Saturday, October 15, 2011

Sedar tanpa batasan 1

Bila mana kekesalan menjengah hidup. Memberi khabar duka yang telah terbaca oleh anak mata. Apakah saat itu baru datang sebuah kesedaran? Bagaimana kesedaran itu akan tiba? Hanya lewat beberapa kisah ini, mungkin saja nanti akan diketahui bagaimana rasa itu akan terjadi.

Lelaki baik putus cinta

Sayang yang tercipta, penuh emosi datang dari sebuah bicara. Mengungkap risalah hati, berharap wanita yang disukai, menerima diri apa adanya. Mukadimah sebuah hubungan hati yang mahu terlaksana. Antara pasangan yang saling memahami.

Benarkah ini dapat bertahan? Saling memahamikah? Jika itu memang terjadi, mengapa perpisahan turut membontoti cerita yang dimulakan dahulu, mengakhiri sebuah pengalaman manis yang termiliki bersama?

Mukadimah sebuah hubungan kasih memang cukup indah apabila dikenangkan, namun bukanlah ia menjadi jaminan untuk mempertahankan kenangan yang indah itu. Saat kebersamaanlah, yang menjadi tumpuan penuh. Apakah benar lelaki itu mencintai seorang wanita yang benar-benar dia rasakan akan menjadi sebahagian dari hidupnya nanti?

Sikap yang tidak pernah terlihat oleh mata yang selalu memandang yang indah. Awan yang cerah sekalipun, akan gelap juga setelah panas terik bertukar dingin. Lalu, menitislah air hujan membasahi bumi.

Alam juga ada perasaan. Memberi iktibar pada yang mahu berpasangan. Alangkah baiknya pengajaran ini terlihat oleh anak muda mudi kini. Betapa darah muda itu selalu sahaja panas tidak mendingin. Hanya saja mahu merasakan apa itu yang dikatakan cinta.

Ketika air hujan melimpahi daratan bumi yang kontang, mengambil waktu yang seharian untuk mengering kembali. Waktu yang itulah, lelaki yang sudah putus. Merasa perlu berubah menjadi yang lebih baik walau pada saat itu menderita menahan perih di jiwa.

Saat itu, pasti kesedaran muncul dengan sengaja. Memerli akan diri yang tidak pernah mahu mencuba. Mempertahankan sikap yang semua orang akan berasa bahagia dan senang. Bukan hanya pada kekasih hati yang cinta. Malah pada semua makhluk yang ada di dunia.

Begitupun, kesadaran yang penuh terjadi, akan dihadiahkan pada lelaki yang mahu menyimpan ego dan tidak pernah putus usaha dalam mencari erti sebuah perubahan diri. Berubah agar kesilapan lalu tidak terulang lagi, dan yang penting, tetap menjadi lelaki yang baik. 

Ada beberapa lagi yang mahu dicoretkan disini. Mungkin nanti akan bersambung lagi. Daa ~

"Seseorang yang tahu tidak semestinya dia sedar apa yang diketahui, seseorang yang mempunyai kesedaran itu tahu apa yang dia lakukan"

No comments: