Thursday, November 19, 2009

Berusahalah kalian

menjaga adik bukannya susah
jadilah abang yang amik kisah
tentang keselamatan dan maruah
jangan biarkan mereka hidup tak tentu arah !

itulah yang harus di pikul oleh anak yang tua
amanah bonde jangan di sia-sia
kerana adiklah buat keluarga tambah bahagia
tanpa mereka kita bukan siapa-siapa

abang rela bekorban dan menderita
demi kebahagian keluarga kita
mungkin inilah abang nyer cerita
untuk adik-adik pelajari bersama

capailah kejayaan yang abang impikan
selama ini terbantut di tengah jalan
hanya kalian menjadi harapan 
untuk bisa merubah kehidupan

susah tidak selamanya susah
asalkan berusaha tanpa menyerah
ditambah doa dan berserah
insyaAllah kejayaan pastikan cerah

No comments: