalkan hubungan ini hingga ke penghujung waktu. Dan ku pasti tersenyum bahagia. Itu sudahlah pasti. Selamanya bersemi. Selalu ada dalam redha mereka dan yang paling penting selalu ada dalam keredhaanNya.

Wednesday, June 9, 2010

Ceritaku kali ini

Ketika usiaku menjangkau 2 tahun, tidaklah ku dapat bayangkan bahwa aku akan ada seorang pasangan hidup di kemudian hari. Kini, saatnya ku rasai perasaan itu, juga tanpa ku sedari. Dia lebih muda dariku 2 tahun. Jika di imbau kembali ke masa dahulu, aku begitu jauh sekali dengan dia. Aku di sebelah lautan selat melaka dan dia pula di sebelah semenanjung 10 tahun dahulu. Semakin jauh kaki kami melangkah, semakin menjadi lebih dewasa dalam mencari titik pertemuan. Semua ini terjadi atas keizinan Allah Ta'ala. Aku bersyukur dengan segala apa yang telah berlaku dalam riwayat hidupku. Di suatu malam yang teramat sunyi, ku tertidur lalu termimpi. Aku sendiri, tiada yang menemani dalam sepi ini. Dalam mimpi, ku bebas lakukan apa sahaja. Dalam mimpi, ku sentiasa berduka walau ku bisa tertawa. Walhal, dalam dunia nyata juga ku begitu. Tiap detik, tiap minit, tiap hari ku di uji. Semua jalan yang ku lalui begitu banyak duri kehidupan hingga berdarah di dalam hati. Namun akhirnya, ku bisa tersenyum kembali saat dirinya ku temui :) Tak dapat ku gambarkan perasaan ku ini di sini. Hanya rasa suka yang teramat sekali dapat ku katakan dan membuatkan aku tersenyum bahagia hingga tertarik ke pipi. Dialah yang terbaik. Sesuai dengan permintaan hati. Ku akhiri catatan ku ini dengan senyuman puas tapi bermuka blur, kerana ku tak tahu mahu tulis apa lagi. Dan ku berharap hubungan ku bersamanya akan baik-baik sahaja. Mencapai ke tujuannya satu hari nanti, insyaAllah ^.<

Sunday, June 6, 2010

Jangan Off kan lagi

payah nset klu mati

tuannye juga turut mati
di call banyak kali 
buatkan kita sgt sakit hati

tak tahu kita risau dan peduli
pasal dia kita x senang hati
mungkin ade sesuatu yg terjadi
eeeee, geram dan panas sekali

nape lah suke buat begini
kalau rase x de buah hati
x yah off nset, cabut je batery
sbb x de orang pun nak call nanti

kita di sini selalu menanti
keberadaannya selalu dinanti
setiap saat, minit dan hari
jadi, tolonglah nset jgn mati lagi

Wednesday, June 2, 2010

Bila lah ye ? =(

kemarin aku terfikir tuk hari semalam
berharap cepat keluar dari rasa suram
tinggal sendiri buat aku rase seram
dibendung rase rindu buat aku tenggelam

semalam aku terfikir tuk hari ini
berharap juga selesai kerjaku disini
jenuh dan malas menunggu lagi
ingin ku cepat pulang dan xkan kembali

hari ini aku terfikir tuk hari esok
cukuplah sudah aku men nyorok2
dekat sini aku dah jadi cam berok
gelisah tak tentu buat aku kekok

menjalani kehidupan yang ternanti2
selalu terbayangi dalam mimpi2
bilakah aku akan dapat apa yang diingini
keselesaan dimana ku berdiri masih tercari2