Namun, semalam mungkin ada sedikit peristiwa. Saat hatinya telah aku calitkan sedikit rasa duka. Ketika masih menyoal si dia dengan soalan yang sama. "Sayangkah?"
Sudah maklum di hati dan jiwa, dibenarkan pula oleh fikiran yang matang bahawa dia memang tulus dan ikhlas menyayangi diri ini apa adanya. Tapi, masih juga menjadi persoalan bagi aku.
Persoalan itu terkadang selalu sahaja ada perkara yang terkait antara sesama. Di waktu dia dan aku tidak saling berjumpa. Sungguh kini dia selalu menanyakan bilakah hari aku akan tiba di hadapannya.
Aku jujur mengatakan, masih belum cukup terlihat agak baik diri ini untuk membuat dia kelihatan berasa senang bila sudah berdirinya aku dihadapan seluruh mimpi aku selama ini.
Semahunya aku, ingin terlihat pancaran kejutan di riak wajah dan matanya yang melihatku agak kehairanan nanti. "Apakah benar ini dia yang aku kenali selama ini?"
Ingin aku lihat juga bagaimana terukirnya sebuah senyuman manis darinya nanti :)
No comments:
Post a Comment