Luas dan tenang
Di tengah padang, cuma ada rumput yang menghijau. Sama seperti di ruang hujung dan hulu padang. Begitu juga di setiap sisi padang, semuanya ada rumput. Tidak kira seluas mana padang itu, yang hanya ada di atasnya, cumalah ada rumput yang pendek lagi hijau.
Seperti aku, yang sedang berdiri di tengah padang. Berdiri tegak mengadap kiblat. Merasai angin yang datang dari arah timur, menerbangkan sedikit rambut yang sering malas disisir. Ketika sedang berdiri sendiri di tengah padang di suatu petang, aku mendongak dan memacu pandangan ke langit.
Awan terlihat samar-samar berarak. Angin berhembus kencang di atas dan meniup perlahan di permukaan. Sekali sekala, tempias tiupan angin itu terkena di seluruh tubuh kecil ini. Membuatkan hati ku teduh dan mahu saja merebahkan badan ke atas padang yang merumput hijau ini.
Melempar fikiran
Ketika petang yang dingin masih punya waktu lagi sebelum hadirnya senja, aku mencuba merenung tajam langit yang luas oleh mata yang redup. Seredup awan yang semakin berat untuk berarak. Semahunya fikiran aku turut mahu berarak sekali bersama kawanan awan tersebut.
Biar rasa diri ini tertinggal di permukaan dan menjalani hari seperti biasa. Tanpa terlihat lagi fikiran yang telah terbawa oleh kawanan awan yang sedang berarak tadi. Sebaiknya begitu, dari aku terus melemparkan fikiran ini begitu saja, hingga nanti pasti bisa membuat aku menjadi sakit.
Risau
Habis resah menelan jiwa yang diam. Sedang elok tersenyum riang, fikiran yang datang, membuat aku kembali suram. Fikiran tentang segala fikiran yang hanya ada kata kerisauan. Risau bertumpuk menimbus seco'et rasa bahagia baginya. Sungguh aku rasa bukan seco'et, tapi seluruh rasa suka bila sudah bersama di sisinya nanti adalah lebih dari apa yang aku perlukan untuk menjadi orang yang paling bahagia.
1 comment:
semoga sentiasa tersenyum menghadapi kepahitan..:)
Post a Comment