Thursday, October 14, 2010

Dua puluh dua

22 jam yang lalu, ketika malam masih rancak dengan nyanyian jalanan. Debu juga masih kelihatan walau tanpa di pandang. Di pinggir jalan bermacam ragam orang dirakam. Deretan rumah di jalan medan masih belum berkunjung sepi. Warung makan dan kedai-kedai masih setia menunggu pelanggan. Di sepanjang jalan, tidak semua benderang dengan cahaya lampu. Hanya lampu-lampu di rumah deretan jalan tetap membantu memberi cahaya samar. Tidak lupa juga pada sebuah kedai ini.

Kedai bertuankan rumah. Ada sebuah tempat khas yang lapang telah disediakan buat pelanggan untuk melihat 'dunia luar'. Dilengkapi meja dan bangku. Di setiap segenap kawasan, dikerumuni oleh anak-anak muda. Ada kecil, remaja dan dewasa. Bagi mereka yang bergelar orang tua atau atuk-atuk, jarang ditemukan di tempat ini. Mereka biasanya suka duduk di warung kopi, bersebelahan dengan kedai yang sering dilawati oleh golongan tidak seusia dari mereka.

Tempat ini sinonim dengan istilah 'on9'. Bak kata YM. Atau juga FB. Tidak semena-mena, kaunter pertanyaan di sapa. Seorang anak muda datang menghampiri sambil melihat si penjaga kaunter. ''Ada tempat yang kosong kak?'', tanya anak muda itu. Penjaga kaunter tersenyum melihat sosok anak muda tersebut lalu dia kemudiannya memberi isyarat ke arah komputer di nombor 22. Di situlah tempat anak muda ini melihat 'dunia luar'. Atau yang lebih penting, menjenguk seseorang yang amat penting buat dirinya.

Pada tanggal 22 Disember, tarikh yang tidak dapat dilupakan. Sentiasa segar di minda anak muda ini. Pada malam itu, gerak tari jari anak muda itu lincah mengetik menyusun kata di ruangan 'chatting' fb. Bagai tidak percaya. Dia lancar menaip kata dari keyboard komputer selari dengan kata-katanya yang diucap. Dia semakin segar, walau malam beransur gelap. Gelap menemani dingin malam. Dirinya masih hangat dalam talian.

Taipan terakhir sangat membahagiakannya. Sahutan di sana menerima sahutan di sini. Bunga-bunga malam terputik jatuh ke hati. Haruman segar terasa walau hidung anak muda itu tersumbat gara-gara selesema. Mungkin kerana dia alergi pada keadaan cuaca yang sejuk barangkali. Namun itu semua dibawa ke tepi, kerana ada seseorang yang istimewa dia ingin bawa ke hati. Hatinya telah termiliki. Hanya kisah mereka saja yang belum dijalani. Nanti bila sudah ada di depan mata, baru semuanya akan terjadi dan anak muda itu terasa diri ini sangat dihargai yang tidak pernah dia rasai selama ini. . .

No comments: