Laman itu tidak lagi aku berada. Laman yang banyak sekali cerita. Laman di mana selalu sahaja buat orang lain terasa hingga terluka.
Alangkah baik mengindar dari membuang. Aku tidak mampu lagi melakukan hal yang sedemikian, kerana sayang ku sudah terlalu berat pada yang sering datang dan melihat aku di laman itu. Aku sudah ada pangkat dewasa. Sudah jauh ditinggalkan pangkat anak kecil. Maka, aku harus berani, berani korbankan diri sekali lagi.
Itu lah mungkin kerana aku sanggup menelan bom memusnah diri dari terus mati perlahan-lahan. Baik buat diri kamu, mereka dan semua. Sudah baik dan kemas aku datang, tapi tidak pula penerimaannya seperti apa yang aku harapkan. Tetap seperti sebelum aku menghilang. Dingin.
Malah bertambah teruk jadinya. Aku tidak tahu mengapa. Salah apa aku? Hingga aku dibenci lagi. Mungkin saja aku menganggu hidup mereka. Mungkin saja tidak senang ketika aku ada. Diam-diam aku mencuba. Berani memberi masa, agar mereka punya kesempatan untuk menilai aku kembali, seperti mana salam perkenalan pertama dahulu terjadi. Mahu memperbaharui hubungan agar terlupa apa itu rasa bosan.
Tidaklah pula aku sangka, akan jadi berbalik maksud yang di cita. Semua menjadi tidak kena. Aku dan kamu seperti sudah tidak kenal sesama. Apa maksudmu, tidak pula aku tahu, kerana kamu sering sahaja suka membisu.
Kamu juga pernah kata, mendiamkan diri tidak akan pernah selesaikan masalah. Sudah datang aku dengan ceria, kamu balas pula dengan herdikan yang sinis mendingin. Mencuba aku tahan fikiran yang kotor. Fikiran yang ada ion negatif. Namun tidak dapat diterima oleh hati yang sakit kerana dibiarkan malu sendiri.
Aku terpana kerana setiap maksud yang dicoretnya selama ini, bukanlah bagi mata yang melihat dan bibir yang membaca. Namun hanyalah buat yang lain. Sungguh aku malu sendiri. Hanyalah melayan perasaan sendiri rupanya aku.
Jadi aku berpaling, sejauh-jauhnya aku lemparkan wajah ke tengah lautan. Biar tiada seorang yang akan jumpa, di mana kini aku berada.
No comments:
Post a Comment