Wednesday, November 4, 2009

Matlamat Baru

Ada sebuah cerita
Mengisahkan tentang cinta
Yang dirasai oleh seorang pemuda
Tapi dia cepat merasa putus asa

Kerana dia baru pertama kali merasa
Betapa indahnya perasaan saat bersama
Namun itu semua hanya sementara
Kerana dia sedar cinta tak boleh di paksa

Dan dia akur dengan ketentuan Allah yang Maha Esa
Setelah dia berasa cukup kecewa
Hidup sendiri adalah satu keputusan yang sangat selesa
Untuk dia menjalani kehidupan seperti biasa

Tanpa ada rasa duka
Untuk menyambung kelangsungan keluarga
Sebagai tanggungjawab yang utama
Yang harus di pikul oleh anak yang tua

No comments: