Tuesday, November 24, 2009

Teringat

Sayup-sayup berdetak jantungku
Kenapa?

Apa yang dah berlaku?
Aku kaku membatu
Adakah diriku dilamun rindu?

Jam 2 pagi masih berjaga
Entah kenapa tidak dapat lelapkan mata
Walau badan lemas tidak bermaya
Adakah dia memanggil aku di sana?

Berharap malam akan lama
Agar aku dapat menatap wajahnya
Melepaskan rindu tanpa berkata
Walau dalam mimpi kita bersua

Kau jauh tetap aku akan setia
Menjaga hati bukan untuk siapa-siapa
Walau dirimu buat aku bahagia
Namun terpaksa aku lepaskan semua

Rela aku demi kebahagianmu
Agar dapat aku kembali melihat tawamu
Membuka lembaran kisah baru
Bersama pasangan yang kau mahu 

No comments: