Tuesday, June 15, 2010

Awal pertemuan

Dia ucapkan "assalamualaikum" padaku di suatu petang. Aku menjawab salamnya dengan nada perlahan sambil terpegun, kerana buat pertama kalinya kami bersua. Setelah sekian lama berbalas sms dan berbual di talian. Tidak ku sangka dia begitu berbeza. Jauh dari apa yang ku sangkakan. Terus membuat jantungku kuat mengepam darah hingga hampir berhenti berdenyut. 


Dia melangkah kecil menghampiriku. Tersenyum manis tak kelihatan gigi. Lirikan mataku terus ku buang jauh setelah tertatap matanya yang buatkan aku hampir pengsan. Hehe. Setelah itu kami bergegas ke KLCC. Di situlah tempat kami ber'dating' buat pertama kali. Hihi. 


Kebetulan pada hari itu ada 'pc fair', lalu aku mengajaknya ke sana walau hanya melihat-lihat saja sambil jalan bersama. Tidaklah aku sangka akan bersamanya pada hari itu. Huhu. Kami seperti sudah lama berkenalan, berbual dan bercerita sesama lebih mesra ketika kami berbual di talian. 


Sungguhpun kami baru sahaja berjumpa, tapi seakan-akan telah lama mengenali antara satu sama lain. Ku begini, dia begini. Ku begitu, dia begitu. Keserasian jelas terpancar di setiap baris kata yang kami bicarakan. Membuat dia tidak berasa janggal dan begitu juga aku sebaliknya. Jam menunjukkan matahari ingin bertukar shiff dengan bulan. Kami bergegas pulang walau diri masing-masing berat hati bila kan berjauhan.

No comments: