Wednesday, December 22, 2010

Genap setahun

Bertapa malu dan segan

Tak sangka dan di duga, teman adik menjadi teman istimewa. Gara-gara sepucuk surat yang mengandungi tulisan puisi penuh menggambarkan luka lama. Di tolong oleh adik untuk dicetak dan juga akhirnya tertolong buatku untuk mengenal seseorang wanita yang amat ku cinta.

Bermula dari puisi, menjadi hobi berimaginasi bersama kata-kata. Tersambung kemudianya dengan perasaan baru yang amat luar biasa. Gambar wajahku separuh muka dijadikan bahan bicara. Terjemput aku untuk terus mendapatkan perhatiannya, lalu ku pamerkan wajahku, bulat-bulat dihadapannya pada suatu ketika.


Salam perkenalan

Sebelum dapat bersua muka, bertantangan mata atau berkata hai padanya. Berbagai cerita bahasa basi telah dimulakan. Dalam nada bersahaja, aku senang berkenalan dan juga ketika sedang berbicara bersamanya. Sungguhpun hanya melalui pesanan ringkas. Apalagi bila sudah masing-masing mendengar suara yang pertama kali di dengar.

Membuat jantungku berdengup seperti tidak tahu mengapa harus ia berdegup. Degupan yang sangat kencang yang sungguh tidak menentu. Sepertinya sehari ibarat setahun. Seakan dia dan aku telah berteman sekian lama. Namun itu rasanya seperti cara aku berbual bersamanya.  Walhal pada hakikatnya, baru sahaja dia ku kenali. Keserasia antara dia dan aku, cuma kami berdua sahaja dapat rasakan. Dia suka apa yang aku suka. Aku juga suka apa yang dia suka.


Suka dan benci

Maka bermulalah sebuah lembaran kisah baru bersamanya. Setiap waktu, dimana aku berada di situ juga dia ada. Di pesanan ringkas, di talian, mahupun berjumpa langsung. Dan tidak pernah ku sangka juga, kotak masuk di telefon bimbit penuh dengan pesanan ringkas. Pesanan ringkas dari seseorang yang hanya ku panggil 'nur'. 

Tidak pernah renggang walau sekejap. Di mana ada terluang waktu, pasti akan digunakan buat menghilang rindu. Bila genap sebulan purnama, atau menghampiri ke angka 22 hari bulan, tidak pernah terlepas untuk saling mengingati hari di mana kami mula menetapkan tarikh perkenalan yang hanya kami-kami sahaja yang membuatkan hari itu sebagai sejarah dalam hidup bersama.


Saling melengkapi

Setiap bulan juga, berbagai teladan dan pelajaran yang aku timba. Suka bila dia ketawa. Benci bila ku sering buat dia terluka. Sikap dan karenah sering berubah-ubah. Terkadang aku yang berlebihan, terkadang aku hilang pedoman. Hilang segala kekuatan dan kemesraan di mana mula-mula aku ingin mengenalnya.

Ku akui, sikapku menjadi tidak menentu dalam menjalani episod kisah suka sesama. Naluri setiasa terpojok mengikut cita rasa yang tidak mungkin kan selalu sama dengan hati yang lembut seperti wanita. Dan di sini lah mulai ku berlajar untuk bersabar dan mengenal lebih lanjut siapa aku dan dia apa adanya.

Berkat hidup dalam kesabaran melayan karenah sendiri dan pasangan menjalani hari ceria dan duka bersama, maka bertahanlah hingga nanti sudah mahu hampir genap setahun perhubungan yang telah kami rasai bersama-sama.

22 Dis 2009 - 22 Dis 2010

Monday, December 6, 2010

Mungkin sama atau tidak cerita ini

Berputar dunia menukar hari. Silih berganti siang dan malam menetapi janji. Adakalanya hujan menitik deras menelan hingga ke dasar bumi. Membasahi tanah yang panas setelah disiram cahaya mentari.


Begitu juga semalam, hari ini dan esok. Tiada yang pasti apa yang akan terjadi walau memang musim dini adalah musim hujan. Semalam saya kehujanan. Hari ini saya kepanasan. Esok pula, saya tidak dapat menduga apa keadaan yang bakal saya hadapi.


Begitu pun, saya tetap menuntun kesabaran untuk jalani hari muka. Bermula dari seumur kecil, meniti jalan besar dipimpin oleh ibu yang prihatin. Berlangkah kecil mengharungi kepayahan yang mereka rasa tanpa ada sedikitpun mereka benarkan kesusahan menimpa saya.


Ketika sampai ke remaja, baharulah tiba sedikit-demi sedikit apa rasanya sakit ditusuk duri di jari. Pedih sedikit walau tidaklah parah lukanya. Apabila berada di hujung umur dewasa, sakitnya makin terasa bila tahu apa rasanya manis dan pahit berada di dunia yang fana.


Tak ingin lagi rasanya saya ingin menjadi dewasa. Suka lagi menjadi anak-anak kecil yang di beri gula-gula. Menjadi dewasa itu tak semudah yang saya bayangkan.


Ketika dulu-dulu, ustazah pernah mengingatkan bahawa kamu pasti nanti suka buat itu dan ini. Merasa ‘nikmat’ tali terhulur dari neraka. Namun kata saya, “tak mungkinlah ustazah, saya tahu jaga diri dan akan ingat segala ajaran ustazah pada saya".


Memang saya dapat penuhi segala tuntutan dan pelajaran agama. Namun setelah lama meninggalkan tangga sekolah, sedikit demi sedikit tuntunan itu hilang dimakan waktu kekerasan dunia yang saya lalui. 


Tidak lah hilang tanpa kesan.Masih terkesan yang amat dalam tinggalan pelajaran ustazah yang baik hati, namun perilaku untuk melakukan amal amatlah berat di tahan sang penggoda.


Tangan, kaki dan segala pinjaman dari yang Maha Esa selalu sahaja disalah guna. Saya sangat berasa bersalah tapi tidak selalu ingat rasa bersalah itu.
Tentang keharusan tinggal di dunia, menjadi keutamaan yang berat sebelah. Menjadi ringan pula keutamaan di akhirat.


Saya sangat bersalah. Tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk mengimbangi keutamaan dua alam ini.Namun begitupun, saya tertekan dan terseksa dalam memenuhi segala cabaran dalam menjadi dewasa. Lebih dewasa lagi, lebih saya buntu.


Tidak dapat lagi saya memikirkan cara untuk menjadi senang dahulu supaya mudah saya jalani hari-hari untuk dapat beramal dengan selesa dan sepenuh hati dalam memikirkan alam yang kekal abadi.

Sunday, November 14, 2010

Biasa sakit

bila aku di anggap sebagai teman
tak sedikitpun ku berasa nyaman
haruskah ada sebuah perkenalan
sedangkan nanti aku dipulaukan

sungguhpun itu yang bakal terjadi
sudah lama kesannya ku ketahui
tak pernah rasa nak sedih mati
dan tak kisahpun diri tiada yang peduli

sudah cukup ku membesar sendiri
tak kira waktu dan di mana ku berlari
tetap terus berlari tanpa henti
walau di depan adalah jalan mati 

bila aku di anggap insan istimewa
oleh seseorang yang teramat ku suka
pasti dia fikir aku cukuplah sempurna
walhal pasti nanti dia akan sengsara

diri ini sangatlah bodoh beramah kata
baru pertama kali rehat dari menderita
sejenak menghirup udara bersih di udara
memberi keindahan yang tidak ku punya

bila ku rasa sedih, tulisan jadi hiburan hati
tak tersangka pula akan menjadi hobi
namun, itulah yang ku tak dapat bayangi
betapa senang sekali meluahkan rasa hati

Wednesday, November 10, 2010

Tinggal Menumpang

Semalam tido lewat. Dah pastinya besok akan bangun telat. Matahari menggunung tinggi, telah memaksa aku untuk bangkit. Bangkit dari kemurungan. Murung yang berpanjangan. Mandilah jawapan yang paling menyegarkan. Mahu tidak mahu, harus cepat menggerakkan otot-otot dari terus mengeras. Daripada ia menjadi kaku, pasti mereka akan fikir aku sedang sakit. Padahal nanti, pasti fikiran mereka juga akan menjadi negatif. Membuat rasa tidak senang melihat aku menumpang bersahaja.

Aku juga ingin pulang. Secepat yang mungkin. Hanya waktu yang ku tunggu. Sungguh waktu tiada halangan, namun kehidupan sehari-harian menjadi kekangan. Jika sendiri melayan diri, itu tidak menjadi sedikitpun masalah. Namun, aku kini tinggal bersama sebuah keluarga. Keluarga yang sangat-sangat cukup untuk mereka-mereka sahaja. Apalagi tentang kebutuhan duit. Aku ingin sahaja membantu, tapi ada sahaja yang tidak merasai. Betapa aku juga sama seperti mereka.

Di mana aku berada, selalu sahaja menjadi perhatian. Tidak ada maksud untuk menggelarkan diri seperti orang ternama. Diri ini sama seperti mereka. Hanya penampilan sahaja yang berbeza. Lain di mata namun sama di poket celana. Aku harus bagaimana, hadapi dua dunia. Di tempat aku dilahirkan tidak sama di tempat aku dibesarkan. Keliru, teramat keliru. Biarpun itu menyukarkan ku, selalu sahaja aku akan cari penyelesaian tanpa ada berasa bosan.

Bosan hanyalah ada jika badan tidak bergerak. Seperti orang sakit hilang upaya. Tidak mahu mensia-siakan usia muda kerana dugaan yang tidak seberapa. Aku harus kuat walau badai sering kali menimpa. Kuat itu selalu ku punya, tapi tidak di fikiran yang terbuka. Aku lemah dalam memikirkan tentang keberanian untuk berubah. Selalu ku fikirkan, selalu juga berguguran rambut di kepala. Sepertinya aku cepat menjadi dewasa tanpa sedikit pun aku bersedia untuk hadapi hari tua. Bagaimanalah ya ???? Tolong aku, bantuilah aku.

Ya Allah, lancarkanlah hari ku tuk selalu berada di landasan yang telah kau sediakan untuk hamba mu ini mencari sesuatu yang dapat membantu orang lain dan juga untuk diri ku sendiri  .

Monday, November 8, 2010

Cukuplah rindu sahaja yang ku deritakan

Tengah malam tadi hujan menemani ku sendiri. Melimpah ruah turun seperti nya bumi kehausan sejak mulai pagi. Atap-atap zink kedengaran seperti popcorn di goreng. Menggetar tubuhku yang kecil ini dengan kedinginan yang hampir membuat ku terlena. Namun mata terus juga kuat bertahan dari tetutup mencari mimpi. Akhirnya, membawa ku pada lamunan yang tiada henti.

Lamunan itu sungguh menghantui hidupku. Sering sekali membawa lagu rindu. Terbayang akan seseorang yang begitu amat ku peduli. Selama ini tak pernah ku rasa, bahawa akan terasa seksa sekali. Apabila terwujudnya rasa rindu menghentam jiwa yang selama ini dingin dengan rasa kesendirian.

Apa lagi yang dapat ku lakukan, dari terus hayati penderitaan ini. Bukan derita fizikal, tapi derita yang tidak dapat nampak oleh mata kasar manusia. Mujur hanya satu, iaitu rindu. Satu derita ini cukup membuat ku lemah. Seandainya ada derita yang seangkatan darinya, mungkin aku akan mati rasa. Cukuplah hanya rindu yang kuderitai. Janganlah ada yang pergi. Jika itu terjadi, cukuplah sekadar redha aku seandainya dia pergi menghadap Ilahi.

Hubungan yang terjalin, samalah seperti 10 benang dipintal menjadi satu tali. Itu yang ku juangkan selama kebersamaan bersamanya. Usaha, dan terus usaha. Tak kira apa jua rintangan. Akan ku hadapi menjadi si pemberani. Berani kerana benar. Berani kerana niat yang tulus. Berani kerana ingin mendapatkan sesuatu yang tidak mustahil untuk aku dapatkan.

Friday, November 5, 2010

Rindu dibatasi lautan

Bayang bulan tiada kelihatan malam ini. Mengundang rasa dingin tanpa disedari. Turut membawa lamunan yang tiada titik berhenti. Menghayati cerita apa yang selalu berlabuh di setiap langkah perjalanan. Mungkinkah ada lagi sesuatu yang tertinggalkan jauh di belakang, membuat kotak minda selalu berputar mengingatinya kembali.

Di atas sebuah kapal yang telah pun berlabuh di sebuah pelabuhan. Masih ramai penumpang yang masih belum lagi surut. Berpenat lelah mengharungi perjalanan selama 5 jam kurang lebih. Semua nya masih tidak sabar menjejakkan kaki di daratan. Termasuk juga si pencerita ini. Penulis bersabar dan memutuskan untuk menjadi penumpang yang terakhir turun dari kapal.

Berlinang air mata kesedihan walau hanya jatuh dua butir. Itu sahaja cukup menggambarkan betapa hatinya hiba di pujuk oleh bayu laut. Kedinginan membawa kesendirian. Jauh pergi tiada berteman. Hanya mengharapkan doa untuk lekas-lekas akhiri kekacauan hati ini. Penulis berjalan jauh menyeberangi lautan tanpa dipaksa. Namun sepertinya lari dari maksudnya.

Berminggu-minggu harus merasa duka bila semua cerita telah abis dibuka. Sepertinya dahulu telah berubah. Hakikat yang tidak dapat diterima untuk menjalaninya tanpa ada yang selalu menemani langkah. Mati segala ceria yang selama ini bergelumang dengan canda tawa yang tiada berbelah bagi. Menuntut kegembiraan itu bersama rasa kerinduan. 

Dalam mencuba peristiwa yang sering terulang. Penulis tetapkan dada dalam keraguan. Sungguh dia keras dengan kesabaran, namun hatinya tetap rapuh bila terasa diri ini sepertinya dipinggirkan. Dan peristiwa kali ini sungguh menguji rasa kesabaran penulis dengan penuh dengan rintangan yang berat.

Berharap bintang sahaja yang dapat menemani walau bintang itu sangat jauh. Namun tetap ia dapat kelihatan. Dalam kegelapan mencari cahaya. Cahaya yang mampu menerangi rasa kerinduan yang terlampau. Menanti hadirnya kasih di sisi. Pasti itu yang selalu membuat rasa itu sering kembali.

Di segenap langkah, lemah diatur. Kaki kaku untuk berjalan sendiri. Harus ke mana lagi membawa hati ini. Selalu di tatap oleh seseorang yang begitu memahami. Penulis berharap segera akhiri mimpi ini dengan penuh kesabaran. Bahwa hanya itu sahaja yang dapat dilakukan kini. Dan penulis menanti agar hari ceria itu kembali lagi di sisi.

Risiko berdiam diri

tak ada yang mengerti
bila diri dikecam sepi
membuat ku berdiam diri
hingga akhirnya terasa hati

hatiku tiada erti tuk disakiti
namun hatinya harus ku peduli
tak mampu hatinya ku lukai
dengan bahasa tanpa bunyi

mahu tak mahu ku seperti ini
berpatah madah tanpa difahami
mungkin ini sahaja bisa ku lakui
nampak dia gembira bila ini terjadi

kini ku belajar ikut kata hati
percaya tanpa rasa diri dikhianati
aku juga yakin tak kan mati
sebelum dia sempat ku miliki



tak semua harus ku tahu

segala canda tawa
rintih bersyahdu hiba
bernangis hingga terluka
ketawa menghapus duka

ku tahu itu semua
kerana kita berbagi cerita
setiap detik setiap masa
tentang mu semua ku rasa

begitu juga harapnya
segala tentangku ada
di fikiran dan di hatimu juga
tak luput hingga bila-bila

sampai akhirnya tiada rahsia
ketika saat hubungan di bina
merasa tiada siapa di antara
cuma kamu dan aku sahaja

akhirnya kini ku mengerti
apa yang telah terjadi
di suatu masa yang menanti
ku tak salahkan semua ini

apa salahku biar ku tahu
walau tiada yang beritahu
begitu juga tanpa tanyamu
kerana . . .

tak semua harus ku tahu ~

Monday, November 1, 2010

Bertahan demi kesabaran

detik waktu sentiasa ke depan
tidak mungkin berputar ke belakang
di setiap detik terasa seksaan
bila ku tahu hari yang akan menjelang

sungguh ku tidak inginkan hari itu tiba
menjemput ku setelah diizinkan pulang
bertapa sedih menyeka tangisan hiba
apabila kasih selalu sahaja di kenang

begitu banyak rupanya halangan
sebelum ini memang telah difikirkan
perihnya pula tidak pernah dijangkakan
sangat sakit hingga tak mampu bertahan

lemah semua kekuatan yang ada
termasuk semangat saat bersama
waktu itu terjadi bila langkah bermula
terakhir kali di mata ku tempatkan dia

namun suka dihati kembali ceria
melihat dia sungguh menahan duka
terpalit bersama doa agar ku tiba
dengan sabar kembali ke pangkuannya

tetaplah menjaga hati buat si istimewa
di situ pasti ada sedikit sinar bahagia
bersabar adalah kunci yang maya
bagi membuka pintu kebahagian yang nyata

Saturday, October 23, 2010

Sepi tua yang ditinggalkan

Setelah malam kuasai dini hari, pagi pula berganti menciptakan embun putih berseri. Menurut aturan alam yang hakiki. Sentiasa berputar bumi mengelilingi sang matahari di atas paksi yang telah diciptakan Ilahi. Hari demi hari silih berganti. Putarannya, dapat dirasai bagi insani yang mengerti. Bertapa usia juga berkurang menghampiri hayat yang tidak diketahui.

Berada seperti di dalam kotak misteri. Dibalut dan dibungkus dengan rapi. Segalanya gelap tanpa ada sedikit cahaya yang mampu menerangi. Hanya gelap yang ada menemani. Membiarkan semua yang membebani berlalu tanpa ada kata pasti. Membuat seseorang yang penyepi terus dirundung sepi.

Keadaan yang sama dapat dirasai, ketika duduk manis di bangku di halaman rumah. Seorang tua sedang duduk sendiri sepertinya menanti datangnya sesuatu yang dapat menghilangkan rasa kesendirian. Warisnya adalah suatu kenyataan. Namun, tetap jadi halimunan, kerana tidak pernah lagi mereka berjumpa atau pun bersua.

Orang tua itu duduk bersandar sambil mendongak ke langit melihat titik-titik bintang. Sebelum itu, penglihatannya terpaku pada sebuah pokok kelapa, tumbuh meninggi di sebelah rumahnya. Melihat dengan tenang lambaian daun-daun pelepah pokok kelapa tersebut. Ditambah pula dengan terangnya cahaya bulan.

Semua apa yang di lihat orang tua tersebut mengundang rasa hiba di hati. Apakah dia masih dapat merasakan ketenangan seperti itu lagi, walau sepi di tinggalkan waris sendiri. Namun tetap rasa puas, dapat menikmati rasa sepi tanpa perlu terasa ingin menangis lagi. . .

Wednesday, October 20, 2010

Hati dibakar hujan

Ketika hati mengatakan iya. Tubuh mengatakan sebaliknya. Ketika guruh membuka suara, kilat ketakutan lalu mengeluarkan cahaya. Gemuruh hati menggentarkan jiwa. Jasad dibasahi oleh titik-titik hujan tidak semena-mena.

Basah bersama bumi ketika sedang terleka. Merasai dinginnya redup sang awan buat sementara. Terasa seperti anak-anak kecil sedang bersandiwara. Menari, melompat riang mandi di luar tanpa ada segan terasa.

Dahulu itu sungguh tidak terduga. Kembali mencari kini dimana kita berada. Sedewasa pun usia, tetap pernah menjadi anak-anak dahulu kala. Melalui jalur putih dimana ibu ayah sangat mengharapkannya.

Dapatkah jalan itu tetap ada ? Terbuka seluas-luasnya namun tetap tidak menjadi haluan seperti kemahuannya sang nafsu durjana. Menyelit ketika iman di paras bawah dada. Menarik tangan mencipta dosa.

Menunggu sesuatu yang dikatakan azab. Sama seperti menunggu hujan menitik menusuk tubuh yang sering alpa tentang kehidupan. . .



Termenung

Di mana hari itu tiba, sunyi diam suasana datang menimpa. Terhadap indahnya di saat diam sendirian. Di waktu itu, segala gambaran datang. Melayang-melayang di dalam fikiran. Seperti terbangnya sang lebah mencari sesuntik madu. 

Mengimbau semua permasalahan yang telah terjadi atau juga yang bakal terjadi. Indahnya rasa itu bukan terletak pada ingatan, tapi di saat sedang memikirkan apa yang ada dalam ingatan. 

Tersenyum tanpa ada rasa suka. Muka kelihatan kosong tanpa perasaan, tidak seimbang dengan senyuman yang tercipta. Sedikit demi sedikit hembusan kelelahan keluar perlahan dari balik ulas senyuman.

Mata sayu menambah kuat lagi rasa kesendirian. Membawa fikiran merewang tidak tahu mana tujuan. Tidak berkedip walau angin kuat menganggu tumpuan. Tetap juga hayati begitu 'bestnya' termenung merasai bila suatu hari nanti kita dapat apa yang kita inginkan




Thursday, October 14, 2010

Dua puluh dua

22 jam yang lalu, ketika malam masih rancak dengan nyanyian jalanan. Debu juga masih kelihatan walau tanpa di pandang. Di pinggir jalan bermacam ragam orang dirakam. Deretan rumah di jalan medan masih belum berkunjung sepi. Warung makan dan kedai-kedai masih setia menunggu pelanggan. Di sepanjang jalan, tidak semua benderang dengan cahaya lampu. Hanya lampu-lampu di rumah deretan jalan tetap membantu memberi cahaya samar. Tidak lupa juga pada sebuah kedai ini.

Kedai bertuankan rumah. Ada sebuah tempat khas yang lapang telah disediakan buat pelanggan untuk melihat 'dunia luar'. Dilengkapi meja dan bangku. Di setiap segenap kawasan, dikerumuni oleh anak-anak muda. Ada kecil, remaja dan dewasa. Bagi mereka yang bergelar orang tua atau atuk-atuk, jarang ditemukan di tempat ini. Mereka biasanya suka duduk di warung kopi, bersebelahan dengan kedai yang sering dilawati oleh golongan tidak seusia dari mereka.

Tempat ini sinonim dengan istilah 'on9'. Bak kata YM. Atau juga FB. Tidak semena-mena, kaunter pertanyaan di sapa. Seorang anak muda datang menghampiri sambil melihat si penjaga kaunter. ''Ada tempat yang kosong kak?'', tanya anak muda itu. Penjaga kaunter tersenyum melihat sosok anak muda tersebut lalu dia kemudiannya memberi isyarat ke arah komputer di nombor 22. Di situlah tempat anak muda ini melihat 'dunia luar'. Atau yang lebih penting, menjenguk seseorang yang amat penting buat dirinya.

Pada tanggal 22 Disember, tarikh yang tidak dapat dilupakan. Sentiasa segar di minda anak muda ini. Pada malam itu, gerak tari jari anak muda itu lincah mengetik menyusun kata di ruangan 'chatting' fb. Bagai tidak percaya. Dia lancar menaip kata dari keyboard komputer selari dengan kata-katanya yang diucap. Dia semakin segar, walau malam beransur gelap. Gelap menemani dingin malam. Dirinya masih hangat dalam talian.

Taipan terakhir sangat membahagiakannya. Sahutan di sana menerima sahutan di sini. Bunga-bunga malam terputik jatuh ke hati. Haruman segar terasa walau hidung anak muda itu tersumbat gara-gara selesema. Mungkin kerana dia alergi pada keadaan cuaca yang sejuk barangkali. Namun itu semua dibawa ke tepi, kerana ada seseorang yang istimewa dia ingin bawa ke hati. Hatinya telah termiliki. Hanya kisah mereka saja yang belum dijalani. Nanti bila sudah ada di depan mata, baru semuanya akan terjadi dan anak muda itu terasa diri ini sangat dihargai yang tidak pernah dia rasai selama ini. . .

Sunday, October 10, 2010

Kaki yang melangkah

Dini hari
Di sebuah perhentian bas, dalam gelap-gelap subuh telah terduduk seorang pelajar. Tidak tinggi, tidak juga rendah. Rambutnya agak sedikit panjang disikat miring ke kanan. Berbaju lengan panjang, berseluar hijau dan bersepatu sepak takraw putih. 


Hari jumaat, hari terakhir dalam jadual sekolah. Semangat seakan-akan ditiup-tiup membekalkan haba melawan kedinginan subuh. Walau di hati, tiada siapa yang ingin ambil peduli tentang rasa kedinginan itu. Berbekalkan 2 ringgit diberi ibu untuk digunakan sebagai jajan sekolah, dia hanya sekadar mengalas perutnya dengan sepotong roti yang berharga 60 sen. Di suapan terakhir,  bas yang dinanti-nanti, telah tiba.

Pagi semakin perlahan mengundurkan diri tanpa memberitahu. Jauhnya di sekolah hanya 1 km. Tidak tersangka semakin pantas masa berlalu. Dia akhirnya tiba di pintu utama sekolah. Melewat sang si baju biru dengan wajah selamba. Tanpa di duga, hari ini dalam sejarah, remaja sekolah ini lebih cepat melangkah dari waktu. Para pengawas yang menjaga pagar sekolah terkedip-kedip mata mereka melihat remaja itu datang lebih awal ke sekolah hari ini. Mereka seakan-akan melihat hantu. Jauh meleset dari pengamatan mereka.


Hari ini dalam buku catatan si baju biru, tiada terisi pelajar yang bernama Hadi. Pelajar yang sangat pendiam. Boleh dikatakan malas bercakap. Sering datang seperti guru. Buku-bukunya tidak tahu yang mana satu. Mungkin hanya ada satu dari semua yang harus di beli. Sering dalam riwayat hidupnya sebagai pelajar yang suka datang lambat. Bukan suka, tapi terluka di kaki berjalan setiap hari. Mungkin pagi tadi adalah bas yang pertama kali dia naiki.

Hadi berada di tahun akhir pembelajarannya di sebuah sekolah menengah. Sekolah yang selalu kebanyakan pelajar melabelkan ia sebagai "Semengkeb". Tidaklah tahu asal usul panggilan tersebut. Bahkan si Hadi tidak mahu tahu itu semua. Penting, dia sentiasa ada di sekolah, belajar dan pulang ke rumah. Saat kebersamaan ibu dan adik-adik kemudiannya jadi keutamaan kedua hadi. Ayah semakin kuat membanting tulang. Ibu pula, memberi tempahan sulaman. Membantu ayah sekadar yang terdaya. Adik-adik pula semakin membesar. 


Semakin besar mereka, semakin besar tanggungan ibu dan ayah. Di kala rasa itu, Hadi tersepit mencari penyelesaian. Dia tidak mampu mengekang air halus lelaki yang mahal dari terus mengalir membasahi pipinya yang kerepot. Sekadar yang termampu dia menahan keperitan orang tuanya. Dia bingung harus bagaimana perasaan bersalah ini tidak begitu terasa bila mengenangkan ayah dan ibu bersungguh-sungguh menyekolahkannya. Sedangkan adik-adik lebih memerlukan dari dirinya.

Seminggu sebelum peperiksaan SPM bermula. Hadi terbayang akan wajah ibu dan ayah. Semakin terasa bayangan itu sehingga ia hampir terbentuk sekujur tubuh di hadapannya. Dia tekad untuk berhenti sekolah. Rela membantu ayah sama-sama membanting kudrat. Sama-sama tersenyum ceria berkumpul bersama seluruh keluarga, walau hanya nasi kosong jadi hidangan. 


Dia tidak tahu lagi di mana usahanya untuk belajar kini. Telah terlepas menjadi tali untuk diikat bersama keluarga. Berbakti secepat mungkin walau dirinya menjadi kuli sejati. Tanpa fikir panjang, langkahnya terhenti. Betul-betul terhenti di depan orang yang sangat dia kasihi dan sayangi. Ibu.

Ibu seakan dapat menapis segala fikiran anak sulungnya itu. Di suatu pagi, ibu sendiri yang menyiapkan baju dan seluar sekolah. Berserta tambang untuk dia tidak dapat penalti lagi, kerana datang lambat ke sekolah. Sebelum pergi, ibu usap-usap kepala Hadi. Hadi semakin pilu dan hairan. Dalam usapan itu terselit kata dari ibu. 


"Pergilah teruskan usahamu, jangan bawa diri itu ke jalan buntu. Hadirkan dirimu dengan niat ingin membantu. InsyaAllah doa ibu selalu mengiringi. Tiada kesenangan yang paling terindah ibu miliki melainkan kejayaanmu, anakku. Ibu tunggu. Ibu tunggu kepulanganmu merubah nasib kita semua. Cukuplah kamu mengerti bahawa kesusahan membawa pengertian yang baik menjadi insan yang tahu diri. . . anakku "~ 




Saturday, October 9, 2010

Muhasabah

Terhempas sekujur tubuh di atas lantai. Lantai yang telah dialaskan oleh permaidani berwarna coklat. Sedikit empuk kerana ditambahi oleh bulu-bulu. Seakan-akan bulu kambing biri-biri. Cukuplah hanya sekedarnya saja, tubuh ini tidak memerlukan sebuah katil beralaskan tilam tebal serta selimut toto yang pasti dapat menghangatkan tubuh kecil ini. 

Namun, masih ada sesuatu yang ingin memberontak. Mata tetap juga tidak terpejam. Walau lampu, separuh telah dimatikan, hanya lampu di dapur menjadi ketua menerangi sebahagian rumah usang. Dalam samar-samar cahaya, ku terbaring sendiri mengelamun. Dalam usaha tuk melelapkan mata, fikiran turut berusaha membawaku bercerita tentang kisah hidupku kembali dalam satu hari ini. 

Berbagai perkara telah ku perlakukan. Ada yang buat ku tersenyum. Ada yang buat ku kembali merintih. Semua perasaan telah dicampur di penghujung hari jumaat ini. Menjadi kesimpulan terhadap setiap tindak tanduk yang telah ku perlakukan. Bermula di subuh hari sehingga tengah malam menjengah menggantikan hari baru.

Terpancar setiap detik satu persatu setiap tutur kata, langkah yang menghala, dan tangan-tangan yang berhasil ku laksanakan menjadi insan yang baik ataupun sebaliknya. Bagi akalku, dia tetap dengan keputusan kejam. Bahwa terdapat banyak titik hitam telah ku tambah di hati. Bagai menjawab 10 soalan. Hanya 3 saja yang mampu ku jawab. 7 lagi, menjadi kesalahan ku atau ku hanya membiarkan ia kosong tanpa jawapan. Aku akhirnya tetap gagal.

Begitulah tafsiran akal dan hati. Diri begitu termakan jasa nafsu, yang menjanjikan kesenangan tanpa perlu tahu kehadiran dosa. Tubuh ini seakan-akan mengerti, dia tetap menjadi boneka hidup jika dijanakan dengan nafsu yang bersifat mazmumah. Dengan sehela nafas, terlahir titis demi titis air mata penyesalan. Aku akui, aku sedar telah banyak dosa ku kerjakan untuk hari ini. Walau ku hanya ingin menjadi manusia yang baik. Namun, tanpa ku fahami, mungkin ada tingkahku yang membuat orang lain di sekelilingku menjadi terasa. Itu juga tanpa ku sedari. 

Berharap besok ku akan tahu setiap salahku, dan pasti ku berusaha untuk mengatasinya. Menjadi pembetulan dalam sejarah hidup. Menjadi pengajaran kemudian terhasil pengalaman yang selama ini ku cari untuk menjadi dewasa.






Monday, September 27, 2010

Belajar menyusun abjad C.I.N.T.A

Sekian lama aku mencari ketenangan untuk menghapus duka. Duka dari kepedihan kecewa. Datangnya dari seseorang yang bergelar wanita. Aku teramat terseksa hadapi itu semua. Apabila selalu mengenangkan si Cinta, aku melihat gambarnya yang disangkutkan di dinding kamarku. Ku hias wajah si Cinta bersama dengan wajahku. 


Ku senang melihatnya ketika rindu memanggil. Walau rasa rindu itu selalu menemani sang perindu ini. Aku berusaha menjadi yang terbaik buat dirinya. Datang menjenguk setiap lima bulan. Aku punya waktu seminggu untuk menghabiskan waktu bersama si Cinta. Aku juga berusaha untuk mencuba merebut hatinya. 


Aku harus itu kerana si Cinta memang ramai peminatnya. Dan akhirnya beserta keyakinan yang tinggi, hatinya telah dapat ku raih. Namun, keyakinan itu hanya datang dari aku seorang. Sungguhpun, aku tak lekang dari menanya kabarnya dari jauh, namun itu tetap tidak mencukupi buat si Cinta. Dia membutuhkan keberadaan ku daripada menanya kabar melalui telefon. 


Dan akhirnya, aku mengerti satu perkara. Dia jenuh bila berjauhan berkasih sayang bersamaku. Si Cinta telah berpaling pada yang sentiasa ada di depan matanya. Dan aku akur, jika itu baik buatnya. Tidak seharusnya aku menghalang. Ketika kisahku bersama si Cinta hampir tamat, aku menyendiri. Gambarnya ku turunkan dan terus menghilangkannya seperti ahli silap mata beraksi di pentas sehingga aku tidak akan jumpainya sampai bila-bila pun.


Setelah itu, bermulalah episod duka dalam kesendirian dan kesunyian yang teramat sekali. Mencengkam seluruh raga. Membuat jiwa ku tertekan. Namun aku punya masih ada sayang yang hakiki. Iaitu sebuah keluarga. Ayah, emah, adik. Yang begitu rapat dan memahami aku. Mereka tenang dalam mententeramkan jiwa ku yang kacau. 


Aku menjadi lebih bertanggungjawab. Aku menyayangi mereka semua. Dan itu buat aku selalu menjaga mereka dengan lebih rapat. Lebih-lebih lagi buat adik-adik perempuan ku semua. Si adik ada yang telah melanjutkan pelajaran di sebuah kolej. Ada pula yang masih bersekolah di tinggkatan dua. Bongsu, ingin memasuki tadika. 


Ku selalu luangkan masa bersama mereka hingga ku dapat melupakan semua yang telah terjadi yang hampir buat aku menjadi gila. Adik di kolej, ku bertanggugjawab menjemput dan hantar bagi memudahkan dia belajar sambil dapat menjimatkan duit poket. Setiap pulang kerja, aku terus ke sana, menjemputnya. Sehingga lah di suatu hari . . .

Sepagi jam 10, aku telah bersiap untuk ketempat kerja. Sebelum itu, aku tegur sang adik, Dia sedang melakukan assingment. Aku usik sebentar, dan akhirnya aku yang terusik. Sepucuk surat telah ku karang pada pagi itu setelah aku bersiap membersihkan diri. Di dalam surat itu ada terkandung 10 perkara. Itu adalah gara-gara adik mencabarku untuk menilai seorang temannya di kolej. Dengan hati yang tenang, ku menulis sambil tersenyum :] . . Seakan-akan lancar di benakku untuk menulis 10 perkara itu buat teman sekolej adik ku ini. 


Selang dua hari. Tanpa ku duga, ketika ku bersiap-siap untuk menjemput adik, masuk sebuah pesanan ringkas. Tertera juga nombor yang tidak ku kenali dalam telefon bimbitku. Aku tidak membalasnya, kerana dalam message tersebut, telah tertera nama adiku. Dia meminta aku untuk dijemput. Dia juga meminjam telefon bimbit kawanya kerana kredit nsetnya tidak mencukupi untuk mengingatkan aku. 


Aku akur, dan cepat-cepat ke sana. Sesampainya di tempat, telah terpandang aku satu wajah ketenangan. Terasa sakit dan pedih hati yang ku bawa selama ini seakan-akan terubat. Namun ku lemparkan sejauh-jauhnya pandanganku. Bagiku, ketenangan itu hanya akan buat ku sengsara kembali di kemudian hari.


Hati ku kosong, tapi tetap juga jantung ini mendesak untuk berdegup kencang saat menghampiri si Wajah Penenang Hati tersebut. Aku hanya mampu membalas senyumannya walau diri ini sangat ingin berada di dekatnya. Maka dengan itu, aku telah berani memulakan sebuah kisah yang ku tidak sangka-sangka selama ini dapat terjadi dalam riwayat hidup Adinul Khalis.

Adik memberi aku sepucuk surat, setelah pulang dari kolej. Surat balasan dari temannya itu. Bonusnya juga telah dahulu ku dapatkan. Iaitu sebuah nombor telefon yang kini telah ku kenali. Aku membacanya dengan hati terketar-ketar. Sungguh di dalamnya hanya ingin mengatakan rasa terima kasihnya padaku. Dan akhirnya aku tersenyum puas. 


Aku sangat menghargai kehadiran Sang Wajah Penenang itu. Pada mulanya ku ragu dan tidak tahu berbuat apa. Aku sekadar ingin mengetahui dan mengenali dia, dan itu adalah minatku, apalagi seorang lelaki. Tidak akan lekang dari ingin mengenali seorang wanita. 


Bermula sebuah puisi salam perkenalan diri, dan akhirnya kami rapat bersama sepertinya telah saling mengenali satu sama lain dalam waktu yang lama. Ku senang dan gembira. Setelah sekian lama berkenalan, rasa sayang terbit. Namun itu membuatkan aku teringat kembali sejarah lalu. 


Aku tidak mahu itu berlaku lagi setelah sama-sama mengungkap rasa sayang dan cinta. Kini, rasa sayang ku semakin berkembang. Pada keluarga dan juga pada Si Cinta Baru. Aku tekad dan berazam, menjadikan sejarah lalu, dapat menjadi pengajaran terbaik buat ku walau tidak dapat dari mana-mana orang yang mempunyai pengalaman bercinta. 


Dalam kisah ku bersama Si Cinta Baru. Begitu banyak kisah yang tidak ku dapat lupakan sepanjang hayatku. Pada mulanya, ku sangat takut. Kerana rasa cinta ini sangat berbeza. Sejujur-jujurnya aku mengungkap rasa hati. Dan dalam kata-kataku bersamanya, selalu ku ungkapkan dan jelaskan sesuatu kesan baik untukku, dan kesan buruk buat Si Cinta Baru dalam menerima rasa yang ku wujudkan padanya. Aku bersyukur dan menangis kegembiraan kerana dirinya begitu juga menghargai dan dapat menerima aku apa adanya.

Tepat 22 Disember 2009, segalanya telah jelas di hati masing-masing. Aku bahagia tak terkata. Dan itu akhirnya buat ku terlupa rasa sayang ku pada keluarga sebelum ini. Walau niatku hanya tidak ingin mengulang sejarah lampau, Namun itu memakan diri. Si Cinta Baru tidak sama dengan Si Cinta Lama. Sekerap mana ku bersama Si Cinta Baru, sekerap itu juga ku menjauh bersama rasa sayang terhadap keluarga. Aku bingung. Celaru. Rasa tersepit diantara dua hubungan. Dalam masa yang sama hubungan ku renggang bersama keluarga. 


Itu adalah kerana ketidak puas hati ku dan rasa terlalu menjaga adik untuk bercinta. Walhal, aku berbuat hal yang sama. Tapi tidak ku benarkan untuk si adik. Jujur ku katakan, yang aku sangat membimbangkan adik, kerana aku terlebih berfikiran negarif dari positif. Mungkin juga pengalaman hidupku mendesak untuk dapat berkongsi sama dengannya. 


Akhirnya hubungan bersama keluarga renggang. Namun itu hanyalah sementara. Dalam kerenggaan itu aku selalu menghabiskan waktu bersama Si Cinta Baru. Dalam kebersamaan, setelah semua hubungan yang retak telah ku perbaiki, aku akhirnya dapat menjalani kehidupan bersama keluarga dan Si Cinta Baru dengan aman.

Dalam kebersamaan bersama Si Cinta Baru, telah banyak kenangan di lalui bersama. Aku semakin sayang padanya. Terlalu dan terlalu menyayanginya. Sehingga aku menjadi lupa dalam menghargainya seperti awalan ku menghargai kehadirannya dalam hidupku. Membuat ku tidak tahu di untung dan semakin lupa diri. 


Aku langsung tidak memperdulikan perasaannya. Hanya perasaan ku sahaja yang selalu ingin ku penuhi. Aku semakin ego sehinggakan langsung tidak ku sedar apa yang telah ku ucapkan padanya. Sifat amarahku selalu ada padanya walau di hatiku ingin membimbing dan selalu merisaukan Si Cinta Baru. 


Seboleh-bolehnya aku ingin berkongsi semua pengalaman ku bersamanya. Aku seperti telah mengawal dan membatasi waktunya. Itu membuatkan Si Cinta Baru berasa amat tertekan. Si Cinta Baru tetap kuat bersabar dalam menghadapi segala kerenah ku. Aku terlalu meninggikanya, selalu mengenangnya, selalu mencintainya. Tapi dalam masa yang sama tidak kena pada jalannya. Mungkin pengalaman ini masih baru buatku. 


Aku bodoh, aku terlalu mengusai diri ini dengan sifat mazmumah, sangat-sangat berbeza dengan diri aku yang dahulu. Telah berbagai cara aku lakukan untuk berubah, namun tetap juga tidak kesampaian. Kerana di hati ku sunyi tanpa text message darinya, suaranya dan kehadirannya di hadapanku. Ku menjadi buta dalam menyayangi Si Cinta Baru.

Sehinggalah di hari raya baru-baru ini, apa yang aku doakan di bulan puasa sebelum itu, dimakbulkan Allah Ta'ala. Hadir hasil doa itu tepat pada waktunya. Aku seakan-akan menjadi celik setelah buta selama 9 bulan. Aku sangat-sangat menginsafi perbuatan ku terhadapnya. 


Semakin ku insaf, pabila ku membuka dan membaca kembali message-massage yang telah ku kirim padanya. Aku menangis sambil mengetap bibir. Betapa aku begitu jahat dalam berkata-kata walau pada insan yang ku sayangi. Aku begitu benci bila membaca message-message tersebut. Aku seperti tidak percaya, sanggup ku katakan begitu padanya. 


Aku sepertinya menjadi orang lain, langsung tidak memperdulikan perasaan dan rasa sayang Si Cinta Baru terhadapa ku selama ini. Dia amat menghargaiku, tapi aku semakin kurang dalam menghargainya. Sehinggakan membuat Si Cinta Baru menjadi rimas. Tidak pernah aku ingin berubah walau sering kali dia ingin melihatku yang dahulu. 


Aku ingin selalu ada di sampingnya. Dan aku terlalu menyayanginya, namun itu semua hanya ikut kemahuanku saja, tanpa menghiraukan apa Si Cinta Baru rasakan terhadap diriku yang telah lain ini. Aku mencuba untuk tidak mengulang kembali sejarah bersama Si Cinta Lama. Akan tetapi, Si Cinta Baru sangat berbeza sifatnya. 


Aku telah kalah dalam penilaian ku selama ini. Bukan penilaian terhadap Si Cinta Baru tapi penilaian terhadap siapa aku sebenarnya. Aku semakin banyak dapat pengalaman, dan harap pengalaman itu dapat memberi aku peluang untuk menetapi segala janji-janji ku terhadapnya. Aku juga berharap agar hubungan ini menjadi murni kembali. Dan peluang itu seandainya ku telah dapatkan, tidak akan ku ulanginya lagi dan akan ku hargainya bersungguh-sungguh, kerana aku telah dibekalkan sebuah pengalaman baru yang amat berguna. 


Aku akan menjaga dan bertanggjawab sepenuhnya pada semua orang ku sayangi dan juga pada orang yang ku cintai, kerana si Cinta Baru bukan hanya sekadar cinta bagi ku, kerana dia adalah cinta terakhirku dan juga sebagai pendamping hidupku buat selamanya. Dan itu telah termaktub dalam buku cita-citaku. Dan itu pasti kan ku kejar dan mencapainya kerana tanpa dia, ku akan akan lemah sepanjang hayatku, kerena segala semangatku telah terbagi semuanya pada Si Cinta Baru atau Si Cinta Terakhir . . . . . . .