Friday, August 19, 2011

Kesalahan itu baik

Kesempurnaan itu kasar bila diletakkan di atas sabun. Kesempurnaan itu lembut bila diletakkan di atas jerami. Kesempurnaan hanyalah istilah kecil bagi orang yang sedia diri untuk di nilai oleh manusia lain yang memerhati. - ayat baru bangun tidur untuk seorang teman yang sedang kecewa akan silapnya. :P

Punca timbul ayat ini, kerana aku mendapat pedoman dari seorang teman yang baru bangun dari masa silamnya. Teman aku itu sudah lama tidur, ingatkan sudah mati. Rupa-rupanya masih hidup lagi. Petang tadi, sedang duduk aku di sebuah bangku sambil menonton tb. Datang sapaannya dari belakang. Dengan langkah yang masih mamai, wajah sambok dan mata yang masih terkebil-kebil mencari cahaya, menerjahku dengan berkata begini.

"Woi!, sudah pukul berapa ni?" Begitulah cara sapaannya.

"Sudah mahu menuju berbuka" aku jawab berkias.

Teman aku itu bersuara lagi. "Kenapa tak kejutkan aku?".

"Ada kau suruh aku kejutkan kau?" Aku jawab kau-kau kambali padanya.

Dia merungut tiba-tiba dengan gaya bahasa yang kurang aku jelas mendengarnya, sambil kedua tangan mengelap-ngelap kedua biji matanya yang bengkak.

Teman berbicara dengan jelas kali ini. Tadi sewaktu aku tidur, memang aku tidak berasa haus dan lapar sangat. Mungkin kesan dari kelekaan aku menidurkan diri dari pagi tadi. Tidak pernah pula akan bangun sampai mahu menuju berbuka begini. Aku rasa begitu bersalah sangat. Nilai puasa aku hari ini pasti rendah. Dan itu lah sebabnya aku jadi kecewa, kenapa kau tidak membangunkan aku?

Oh, masih ada kesedaran juga teman aku seorang ini. Balas aku dengan suara rendah. Aku sengaja tidak membangunkan kau kerana melihat dari kelelahan kau menahan dugaan di luar sana. Kau selalu aku lihat kurang tidur. Mungkin banyak tugasan di pejabat. Kau juga rajin menjalani rutin di bulan puasa sejak hari pertama lagi.

Namun, pada hari ini, kau tertidur pulas tanpa kau sedari. Menjalani ibadah puasa yang sia-sia seperti apa yang kau sendiri katakan tadi. Bagi aku, perilaku mu itu jika dilakukan tanpa ada niat untuk ngelat, memang menjadi di luar jangkaan bagi kita-kita yang semahu-mahunya mendapat keberkataan yang penuh di bulan yang mulia ini.

Telah kau cuba sedaya upayamu untuk menjayakan puasa pada satu hari ini, tetapi tetap juga kalah dengan kudrat kita yang sememangnya lemah ini. Zahir kita yang kurang dari kesempuraan inilah membuat kita mendapatkan sebuah kekuatan agar dapat meleraikan kealphaan kepada suatu perubahan. Perubahan dari kesedaran diri yang mahu juga menerima pendapat orang yang memerhati.

Andaian itulah yang menggambarkan kesempurnaan itu hanya ada pada manusia yang sejujurnya berlaku adil pada zahir dan batinya dalam mencari redha Allah. Hari ini kita bersalah, besok-besok kita tak buat lagi. Namun itu juga tergantung kepada paras ilmu di dada dan kesedaraan kita tentang sesuatu yang kita perlajari sewaktu kecil dahulu walau kini kita mengikuti arus perkembangan masa yang amat mencabar minda untuk tetap menjadi manusia yang lebih baik.


No comments: