Tuesday, June 15, 2010
Itu sudahlah pasti
Bila saatnya tiba, akan ku datang hampiri seluruh keluargamu. Dengan mata terpejam, bibir tergumam, lidah kelu dan hati gemuruh sebentar ketika ku bersua dengan mereka. Itu sudahlah pasti. Namun tidak pada semangatku, yang selalu ada terbakar dalam jiwa untuk mengungkapkan semua risalah hatiku selama ini pada kedua orang tua mu nanti. Itu sudahlah pasti. Akan ku kotakan segala janji. Tidak ku ingin berputus asa lagi. Menjadi pemimpin dikemudian hari. Itu sudahlah pasti. Aku harus berani hadapi semua ini jika ku mahu memlikimu. Cukuplah aku memimpin bahtera yang bakal ku jalani suatu hari nanti. Itu sudahlah pasti. Jika tekadku tidak mati. Kau selalu ada dalam kesunyianku. Menyinari kegelapan hati ini. Bersama mu ku mengerti bahawa sifat saling memahami adalah hidup orang yang dewasa. Mengukuhkan ikatan hubungan ini selama mana kita mahu. Dalam hati ku selalu memanggilmu. Segala tentangmu menjadi sebahagian dalam hidupku. Bersamalah kita hadapi mereka. Bersamalah kita berkata. Bersamalah kita bersuka. Bersamalah kita berduka. Tetaplah bersamaku wahai kasih. Jika kita dapat lintasi halangan yang pertama ini, semoga berjaya di halangan yang kedua. Berharap semua berjalan lancar seperti yang dihajati. Sejak pertama kali kita bertemu, telah terlihat rohku dalam matamu, aku tersentak dan selalu mengikut alunan rindumu. Dipermulaan, ku bingung. Ku pasrah. Di pertengahan, ku tersenyum gembira. Ku bersyukur. Di akhir nanti, aku berharap dapat mengekalkan hubungan ini hingga ke penghujung waktu. Dan ku pasti tersenyum bahagia. Itu sudahlah pasti. Selamanya bersemi. Selalu ada dalam redha mereka dan yang paling penting selalu ada dalam keredhaanNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment