Damai yang berhembus semalam, cukup buat gundah bubar sejenak dari hati yang kelam. Hati pedih kerana sadis di gores oleh salah laku sendiri. Sehingga mampu ia tertulis menciptakan sebuah kisah. Itulah kisah hati.
Hati siapa? Hati orang lain, hati kamu, ataupun hati aku? Menyimpang jalan sekalipun, akal tetap tertumpu dengan jelas, kisah ini amatlah nyata menceritakan tentang kisah hatinya aku.
Saat waktu saling bergandingan bersama aku lalui masa muka mencuka. Saat itu aku sering hitam putihkan gambar peribadi. Terpampang menunjukkan aku mahu menunduk bersabar melawan karenah jiwa yang sering memberontak.
Aku mahu cari jalan keluar. Mencari damai yang semahunya hati mencari. Damai aku kepada pencipta, aku mencari itu pertama sekali. RedhaNya aku selalu pohonkan agar sentiasa menemani perjalanan hidupku. Setiap masa aku berdoa agar diampunkan dosa-dosa yang telah aku perbuatkan. Berharap, dada ini menjadi lebih lapang memberi nafas buat hati yang sesak dahulu.
Damai seterusnya datang dengan sendiri. Ketika haruman bunga terhidu semakin dekat. Haruman itu semakin pekat berhembus perlahan di hadapanku. Tak terjangka, hadiah dari kecewa dahulu mahu diberikan dalam masa terdekat ini.
Selalu tidak dapat melihat dengan jelas. Mungkin saja rabun kerana selalu menaip. Meleleh air mata ngantuk mengeluarkan apa yang terbuku di jiwa di atas tempat bernama blog ini. Sebentar itu juga aku dapat rasakan sebuah lagi kedamaian. Damai kerana berasa puas meluahkan semua. Damai itu juga jarang-jarang aku dapatkan.
Sementalah aku berada di dunia sendiri. Ada tangan-tangan menghulur salam. Melambai-lambai disertakan dengan wajah yang tersenyum-senyum manis. Rupanya ada yang memahami hampanya diri ini. Sampai segala maksud yang dilontarkan oleh kata-kata kias aku yang semahunya ingin berterus terang sebenarnya.
Maka, tercipta sebuah pautan. Antara aku dan juga 'damai' yang jelas sudah diperlihatkan buat aku akhirnya...
No comments:
Post a Comment