"Terima kasih kerana telah menerima permintaan hati abg". Begitulah ku ucapkan padanya. Seperti apa yang terlihat di anak matanya, tidaklah ku ketahui. Masih ku tertanya-tanya hingga kini, betulkah aku telah menjadi pendamping hidupnya ? Mungkin juga aku lagi bermimpi ? Bila mengenangkan nasibku, rasa takut datang menerkam.
Bahawasanya ku terlalu kerdil tuk dapat bersama dengannya. Takut hanya akan memalukan dia sahaja jika jalan berdua. Aku ini tiadalah rupa seperti sang pangeran. Aku juga bukan seorang yang berada, tidak sama dengan harapan keluarganya. Aku tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang amat mengambil berat tentang hidup aku dan sebuah perasaan jujur pada diri sendiri yang telah di semai oleh kedua orang tuaku.
Itulah yang selalu aku fikirkan. Dia boleh sahaja mencintai orang yang lebih baik dari ku. Dan, kenapakah aku ? Hingga kini aku masih dalam keadaan terkejut dan tak menjangkakan semua ini. Dalam masa yang sama ku begitu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah dipertemukan dengan seorang wanita yang cukup pengertiannya terhadapku. Cewah, hihi.
Ku akui, dia masih kaku dengan semua ini dan masih muda dalam lalui jalan hidup ini. Dari perwatakannya, ku sedari dia cukup tabah dan cekal serta cepat menyesuaikan diri walau di mana dia berada. Orang yang suka berdikari walau manja dan malu tak kena pada tempatnya. Bagi ku, itu cukup buat ku rasa ingin tetap teruskan perjuangan tuk tetap bersamanya. Tak sudah-sudah ku bercerita mengenai pahitnya perjalanan hidupku padanya.
Ku sedih sendiri, melihat satu-satunya wanita yang begitu hormati dan hargai apa yang ku lakukan padanya, dan dialah yang pertama ku jumpai. Ku akui, masih terlalu jauh kisah ku bersamanya. Tidak perlu tergesa-gesa dalam hal yang mendatang. Namun itu perlu bagiku. Dialah yang pertama, dan juga yang terakhir. Tidak ada siapa-siapa lagi. Di kemudian hari, tidak ingin ku mengatakan hal yang selalu orang perkatakan.
Seperti contoh. "Dah tak de jodoh, nak wat camne ? . . Aku tidak mahu menyalahgunakan perkataan "jodoh". Dalam hati ku telah bertekad, aku ingin memilikinya walau bagaimanapun caranya. Bererti harus ku kuat berusaha jika memang dia ingin ku miliki. Memang jodoh kita telah ditentukan dan dirahsiakan oleh Allah Ta'ala sejak azali lagi. Dalam hidup ini ada tiga rahsia besar.
Mati, rezeki dan jodoh. Daripada tiga rahsia itu, hanya dua yang manusia perlu cari iaitu rahsia rezeki dan jodoh. Bermakna harus ku berusaha sekuat mungkin mencari rahsia jodohku. Jika ku ikhlas dan tidak main-main dalam mengenal dia, insyaAllah, pasti hubungan ini sampai ke tujuannya.
No comments:
Post a Comment