Hari ini kamu semakin lebih dewasa. Menurut kata mereka, kamu itu bukan saja sudah bertambah usia malah sudah dapat di gelar sebagai orang tua. :)
Pastinya, saat ini, hati kamu meriah sekali. Melihat ramai kenalan mengingati hari lahirmu. Belum lagi nanti akan menerima kejutan demi kejutan dari insan terdekat. Mungkin saja telah diketahui oleh kamu lebih awal, tentang setiap kemungkinan yang bakal terjadi.
Sungguh pengharapan kamu tidak setinggi angkasa, kamu tetap teruskan usaha untuk tersenyum bahagia. "Cukuplah tanda ingatan menjadi hadiah yang paling teristimewa", kata hati kecilmu yang semahunya suka beralah.
Aku tahu itu, kerana aku juga pernah lewati kisah begitu. Tentang kamu, telah menjadi sumber inspirasi ku ketika lewati gelap malam. Menjadi modal motivasiku ketika lewati cerahnya mentari.
Ramai yang mengingat tentang hari lahirnya kamu ke dunia. Yang paling baik, antara mereka, ada yang memberi banyak macam doa :) Mungkin saja antara doanya, saya agakkannya begini. "Semoga panjang umur dan murah rejeki, G", "Semoga cepat kawen", "Doakan kamu sentiasa bahagia di samping orang tersayang" XD
Bagiku, doaku sentiasa berjalan seiringan dengan setiap apa yang kita lewati bersama. Tidak menjadi hari tertentu untuk mula mengingatimu. Di setiap waktu, ketika ingatan yang utama kuat mengingati Sang Pencipta, saat itu selalu disertakan juga ingatan kepada orang yang sentiasa dekat di mata.
Moga, kasih dan redhaNya turut kita semati bersama dalam jiwa yang juga mahu mempunyai rasa sayang sesama. Agar nilai hati yang punya rasa itu tidak tercemar dengan ludahan sang penggoda yang durjana.
Tidak mampu untuk berkata lanjut. Cuma ada sedikit pesan, jauh tersemat di benak seorang lelaki cumil yang pemalu ini :3
Genap usiamu 24 tahun, berusahalah untuk menjadi peribadi yang lebih baik. Bukan bermaksud kamu itu jahat ketika berusia 23, tetapi kerana jika kamu berasakan dirimu telah pun menjadi orang yang baik, maka tiada alasan untuk memperbolehkan kamu bersikap sombong, keruh hati dan juga lupa akan diri. Semoga dijauhkan hal yang sebegitu.
Tentang suka yang membawa bahagia. Yakin benar hari ini adalah hari yang amat teristimewa buatmu hingga mampu mencapai rasa bahagia yang kamu tunggu. Namun, ketahuilah, terkadang bahagia tidak beerti kamu memiliki segalanya. Apapun yang kamu miliki saat ini yang dapat menjadi sebuah erti dalam bahagianya kamu adalah ketika kamu tidak lupa untuk mensyukurinya.
Dan pesan yang terakhir. "Jangan". Bukanlah bermaksud mahu menegah atau mahu menghalang bila ada kata itu. Oleh kerana damainya dalam menyayangimu, semahunya saya agar kamu tidak terus terlena dalam segala hal kesenangan yang sementara.
Janganlah meremehkan dirimu sendiri, kerana ada seseorang merasa hidupnya bahagia hanya kerana senyummu hari ini. Dan jangan menghindari sesuatu, kerana kamu tidak memahami hal itu, tapi hadapilah dengan hati yang tenang. Pasti keyakinan yang dirasakan tiada pasti ada.
Pesan-pesan ini mungkin saja tiada kena mengena dengan tanda ingatan untuk hari lahirmu. Malah tidak sama seperti apa yang mereka-mereka telah ucapkan padamu. Begini aku, dengan apa yang aku tahu dan amati tentang rasa peduli tentangmu.
Buatku, hadirnya dirimu bukan hanya untuk hari ini saja, tapi adalah buat selamanya dalam hidupku yang jarang-jarang terjumpa damai yang di cita.
"Selamat Ulang Tahun" Jangan nakal-nakal ye si chibi saya ini ^^
1 comment:
chibi marukucing... :P
Post a Comment