Saturday, October 22, 2011

Pelangi petang

Bagaimana mungkin bisa bersemangat lagi. Punca semangat itu sudah pergi. Meninggalkan kesan di hati yang paling dalam. Punah semua harapan. Sekali lagi, lalui kisah yang paling menyedihkan dan tak mungkin dapat terlupakan.

Di mana kan ku cari ganti, pelangi seperti itu. Mungkin saja ianya ada, ketika hadirnya hujan yang tahu memahami rasa hati yang sedang pilu. Hati yang selalu membenarkan apa yang di nyata. Betapa kasih yang terungkap bukan mudah diluahkan pada orang sembarangan.

Luruh hati, lelah jantung berdegup. Mata dari pandangan yang redup, sayu untuk melihat. Betapa indah pelangi petang ciptaan Ilahi. Pelangi yang jarang-jarang kelihatan. Mungkin saja setelah diri dirudung perih usai dikecewakan, oleh mata penjaga yang tidak mahu sedikit memberi ruang. Memberi peluang bagi menyirnakan keyakinan mereka terhadap apa yang bisa diri ini menjaga dan melaksanakan tanggungjawab terhadap anak emas yang mereka sayang.

Mungkinkah bila setiap kesalahan itu selalu aku terlupa hingga menerjah menjadi titik noktah dalam hidup aku?. Salah satu yang menjadi kesalahan adalah ketika aku memberi penjelasan. Berkenaan ketidaksamaan semua orang itu bukanlah menjadi ukuran. Kejujuran dalam memberi rasa kasih seperti tidak ada erti bagi mereka. Terlalu awal diberitakan tentang sejarah kehidupan, hingga janji terungkap selama ini terus hilang dalam ingatan.

Tidakkah difikirkan, bahawa tidak sanggup melihat sang kasih terus dilamun resah, Gara-gara asbab yang disembunyikan? Kerana demi keutamaan sanh kasih, telah segalanya diperjelaskan menjadi lebih awal, kerana benar dalam ketulusan kasih, sedia diri ini menerima segala tohmahan. Meski tidaklah semua orang itu sama. Turut jua diri menjadi mangsa kekejaman.

Dalam hilai hati yang menjerit dengan perlahan. Terhenti nafas buat seketika. Semua yang dirisaukan, menjadi nyata. Tidak pernah diri ini yang mengakhiri, namun apalah daya ini beerti lagi jika dari kisah silam yang lalu pernah terjadi, kini berulang kembali menghukum dua jiwa yang saling menyayangi. Tidakkah itu menjadikan diri ini menjadi sakit yang tiada obatnya?

Semua ini menjadi igauan yang mematikan. Tangis dalam diam. Esak yang hanya aku dengari. Ketika itu pastinya alam jua turut menangis. Hujan yang berderai selalu sahaja hadir dalam suasana yang mendamaikan, hingga mampu membuat fikiran aku melayang. Terdetik di hati, tersimpul urat fikiran hingga mampu kenangan lalu tergenang di fikiran. Dilakar oleh sang hujan atas lelangit tanpa tiang yang penuh dengan kabus dingin. Maka terbentuklah sebuah pelangi.

Pelangi petang di saat hujan masih belum mahunya berhenti... :'(



No comments: