Thursday, September 8, 2011

UNIC

Rindu

Rindu bila sudah teringat. Teringat pula dengan tiba-tiba. Dengan tidak sengaja terjumpa. Akan blog yang gemar akan lagu alunan sederhana. Penuh dengan hiasan kata. Terbit ia dari harmoni suara yang mahukan kita agar saling mengingati.

Tidak sangka kata-katanya beri makna, walau pendek tapi sederhana. Seperti lagu yang sedang berkumandang di blog adik ini. Ada ketika, walau tulisannya ada kecil, besar dan juga perlian. Tetap memberi lucu yang membuatkan diri mahu lanjutkan bacaan hingga akhir perenggan. hehe :p

Cukup membuktikan adik ini pandai berhujah. Lancar dan petah ketika bicara. Apatah lagi seandainya dapat bersua. Ermm... ntahlah.. riuh rasanya :P

Terkejut bila tahu

Tersenyum gembira agak aneh dibanding dari tersenyum kerana dihargai. Tidak sangka jadinya hingga hati menjadi terharu. Tidak pula mahu menafikan perasaan yang ragu, kerana penjelasan adik kepada kakak menjadi bukti itu adalah kenyataan yang jitu. Apabila berusaha ingin mencari tahu, apa maksud gembira datangnya dari senyuman si kakak.

Dari lagu ini, mahu selit sedikit. Ada cerita yang terjadi, bila UNIC menjadi kegemaran hati setelah mengikuti saluran IKIM. Waktu itu di tingkatan 5, bermakna sudah sepuluh tahun tidak jamah lagu dari UNIC :(

Ketika itu masih hati setulus baldu, mudah kata, masih anak oncesan. Suka dengan gaya lurus. Sikat miring ke tepi guna minyak rambut jeli-jeli. Berlengan panjang siap berkancing rapi. Berseluar kembang hijau, di zip hingga tertutup pusat diri.

Begitulah si oncesan yang masih belum mengerti erti dewasa, walau suara sudah kedengaran seperti guruh di udara. Belajar seikhlas rasa walau nakal-nakal manja tampak kelihatan. Akhirnya berjaya kini mencapai tahap seperti ayah yang punya dua orang anak yang sudah besar-besar :)

Penghargaan

Terima kasih, sepertinya ayat yang biasa. Tapi, itulah ayat yang sangat berharga bagi mereka yang sudi dan mengerti apa itu erti menghargai. Luahan rasa suka dan terharu ingin diberi pada yang sanggup habisi waktu, menelusuri apa yang telah dikarangi buat seseorang yang juga ada kaitannya dengan diri si adik.

Mahu saja tulis nama adik itu di sini. Tapi cukuplah privasi jadi misteri. Suatu misteri amat menjadi, bila hati bertanya-tanya ingin mahu mengerti. Siapakah si adik ini yang telahpun menjadi tulisan si pelontar kata :)

No comments: