Monday, November 16, 2009

Musim hujan

16 November 2009

5 bulan usia hubungan ku bersama dia. Detik tiap detik ku hitung perjalanan hidup ku bersamanya. Ku tak mahu terlepas walau sesaat. Walau di mana ku berada, langkah ku kan tetap mengiringi jejaknya. Sedarku, diri ini tidaklah seakrab yang dia rasai.

Aku akui, perasaan ku cepat terguris. Setiap apa yang telah dia perlakukan ke atas diriku. Kesabaran tetap menjadi sahabat baik menemani amarah yang tersimpan di setiap sudut hatiku. Ku tabah menghadapi cubaan dalam mengejar seseorang yang amat bermakna dalam hidupku. Ku cuba untuk melawan hati, namun hampa terasa tanpa mu di sini.

Aku menunggu, menunggu, menunggu. Dan tak akan mungkin ada yang lain di sisi, kerana aku mahu kau di sampingku. Bagi ku, kau amat bererti walau diriku tidaklah seperti yang kau idami. Sesak ku jalani hidup hingga kau bisa menerima diriku apa adanya. Ku ingin akan segala apa yang kau pernah fikirkan tentang diri ku. Hingga satu saat kita kan bersama-sama mengharungi suka dan duka.

Walau kau pernah cuba matikan hati ku, aku kan tetap bertahan kerana aku yakin bahwa cinta ku akan sampai di depan pintu hatimu. Sekeras kau ingin membunuh cinta ku, aku kan tetap bertahan kerana ku yakin kau kan melembutkannya jua. Keyakinan ku tak akan menjadi pudar kerana keluarga telah mewarnai pendirian ku. Andai semua hanya warna hitam, ku kan tetap mencuba mencari warna putih tuk hubungan ini.

Semua yang telah ku ungkapkan ini hanyalah sebuah harapan. Jika dua hati tidak bisa menyatu, apa daya ku tuk membantah. Aku hanya terlihat satu jalan yang tak dapat ku berpaling lagi. Aku tahu diriku hanyalah sekadar teman di matamu. Dan bisakah status itu berubah dari mata ke hati mu, wahai “sahabatku”. Telah ku cuba tidak terlalu memanjakan diriku untuk selalu mengenangmu. Namun pengertian ku tidak bisa disamakan dengan pengertianmu.

Hanya sang waktu menjadi refree antara kau dan aku. Aku kan sengaja menumbangkan diri agar kau menang knock out setelah menumbuk aku gune tangan kanan ala Muhammad Ali. Haha ^^. Aku kan tetap menunggu sehingge aku betul2 pulih nanti. Dan aku harapkan perkabaran yang jernih singgah di telinga ku di kemudian harii . . .

No comments: