Jelas saja kamu tidak pernah mahu terus menerima. Setiap apa yang aku mahu katakan sebenarnya. Sungguhpun begitu, kamu tetap baik hati, kerana tidak menolak permintaan hati aku seperti menghembus dedebu di jendela. Kamu tetap memberi waktu. Waktu menuntun kesabaran melihat sebuah kesungguhan.
Pada mula, yakin aku bahawa kamu pasti tidak ada sedikit berasa yakin. Terhadap apa yang kamu lihat dan ketahui. Dari apa yang aku cuba sampaikan dan bagaimana aku hadir disetiap jalan yang pernah kamu lalui. Pernah pada ketika, kamu dan aku itu seperti biskut chipsmore. Kejab ada, sekejab pula tidak ada.
Biskut itu memang enak dimakan hingga tinggal coklat kecik-kecik itu di celah gigi. Best pula bila dapat dilarutkan dengan meminum susu putih hangat-hangat suam buatan ibu. Jadi, kalau begitu ceritanya, kenapa pula ada trademark "kejab ada, kejab tak da". haiihhh -.-'
Pada pertengahan waktu perkenalan, yakin kamu masih di paras dagu. Dengan keadaan aku yang serba kamu tidak tahu, kebetulan aku dibuang lagi dari pandangan matamu dan dibiarkan aku terpuruk sendiri dilaman biru. Kamu jauh, sekali lagi menjauh. Jadi, harus bagaimana lagi aku? Aku terus menunduk, sambil mata melihat ke tanah tanpa ada kedipan.
Sesak dada menahan ombak di mata. Sesak idung, kerana penuh ingus di saluran. Sesak jiwa kerana mental tergegar. Hampir saja aku menjadi gila. Aku akhirnya tidak sempat menjadi gila kerana aku sudahpun menjadi gila menulis pula pada masa yang sama.
Tulisan dan kata-kata. Terwujud dari rasa hati. Digabung dan disusun oleh jemari. Dibimbing pula dengan pengalaman lewat kenangan gelap yang suram dahulu. Maka, begitulah jadinya apa yang cuba aku rapukan. Segala bentuk coretan, hanya mampu aku lontarkan kata yang jujur dan berterus terang dihiasi oleh hati yang selalu sahaja mahu berkias. Aku malu dan mahu kamu berfikir lebih mendalam lagi setelah apa yang kamu baca.
Ketika itu aku sudahpun tersenyum puas. Bila hati ini dibelai oleh tangan yang benar ;) untuk kali yang terakhir, aku cuba pertahankan hingga sampai ke satu tujuan, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment