Tuesday, September 27, 2011

New post

Aku hela sepuas-puasnya nafas yang tertahan selama ini. Lega. Aku rasa seperti hari kemarin menjadi hari terakhirku bersama dengan tempat aku luahkan rasa hati ini. Blog. Jadi, kemanakah hala tuju aku selama ini?

Termenung

Seronok kita dapat memikirkan apa yang ada dalam fikiran tanpa sedar. Itu yang aku alami. Sambil duduk nongkrong di atas tembok setinggi peha. Sambil mendongak ke langit mencari kelibat bulan. 

Lamunan tak pernah terhenti. Memberi satu jawapan yang aku mahu cari. Namun pemberian jawapan masih tidak didapati, kerana masih belum ada yang terbukti. Kasih yang diberi, harap adanya sayang yang kembali.

Memahami

Mengisi hari dengan sibuknya urusan kerja. Sehari-hari tugasan menjadi utama. Tapi, tidak lupa juga mengasingkan waktu untuk lain juga. Apekah? hehe :D Adalah. Seperti tidur, makan, tidur lagi, makan balik dan kembali tidur :)

Mengenal dahulu sebelum dapat memahami. Seseorang yang dekat di hati dan masih samar jawapan yang akan diterima nanti. Imbauan kesan yang aku sahaja yang pasti tahu. Seseorang itu faham, tapi tidak pernah akan cuba aku beritahu. Betapa aku ini seorang yang jauh bermimpi.

Mungkin nanti

Ketika syarat menjadi erti, menyunguhkan maksud di hati. Begitu amat aku peduli dan sudi menerima aku dan dia juga, apa adanya. Dan ketika itulah, ragu ku akan jelas menerangkan bebanan di kepala selama ini dalam meyakinkan aku ini siapa sebenarnya kepada sang penjaga.

Saatnya aku berkata. Mungkin itu akan jadi akhirnya atau permulaan bahagia yang sempurna. Bagi aku yang masih sekarang ini, risau dan takut akan menjadi cerita mati yang dahulu, seandainya sekarang aku lontarkan segala yang jelas bagi memungkinkan kecewa menjadi maha besar menumpuk di hati yang menyayangi aku.

Harapan

Kejujuran itu pahit. Pahit itu juga ubat. Jadi, biarlah sepahit mana aku akan telan. Begitulah seharusnya bagi aku, seorang lelaki yang jujur tentang rasa hati bagi meneruskan langkah. Sebuah perjalanan yang aku anggap masih jauh untuk aku sampai ke tujuannya :|


Monday, September 19, 2011

Kerisauan itu juga sebuah kebahagian.

Ketika kelam membawa diri, bukan malu atau segan diperlihatkan akan diri. Hanya hati ini mahu bertafakur sebentar. Menahan diri dari terus melayang kerana kata-kata yang tidak perlu disampaikan pada yang mendengar. Mengenai apa yang tidak sedikitpun memberi nilai yang baik.

Ketika senyap itu menjadi batasan cerianya kala berbicara. Itu petanda bagi diri akan kesedaran yang dirasai. Apakah benar bicara itu diutarakan dengan tulus atau tidak. Apakah susunan bicara aku ini telah membuat hatinya terguris atau terasa?

Bila hujan mahu tidak mahunya turun lagi ke bumi. Saat mentari pula lemah memancarkan bahangnya lagi. Angin pula bertiup tanpa rasa yang memberi. Begitulah aku, hadapi suasana serba tidak menjadi. Turun naik nafas menghirup udara kaku. Mencuba untuk bertenang agar dapat menjauh dari kegelisahan.

Buatmu bahagia. Buatmu suka. Buatmu selesa. Antara fikiran utama yang ringkas dan bermakna. Tidaklah mampu aku hamparkan harta dunia. Tidaklah pakaian serba diraja di alas ke atas badan. Tidaklah sumber gaji menjadi kemampuan agar tercapai maksud yang terdekat ini.

Cuma, semampuku hanya dapat memberi apa yang ada di hati kecil yang penuh luka. Telah tercipta banyak kisah dari pengalaman yang amat berguna. Baik buat diri ini mahupuan pada yang merasai hal yang sama. 

Biarlah aku begini dahulu. Terima aku apa adanya hingga saat rasa suka, selesa dan bahagia itu benar-benar dilihat sebagai satu jalan yang benar bagi menilai aku ini siapa. Begini aku, yang selalu berasa bahagia bila risau turut menjadi sahabat setia. Risau itu juga adalah sebuah bahagia yang aku lebih julangkan dari hanya terus mengungkap kata cinta yang sedikitpun tidak memberi apa-apa makna.

Biarlah istilah yang mahal ini dapat memberi makna yang benar bila dua hati yang saling kerisauan, lalu menjadi kefahaman dan sedia berbagi duka dan tawa. Ketika itulah semua yang diinginkan akan ada jalan menuju ke satu tujuan. Moga segalanya dibimbing oleh redha Allah dan pastinya akan sampai jua niat yang baik menuju ke alam bahagia seterusnya.



Thursday, September 15, 2011

Jejak atas jalan baru

Masih tersusun deretan jejak yang masih tertinggal sisa. Ada yang masih baru dan juga lama. Jejak yang lama, diselaputi dengan debu tebal. Dihampari pula oleh daun-daunan kering yang berguguran.

Jejak yang baru, masih terlihat jelas. Tidak berani debu menghampiri menutupi jejak yang telah ditandai. Memberi gambaran jelas si peninggal jejak berada tidak jauh dari jejak yang baru ditandai ini.

Si pengatur langkah, telah jauh berjalan. Mengharungi setiap jalan yang dilewati. Tanpa sedar, si pengatur langkah telah banyak mengeluarkan keringat. Keringat yang timbul dari kelelahan yang dirasai.

Lelah dan jerah. Tidak juga pernah mahu menyerah. Masih utuh kaki di beri tenaga. Mencari langkah buat perjalanan yang masih jauh untuk menemui apa yang diimpikan. Sebuah kenyataan yang di cari, berpunca dari angan yang diberi.

Ketika riwayat si pengatur langkah disisipkan dengan berita duka. Menghenyak hati hingga punah. Di saat itulah si pengatur langkah tidak pernah mahu terus mengendong duka di bahu dan dada.

Si pengatur langkah, membawa diri berjalan bersama waktu yang maya. Mencari ubat dari alam yang nyata. Di setiap jeda perjalanan. Si pengatur langkah cuba membawa kedamaian. Sungguh damai yang di cari adalah hasil luka silam yang terpalit nyeri di hati.

Di perhitungan usia perjalanan si pengatur langkah. Telah terlihat hasil ubat dari alam. Duka dari perih jiwa yang dikosongi, telah pun kini dapat terisi kembali. Terisi dengan kasih Ilahi yang dahulu jarang-jarang si pengatur langkah mahu mengingat untuk mensyukuri.

Terisi hati dengan rasa damai, hasil ingatan yang tidak putus pada yang Maha Mengasihi. Terisi hati dengan suka, hasil dari diri yang mahu berubah, ketika dahulu mudah menuruti hati yang sering melakukan salah.

Kelam dan tenteram jiwa si pengatur langkah kini, kerana terlihat terang jalan yang diredhai. Di sinilah langkah baru yang terjadi. Menghapus jejak lama yang dahulu jalan gelap yang dilalui.

Bekalan pula berganti, bukan bekalan sakit hati, menyumpah atau menyendiri di bawa lagi. Tetapi, kesendirian mencari nilai yang baik buat diri dan juga pengalaman gelap lalu di bawa sebagai bekalan kini.

Ketika jalan itu sudah terang. Di sanalah si pengatur langkah terlihat riang. Betapa waktu yang selama ini menemani, sudahpun bisa bergerak sendiri meninggalkan si pengatur langkah untuk menyendiri. 

Kesendirian tapi telah kuat di tanam sifat tabah dan cekal. Bersendirian menempuh hari yang mendatang atau sedang berjalan. Betapa setiap langkah yang terhasil pasti menumbuh hasil yang baik buat si pengatur langkah bertambah menjadi lebih berani dan berjaya mencapai apa yang diimpikan selama ini :)



Monday, September 12, 2011

Cangkul yang hilang, lupa pun datang

Bahagia ketika bunga itu harum wanginya. Kecewa ketika haruman sudah hilang dari puncanya. Ketika bunga tidak bermekar lagi, hati si petani jadi bingung bercampur resah. Jiwa si petani tidak lagi berasa gembira.

Petani juga tidak dapat lagi berhubung dengan tanah. Tanah yang selalu di ijak mengharapkan hasil yang di tunggu selama ini. Oleh kerana cangkul yang digunakan untuk menyapa tanah, telah hilang dari amatan si petani.

Sedar petani, cangkul telah dibiarkan semalaman di tengah sawah, namun hampa, ia sudah tiada keesokan harinya. Jadi, petani berasa sunyi tanpa cangkul kesayangannya, kerana cangkul itu sangat berjasa. Selama 7 purnama telah sebati cangkul itu menemani si petani dalam mengusahakan bersama ladang yang terhidang.

Petani menjadi hampir gila kerana telah pun langsung bertanya pada tanah, apakah benar cangkul di bawa pergi oleh sesiapa? Tanah menjawab. "tak tau" sambil mengangkat bahunya :P Petani jadi bengang sambil mendengus. Tanah yang luas pun tidak nampak di mana cangkul itu berada, apa lagi si petani yang duduk sendiri di gubuk misteri ini.

Lalang dan rumput menjadi tinggi menumbuh. Cuma perlu 2 hari tumbuhan liar tersebut kelihatan tumbuh lebat di lihat ke tengah ladang. Hati petani gusar lalu dia sanggup gagahi membersihkan juga semak-samun itu menggunakan tangan.

Tidaklah sempurna bersihnya bila tidak dibersihkan guna cangkul kesayangan. Tetapi si petani tetap teruskan juga, agar ladang menjadi ceria kembali dan tenang di pandang. Petani bermandi peluh dan juga bermandikan darah di tangan. Luka-luka yang berani di buat atas mahunya petani akan hasil yang di tunggu.

Usahanya jadi kabur, lalang dan rumput lebih cepat menumbuh dari usaha pembersihan oleh petani menggunakan tangan sendiri. Akhirnya, petani rebah sambil diikuti lenangan air mata risau dan hampa. Air mata si petani bercucuran di atas tanah yang telah hampir mencipta sukanya si petani, namun tanah itu akhirnya bermandikan juga air mata sedih si petani.

Tanah tidak lupa, cangkul juga tidak lupa. Usaha si petani begitu amat mereka suka. Oleh kerana hati si petani hanya pada cangkul, seluas mana terbentangnya tanah di atas ladang, tidak juga mampu dikuasai si petani kerana pernghubung antara keduanya telah hilang.

Hilangnya cangkul kesayangan petani, akhirnya membuatkan si petani telah lupa bagaimanakah ladangnya kini :'( 

Saturday, September 10, 2011

Jejak yang tinggal

Laman itu tidak lagi aku berada. Laman yang banyak sekali cerita. Laman di mana selalu sahaja buat orang lain terasa hingga terluka.

Alangkah baik mengindar dari membuang. Aku tidak mampu lagi melakukan hal yang sedemikian, kerana sayang ku sudah terlalu berat pada yang sering datang dan melihat aku di laman itu. Aku sudah ada pangkat dewasa. Sudah jauh ditinggalkan pangkat anak kecil. Maka, aku harus berani, berani korbankan diri sekali lagi.

Itu lah mungkin kerana aku sanggup menelan bom memusnah diri dari terus mati perlahan-lahan. Baik buat diri kamu, mereka dan semua. Sudah baik dan kemas aku datang, tapi tidak pula penerimaannya seperti apa yang aku harapkan. Tetap seperti sebelum aku menghilang. Dingin.

Malah bertambah teruk jadinya. Aku tidak tahu mengapa. Salah apa aku? Hingga aku dibenci lagi. Mungkin saja aku menganggu hidup mereka. Mungkin saja tidak senang ketika aku ada. Diam-diam aku mencuba. Berani memberi masa, agar mereka punya kesempatan untuk menilai aku kembali, seperti mana salam perkenalan pertama dahulu terjadi. Mahu memperbaharui hubungan agar terlupa apa itu rasa bosan.

Tidaklah pula aku sangka, akan jadi berbalik maksud yang di cita. Semua menjadi tidak kena. Aku dan kamu seperti sudah tidak kenal sesama. Apa maksudmu, tidak pula aku tahu, kerana kamu sering sahaja suka membisu.

Kamu juga pernah kata, mendiamkan diri tidak akan pernah selesaikan masalah. Sudah datang aku dengan ceria, kamu balas pula dengan herdikan yang sinis mendingin. Mencuba aku tahan fikiran yang kotor. Fikiran yang ada ion negatif. Namun tidak dapat diterima oleh hati yang sakit kerana dibiarkan malu sendiri.

Aku terpana kerana setiap maksud yang dicoretnya selama ini, bukanlah bagi mata yang melihat dan bibir yang membaca. Namun hanyalah buat yang lain. Sungguh aku malu sendiri. Hanyalah melayan perasaan sendiri rupanya aku.

Jadi aku berpaling, sejauh-jauhnya aku lemparkan wajah ke tengah lautan. Biar tiada seorang yang akan jumpa, di mana kini aku berada.

Hati yang sia-sia

Sudah tahu walau hati mahu mencari tahu lagi. Bahawa tidak jujur rupanya kamu pada yang menghargai ini. Terima kasih untuk itu.

Setelah apa yang aku cuba, usaha, menunggu, menanti dan memberi. Cumalah ia seperti daun kamu tiup.

Buatku cumalah sakit. Telahpun diberitakan padaku sejak dulu, bahawa aku pasti akan sakit. Tapi aku tidak mengambil peduli sedikitpun... Kini, sakit sangat-sangat. Benar-benar sakit. 

Baik benar aku di buat begini. Baik sungguh derita ini datang menemani kini. Kalaulah tidak sekarang rasa ini tiba. Pasti aku terus mati dikemudian hari. 

Cukuplah. Terima kasih. Aku sudahi kalam hati. Tidak mahu hati yang menulis lagi. Biarkan jari yang kasar pula menjadi nakhoda bagi menulis sebuah kisah. Kisah sebuah 'Perjalanan yang Masih Jauh' 

Buatmu

Aku mulakan coretan lagi, menyambung utusan hati yang tak mampu dikelolakan seperti biasa. Kini, hadir lagi si pelontar kata, mengungkapkan apa yang di janji. Aku telah mampu bertenang, setelah tangis mengalahkan tawa.

Buatmu...

Tidaklah mampu aku memegang pisau belati, buat menghiris hati kecilmu. Tidaklah sanggup aku berjauhan darimu kerana ingin menyendiri. Tidaklah pernah pula terniat mahu menyembunyikan apa yang perlu kamu tahu.

Buatmu...

Segala apa yang terjadi, terkias dari hati, menyinar ungkapan jujur oleh bicara yang aku niati. Aku harus begini, sendiri dan diam. Perlu kamu tahu, tidak semudah itu aku menyendiri. Aku semakin terseksa walau rasa tenang telah aku hampiri.

Buatmu...

Ketika waktu senja, kamu lihat. Aku ada di balik mentari itu. Tenggelam perlahan di hujung lautan. Aku melihat kamu dan diri ku juga terlihat sama olehmu. Sama-sama berpandangan sayu. Iya, hiba terasa ketika kita saling berpandangan di saat mentari semakin perlahan tenggelam.

Alam bertukar gelap, aku di atas menjadi bulan. Kamu juga tidak pernah sedari, bahawa hadirku dalam gelap malammu hanya melempiaskan cahaya suram buatmu. Walau bulan itu selalu akan menjelma selepas mentari kehabisan bahangnya.

Buatmu...

Telah aku isikan setiap maksud dari setiap utusanku padamu, kamu juga telah mengerti setelah sehari-hari kamu menyingkapi isi hati ini. Aku gembira, kerana telah membuatmu tersenyum tanpa kamu pinta.

Namun, hanya sementara senyumanmu itu bertakhta, bila kisah kita bersama telah hampir diketahui oleh mereka yang menjaga. Aku gembira, namun cuma hanya sementara. Kekacauan hati pula singgah dengan tiba-tiba.

Buatmu...

Aku merindui kamu kerana itu aku simpan apa yang seharusnya kamu lihat. Aku merindui kamu kerana itu aku hapuskan jejak langkahku. Aku merindui kamu kerana aku tidak sendiri. Kamu tetap ada di sisiku walau jauh kamu rasakan hadirku kini.

Jiwa aku mungkin hampir tersemat di jiwamu. Jiwa seorang yang telah mati. Mati kerana duka yang terulang kembali. Jadikanlah ia sebagai tempat kamu mendapatkan kembali hati yang puas, selesa dan gembira membenamkan kesilapan orang-orang yang pernah sakiti hati mu dulu ke dalam jiwa yang mati ini.

Buatmu...

Aku redha dan pasrah jika bukan aku jadi pilihanmu. Aku turuti segala apa yang kamu mahu. Begini bermula dan telah berjalannya cerita, agar nanti tiada siapa-siapa lagi akan berduka setelah sampai ke akhir cerita.

Cuma, tambatan hati ini selalu sahaja terhambat kuat di hati berwarna merah senja. Hanya tunggu kamu leraikan dengan hati yang rela, setelah tugas gembira yang aku coba sampaikan padamu dihambat oleh mereka yang lebih baik dari pelontar kata.

Thursday, September 8, 2011

UNIC

Rindu

Rindu bila sudah teringat. Teringat pula dengan tiba-tiba. Dengan tidak sengaja terjumpa. Akan blog yang gemar akan lagu alunan sederhana. Penuh dengan hiasan kata. Terbit ia dari harmoni suara yang mahukan kita agar saling mengingati.

Tidak sangka kata-katanya beri makna, walau pendek tapi sederhana. Seperti lagu yang sedang berkumandang di blog adik ini. Ada ketika, walau tulisannya ada kecil, besar dan juga perlian. Tetap memberi lucu yang membuatkan diri mahu lanjutkan bacaan hingga akhir perenggan. hehe :p

Cukup membuktikan adik ini pandai berhujah. Lancar dan petah ketika bicara. Apatah lagi seandainya dapat bersua. Ermm... ntahlah.. riuh rasanya :P

Terkejut bila tahu

Tersenyum gembira agak aneh dibanding dari tersenyum kerana dihargai. Tidak sangka jadinya hingga hati menjadi terharu. Tidak pula mahu menafikan perasaan yang ragu, kerana penjelasan adik kepada kakak menjadi bukti itu adalah kenyataan yang jitu. Apabila berusaha ingin mencari tahu, apa maksud gembira datangnya dari senyuman si kakak.

Dari lagu ini, mahu selit sedikit. Ada cerita yang terjadi, bila UNIC menjadi kegemaran hati setelah mengikuti saluran IKIM. Waktu itu di tingkatan 5, bermakna sudah sepuluh tahun tidak jamah lagu dari UNIC :(

Ketika itu masih hati setulus baldu, mudah kata, masih anak oncesan. Suka dengan gaya lurus. Sikat miring ke tepi guna minyak rambut jeli-jeli. Berlengan panjang siap berkancing rapi. Berseluar kembang hijau, di zip hingga tertutup pusat diri.

Begitulah si oncesan yang masih belum mengerti erti dewasa, walau suara sudah kedengaran seperti guruh di udara. Belajar seikhlas rasa walau nakal-nakal manja tampak kelihatan. Akhirnya berjaya kini mencapai tahap seperti ayah yang punya dua orang anak yang sudah besar-besar :)

Penghargaan

Terima kasih, sepertinya ayat yang biasa. Tapi, itulah ayat yang sangat berharga bagi mereka yang sudi dan mengerti apa itu erti menghargai. Luahan rasa suka dan terharu ingin diberi pada yang sanggup habisi waktu, menelusuri apa yang telah dikarangi buat seseorang yang juga ada kaitannya dengan diri si adik.

Mahu saja tulis nama adik itu di sini. Tapi cukuplah privasi jadi misteri. Suatu misteri amat menjadi, bila hati bertanya-tanya ingin mahu mengerti. Siapakah si adik ini yang telahpun menjadi tulisan si pelontar kata :)

Wednesday, September 7, 2011

Kuntuman bunga

Ada 3 kuntum bunga. Berwarna jingga kemerahan, kuning dan ungu. Berlainan haruman tersebar. Memberi cita rasa yang berbeza. Sama-sama mencari sinar mentari sambil melindungi diri dari beratnya air hujan yang akan bertakung.

Sungguh berlainan jenis kuntum bunga, namun di tanam di sebuah pasu yang sama. Bunga-bunga harmoni di panggil nama, oleh saya yang empunya cerita. Saya lihat, perhati dan teliti. Betapa istimewa antara ketiga-tiganya.

Hari-hari membawa lucu dan ceria, saat bermulanya subuh menjelma. Di hening subuh yang samar, terlihat si kuntum berwarna jingga kemerah-merahan memberi cahaya. Terlihat segar antara yang dua, warna yang kuat melambangkan ia amat tabah hadapi dugaan.

Hari-hari membawa hiba dalam tawa, apabila intel jadi simbolnya. (intel= ilang-ilang timbul). Tiada subuh atau malam, ia terkadang terlihat tanpa sedar. Si kuntum kuning, berwarna terang di raja. Masih mencari nilai untuk kembali menjadi orang biasa yang hidup dalam bersederhana.

Hari-hari membawa harapan dan suka, apabila terlihat indahnya hari itu akan tiba. Namun masih menunggu siapa yang sedia, di saat diri masih buntu mencari yang seadanya. Serius dan jujur dalam budaya. Ketika lambaian kuntum ungu menenggelamkan hari yang cerah, menghasilkan awan yang redup tanpa rasa.

Si petani dan juga peladang. Sungguh kasar telapak tangan, namun punya sentuhan lembut di taman. Menghargai kuntuman kesayangan, di saat petani terlihat keletihan. Ketika kesedihan menjenguk petani, kuntuman bunga pula datang menghalang si sepi. 

Si petani akan selalu berada di sisi kuntuman bunga, apabila dia telah pulang dari ladang. Penat lelah tercurah di sana, hilang serta merta bila bersama kuntuman kesayangan. Walaupun begitu, petani harus tetap ada di ladang, bagi teruskan likunya yang masih panjang.

Sampai saat ini dan seterusnya, petani akan terus setia menemani si kuntuman bunga. Merawat dan menjaga hingga benar sudah matang dan cantik. Dan apabila tibanya suatu masa. Luas ladang jadi taruhan. Menjadi tempat di mana si petani akan menghindar, apabila kuntuman bunga telah sedia untuk di petik oleh tangan-tangan yang lembut dan tidak kasar seperti tangannya si petani.


Tuesday, September 6, 2011

Kiok

K - Kau beri rasa yang berbeda
I - Ingin aku tahu itu apa?
O - Oh, apakah aku telah salah
K - Kerana telah mengartikannya itu cinta?

Tetapi hati aku selalu mengingatimu, tatkala lanjut di ingatan mengingati siapa penciptamu dan aku.

Ya Allah. Mohon dari hambamu yang kerdil ini, tuntunlah jiwaku ke arah kebaikan bagi diriku dalam membina sesuatu yang bahagia di kemudian hari. Dari hidupku sejak kecil hingga kini, aku mohon redhaMu dalam perjalanan hidupku, agar dipermudahkan segala apa yang aku impikan. Di setiap langkahku, dengan namaMu aku sentiasa dahulukan, agar hati ku tetap selalu damai menghitung hari dalam menjadi seorang hamba yang baik. Makbulkanlah permintaan hamba mu ini ya Allah.

Di setiap iringan doa, aku hayatinya hingga menusuk sebuah jarum ke hati. Memberi ruang agar lelehan air mata kesayuan, mudah mengalir seterusnya tercipta setulus doa penuh dengan pengharapan dari seorang hamba kepada pencipta yang Maha Agung.

Apa yang aku rasa sayang, cinta dan mengasihi sesama mahkluk di dunia, ku pohon agar ia tetap tersemat dan terpatri dahulu dengan rasa cinta dan sayangku padaMu ya Allah...

Di setiap nafasku hirup, telah banyak dosa aku perbuatkan. Baik dari kesedaran atau di luar kesadaran. Semua kesan ini memberi aku sebuah cairan. Cairan yang dapat meluruhkan tebalnya rasa ego dan hati yang telah menjadi kehitam-hitaman. Moga-moga, cairan ini dapat melunturkan warna hitam di hati agar ia dapat menjadi merah semula.

Aku akan berusaha dan terus berusaha menjadi yang lebih baik, kerana Allah SWT sentiasa bersamaku :)

Monday, September 5, 2011

Dua watak satu jiwa

Kenapa harus ke sana, padahal harus ke sini. Bagaimana boleh jadi begini, sedangkan harus begitu. Siapa yang mahu tahu, sedangkan aku mahu orang lain tahu. Dan solusi yang mana harus aku turuti?

Ambilah solusi atau jalan penyelesaian yang satu. Bukan 2,3 atau seberapa penyelesaian kita mampu dapatkan. Satu jalan penyelesaian, sealiran darah yang mengalir di dalam tubuh, datangnya dari fikiran yang selalu disonsangkan.

Ada seorang tua. Duduk di pinggir kota. "Alangkah indah dan baiknya bila dapat duduk di tengah kota". Itu andaian dan permintaan hatinya sewaktu muda. Kini, setelah tua, dia tetap juga mampu berasa selesa bila duduk di pinggir kota. 

Sewaktu si tua itu muda, dia impikan tinggal di tengah kota. Tengah kota yang ada segalanya untuk dia mencari apa yang terdaya untuk di bawa ke masa larutnya nanti. Namun atas dasar pembangunan, semua yang lama menjadi baru. Hanya tinggal sejarah tentang apa yang telah berubah.

Berubah kota itu larut dalam edaran zaman. Beralihnya waktu untuk orang tua itu meminggir. Lalu tersisip segala cerita dan tinggalan sejarah yang hanya dia sahaja yang tahu. Melalui apa yang dia rasakan sewaktu zamannya dahulu.

Kini orang tua itu kembali. Setiap langkah yang dilewati tidak dia sesali. Orang tua itu tetap berjalan seperti biasa, kerana telah terbiasa dengan kota lama yang pernah dilewati dahulu.

Sesal pasti ada, bila kesenangan buat hari muka tidak sampai diberikan pada keturunan dibawahnya. Walau telah berusaha sekeras yang mungkin, dia tetap tidak mampu mengumpulkan semua harta yang melimpah ruah di dunia ini.

Orang tua itu tidak berpelajaran tinggi, namun pandai membaca, menulis, mengira dan mengaji. Cukup buat dia tempuhi liku hidup yang penuh dengan segala kemahuan. Baik datangnya dari kemahuan hati ataupun kemahuan jasa diri.

Kemahuan hatinya luruh bila dia selesa hidup dalam keadaan susah. Kemahuan jasa dirinya dapat diabaikan bila dia ikhlas memberi kesenangan pada yang memerlukan. Kesenangan sebentar yang dia dapatkan setelah berusaha keras dengan lama dalam membina sebuah kehidupannya sendiri.

"Kenapalah aku tidak belajar tinggi-tinggi? Kalau tidak kerana si polan, pasti aku dapat jejakkan kaki di menara gading dan seterusnya aku tidaklah harus bersusah payah ingin memohon kerja". Apakah seorang tua ini akan berkata begitu?  Pasti ada. Sewaktu perasaan ketika darah mudanya masih bergelora. 

Segelora mana darah itu menghempas, tetap akur dengan waktu yang dapat menyurutkan kembali geloran ke atas air bah yang dalam. Syukurlah dia sempat mengerti dan menyedari alfanya, ketika garis-garis usia mula menjadi semakin tebal menyaluti kulit yang mulai lembik ini.

Pengajaran yang mula didedikasikan pada keturunan selanjutnya, agar tidak terulang lagi kepada zaman berikutnya. Pelajaran dari seorang tua yang banyak ilmu tentang pengalaman. Pengalaman berdikari di kaki yang patah agar dapat menahan segala payah bagi insan yang dia sayangi. Anak dan cucunya :)

Kini, anak dan cucu datang beri bahagia, ijazah dan segala gembira. Akhirnya impian si tua yang putus waktu muda telah tersambung kembali ketika saat dia menua. Membuatkan si tua tersenyum puas duduk di pinggir kota :)

Sunday, September 4, 2011

Begitunya kamu seperti kopi jantan

Begitu amat aku suka.
Begitu amat aku sayang
Begitu amat aku cinta
Begitu amat aku hampa...

Sedangkan Pak Amat je tak cem gitu. Perasaan yang lebey-lebey macam aku ini. hihi
Pak Amat aku lihat dia bahagia, bila ditanya, "Pak Amat dulu pernahkah bercinta?"

"Soalan bangang apo ko tanyo ke den ko ha?" Balasan pedih dari corong mulut Pak Amat itu.

"Ala Pak Amat, orang tanye jew" Muncungnya bibir aku menjawab. (malu)

Pak Amat tetibe berceramah pula, sedang dia dari tadi duduk termenung di warong kopi sambil menghirop kopi jantan.

Adi, ang dah dewaso. Bukan kocik-kocik lai. Kalau dulu ang bulih tahu apo makno suko jo. Suka mainan lah, suko main lari-larilah, suko main polis entrilah, suko men lelayang, suko makan singgam dan sukonyo ang tu ketika ang masih belum sunat lai.

Satalah itu, ang mulo maningkek remajo. Remajo ang dulu, suaro macam bapak rimau. Bangun tido jo, ang mengaum. Takajuit mak ang dongar ang beri salam. Ingat orang utan mano lo yang datang ka rumah.

Ketiko remajo, ang ma tantu tu suko, walau ang dah tak suko lai main kereta kebal, main lari-lari macam dulu ang ketek-ketek. Ang suko lo pado padusi. Nalurilah seorang jantan tu, Apak paham tuh. Baguihlah tu daripado ang suko pado jantan pulo, tak ko kecoh nanti?. (padusi=perempuan)

Ang tu cumo suko gitu-gitu jo, Pak tahu tu ^^. Ma ado baraninyo ang nak tikle-tickle dan gentlement nak say hi pun, masih takut-takut berani jo nak dakekan diri jo padusi yang ang suko tu. Mujur kini lah ado fb dan blog. Haa ado lah maso dikit buek ayat menunjukkan yang ang suko padonyo, mungkin dari apo yang ang tahu buek. "menulis"

Ang tahu tak, suko tu apo maknonyo? Suko tu tahu tak datangnyo dari mano?
Baiklah, Pak kecek melayu totok dulu yo. Takuik babuih jo muluit pak membebel nanti, satu habuk kepalo hotak ang ndak mangarati beko.

Adi, anak saudaraku.

Pak dulu tidaklah berada di zaman seperti mana kamu duduk sekarang ini. Ketika apa yang kita lihat, terkadang menjadi persoalan bila terkena di hati atau kita hanya lepaskan pandangan bila tidak sedikitpun mengusik hati. Bila apa yang kita pernah tahu, mudah mengerti dan berasa selesa, kita mahu tahu kemudian kita cuba, walau nanti kesan dari selesa itu tidak lagi kita mampu dapatkan.

Macam kopi jantan ko ha. Pak dulu, cuma tahu jo apo itu kopi jantan. Tahu pun dari Datuk ang dulu. Pak jadi bertanya sendiri, "orang kata kopi itu pahit". Oleh kerana kopi itu selalu ado di dapur. Pak cubo buek sendiri. Memang pahit! Memang mengalahlah apak nak minum lai. orang putih kato, -hand over- u get it my... laaaah, paham anak sodaraku?... hoho

Tapi, pak tibo-tibo suko bilo nenek ang yang tolong buekkan. Rasonyo pahit tapi manis. Apak jadi suko. Suko tu tibo-tibo datang. Bukan kerano pahit tu lah jadi manis rasonyo, tapi mengapa kopi itu buek Pak jadi segar.

Lah la tu, ang pun Pak caliek lah cipit-cipit jo mato ang mendongar bebelan Pak ko ha =.="
Ang pikir-pikirkanlah apo yang Pak kecekkan tadi. Ang kan sekolah tinggi. Ampek tingkat tak salah Pak, ang belaja di Semenkeb dulu, kan?

Baiklah anak saudaraku yang baik, ang tulun bayarkan kopi jantan Pak ko ni pado Mak cik Leha tuh yo. Apak mahu mamancing ka hulu. Daa ~:)

Bukan kemahuanku

Mahu tahu kiranya apa yang terjadi adalah bukan dari kehendakku. Mahu diketahui juga, kiranya segala apa yang terjadi bukan dari niatku ingin menjauh. Mahu tahu di mana duduk ceritanya yang telah terpesong dari apa yang dinyata?

Cerita segala dari cerita mengenai kamu. Andaian demi andaian terpercik keluar dari benak masing-masing. Begini aku, begitu kamu. Bagini aku selalu menanam cita yang kurang dari apa yang di rasa. Rasa diri yang mencengkam jiwa. Hingga rasa ini terpendam lama lalu menyerap seluruh jiwa kamu ke dalam hati kecil ini.

Kekuatan aku, adalah pengorbanan dari apa yang aku rahsiakan. Rahsia yang pasti akan membuatmu lebih terkejut setelah mengetahuinya. Mungkin nanti esakan mu pasti akan kedengaran sampai ke penghujung dunia.

Tidaklah aku menjauh kerana sesuatu hal yang tidak pasti aku dapatkan. Cuma begini saja, apa yang kamu rasakan adalah yang terbaik. Keputusan terbaik yang kamu amati dari sisi lain yang tidak pun pasti kamu akan mengerti.

Mengertilah apa sebenarnya erti derita. Derita itu tidaklah sampai mematahkan ranting semangat lelaki ku. Semangat itu tetap ada bagi aku meneruskan sisa perjalanan yang jauh untuk ditempuh hingga ke garisan akhirnya.

Matlamatku cuma tidak sejalan dengan aliran waktu. Begitu aku tiba, kamu telah tiada. Bersama yang lain hingga buat aku pasti akan berasa benar-benar derita. Itulah derita yang tidak mahu aku rasai lagi.

Namun...

Seandainya, matlamat untuk perjalanan aku telah terlaksana dini. Tidaklah blog atau dunia maya jadi penebat bersua muka. Akan aku teruskan langkah yang lanjut tidak hiraukan apa yang terjadi. Langkah si pemberani, kerana telah sedia dari segi apa pun jua, dan hanya tinggal kamu menyalakan lampu berwarna hijau untuk memberi aku jalan masuk...

Saturday, September 3, 2011

Rayakutido


Aku seperti berada di dalam api lilin. Dibakar untuk menerangi? Ceh, macamlah aku ini cikgu. Rasanya tak seswai sangat guna pakai peribahasa itu. =.="

Jika diberi peluang untuk gambar ini bercerita. Ia lebih menampakkan aku seakan-akan berada di dalam api terang yang hampir malap. Apo ka jadah gambar ini mahu bercerita begitu?

Tidaklah tahu gambar ini mahu merepek apa. Salah gambar ini atau salah yang mengeditnya? Yelah.. salah aku tu. Tapi aku tahu apa yang aku ingin sampaikan.

Begini ceritanya... den torangkan yo

Ketika aku suka akan istilah ini "rayakutido". Aku lebih tertumpu pada kerja menutup mata dari 1 syawal hinggalah ke 2 syawal. Lena sampai mengorok mengalahkan pakcik atau atok-atok yang tak de gigi. (mengorok=berdengkur)

Ketika lena, aku diayunkan oleh mimpi. Mimpi itu selalu sahaja kacau aku tido. Mimpi itu pula selalu bersuara bila dia selalu hadir dalam tidurku. Mimpi itu selalu ucapkan kata ini "maap,maap,maap"

Ntah apo salah mimpi itu pada aku hingga ia meminta maaf sedemikian rope. Lalu aku bertanya pada si mimpi.

"Wahai mimpi ~~~ . . . napo ang minta maap, apo salah ang kek den?"

Mimpi lak leh bercangkerama balik. Ia balas.

"Maap ku pohon agar salah ku tidak diingati selalu"

"Salah apo lo ang kecek ni" mengingau aku tika tidur (terpakso)

"Salahku kerana tidak memberi lagi jalan untuk kamu menuju mencapai impianmu" Balas mimpi serius.

"Manga lo ang kecek takahiko? Tapi den caliek serius jo ang?" Aku hairan.
"Ndak ba'a la tuh. Den terimo jo apo adonyo. Lai kan ang cumolah mimpi" Aku menambah dengan kata-kata untuk menyedapkan hati sendiri.

Padahal aku juga terasa. Bahawa mimpi yang selalu membawa aku berjalan pelahan menuju ke impian yang aku impikan, kini tidak lagi dapat bersama. Mimpi itu mahu menghindar pergi. Tidak tahu atas sebab apa. Mungkin kerana punca mimpi itu tidak lagi berfungsi barangkali. Si Hati.

Benar, patutlah dalam tidurpun hati aku terasa seakan-akan kecut memanjang. Aku sehari-hari jadi lemah hingga harus membongkok untuk berjalan. Apalagi mahu ke dapur atau ke bilik air.

Garis di bawah mata menjadi semakin tebal. Hitam membulat ke seluruh ruang mata. Pelepah mata selalu separa terbuka. Bibir ini kering. Otot-otot di pigir mulut seakan-akan sudah mati. Tidak mahu lagi ia naik ke atas untuk mengukir sebuah senyuman. Cumalah ukiran masaman sahaja yang mampu terukir.

Awat melalot sampai kesini aku bercerita. Kalau tentang kaler, cukup sampai sini den torangkan. Paham tak paham tu belakang kira. Tapi bab ucapan dalam gambar itu, apo ko mongono lo?

Tentang ucapan Hari Raya

Ucapan yang tidak sempat-sempat aku ucapkan semenjak ramai teman yang dah dulukan ucapan itu. Aku jadi orang yang terakhir kut buat ucapan itu. Tak salah, waktu raya ke tiga. Aku bosan. Jadi amik gambar sana. Amik gambar sini. Gambar yang aku tangkap tu semua, gambar baru bangun tido. Macam stress lak aku jadinyo.

Oleh kerana rimas mato mak den caliek den. Macam anak macan jo. Semuo ndak tantu arah. Jadi mak pakso den pai berayo sekali. Aku sebenarnya, malas nak ke sana ke mari. Ntahlah. Tak tahu. Letih sebab karajo jo memanjang barangkali tak? (macan=anak rimau)

Oleh kerana aku anak yang soleh. Jadi aku turutkan jua hasrat ibunda yang tercinta (walau kene seret sampai ke pintu bilik air)

Aku paksakan diri berdandan. Pakai seadanya. Lalu ikutlah dengan hati yang tidak berasa nak gembira sangat. Mujur dapat wit raya. Nenek bagi. Tak pe, walau singgit itu ada tiga keping. Jadilah wat aku menabung sikit-sikit wat hantaran kawen nanti. (haha, ini memang kenyataan tipu dan merepek sangat2)

Okeh-okeh, oleh kerana akhirnya aku berjaya juga dapat duit raya. Aku jadi semangat balik. Semangat untuk balik dan terus mahu rebah lagi ke atas kusyen bunda ku. Sebelum aku dapat lena yang selenanya aku mahukan, aku mahu buat sesuatu. Agar mimpi nanti tidak lagi bawa-bawa cerita sedih dan hampa. Jadi aku siapkan ini gambar dengan kata-kata yang separa sedar aku coretkan...

"Selamat Hari Raya"
Andai Ada Salah Bicara
Maap Di Pohon Pada Semua
Selagi Masih Diri Bernyawa
Harap Sempat Maaf Di Terima (",)V 



Friday, September 2, 2011

Tidak Dirancang Dan Tidak Dimaksudkan

Tidak ada butir bicara lagi mampu aku susunkan di sini. Aku sepertinya sudah kering dan haus dalam mencari kata-kata. Sebaik kata-kata yang mungkin dapat menyalurkan maksud yang ingin disampaikan.

Aku sudah lemah ingin menulis. Lemah seperti lemahnya hati yang mula menunduk. Aku pejam mata sambil melihat ke dasar hati. Apa yang harus dilakukan? Apa yang harus dikatakan?

Mati aku dalam mengendalikan antara rasa mahu pergi dan pulang. Tidak dapat lagi aku geserkan pendirian seseorang. Pendirian yang amat teguh di pasak oleh batu kekecewaan. Mampu hindari insan yang malang ini, dari terus datang dan memberi harapan.

Masih jiwa yang kering. Jiwa aku. Kontang dengan terjahan datang. Menghampiri tidak sepertinya kelihatan. Hanya membangkitkan rasa sebuah ketakutan pada seseorang yang takut perkara yang sama terulang.

Masih segar diingatan. Tulisan jari yang datang dari fikiran. Hati turut terbawa memberi penghayatan. Aku jujur mahu memberi, namun terfikir kesan yang akan terjadi. Segala kesan yang mampu menebuk hati hingga mengalir air hampa dan kecewa buat sekian kali lagi.

Aku takut itu semua. Baik buat dirinya mahupun aku. Cuma kata-kata yang selanjutnya mampu aku hiaskan ia di penghujung ayat ini.

"Berilah peluang untuk aku menjauh demi senyum dan bahagiamu kini. Hingga biarlah suatu hari nanti yang tidak dirancang akan mengembalikan aku membawa senyum dan bahagia yang lebih bermakna buatmu. Suatu hal yang tidak dimaksudkan akan terjadi sendiri, tidak seperti apa yang telah aku cuba sampaikan dengan jelas tentang rasa hati ini padamu sebulan yang lalu"