Aku semakin tua. Usia juga semakin menipis. Setiap hari yang dilalui adalah hari yang bahagia walau rasa duka itu lebih berat sentiasa di rasa. Perjalanan aku terkadang merasa lebih jauh walau sudah nampak tujuan yang di cita.
Aku semakin lemah. Tidak tertahan lagi diasak oleh keruhnya dunia. Semakin aku berusaha, semakin banyak halangan yang harus ditempuh. Baru sekali menanam semangat, namun telah luka di hati, tertusuk oleh cerita yang bakal menanti. Sesuatu yang amat aku khuatiri.
Sesuatu yang mudah di angan, tapi apakah bisa tercapai? Matlamat semakin pudar kerana perjalanan yang dilalui sentiasa berubah. Aku semahunya cepat-cepat tamatkan perjalanan ini kerana aku sudah letih. Begitupun, masih tersisa satu harapan yang tinggal. Harapan yang dapat membuatkan hati aku berasa sedikit terubat.
Semakin berharap, semakin saja aku berasa kurang yakin. Untuk berdiri sahaja, sudah lemah untuk kaki ini berdiri tegak. Aku datang dengan hati yang luruh supaya nanti ia dapat berbunga lagi. Biarlah sedih-sedih dalam berharap, agar dapat berubah pula menjadi senang-senang kemudian.
Semakin aku gembira berjalan, takut pula sedih itu pula yang bertukar menjadi ingauan ngeri buat aku untuk sekian kali lagi. Aku tidak mahu itu terjadi bila sudah sampai saatnya aku menamatkan perjalanan yang amat jauh ini.
No comments:
Post a Comment