Petani juga tidak dapat lagi berhubung dengan tanah. Tanah yang selalu di ijak mengharapkan hasil yang di tunggu selama ini. Oleh kerana cangkul yang digunakan untuk menyapa tanah, telah hilang dari amatan si petani.
Sedar petani, cangkul telah dibiarkan semalaman di tengah sawah, namun hampa, ia sudah tiada keesokan harinya. Jadi, petani berasa sunyi tanpa cangkul kesayangannya, kerana cangkul itu sangat berjasa. Selama 7 purnama telah sebati cangkul itu menemani si petani dalam mengusahakan bersama ladang yang terhidang.
Petani menjadi hampir gila kerana telah pun langsung bertanya pada tanah, apakah benar cangkul di bawa pergi oleh sesiapa? Tanah menjawab. "tak tau" sambil mengangkat bahunya :P Petani jadi bengang sambil mendengus. Tanah yang luas pun tidak nampak di mana cangkul itu berada, apa lagi si petani yang duduk sendiri di gubuk misteri ini.
Lalang dan rumput menjadi tinggi menumbuh. Cuma perlu 2 hari tumbuhan liar tersebut kelihatan tumbuh lebat di lihat ke tengah ladang. Hati petani gusar lalu dia sanggup gagahi membersihkan juga semak-samun itu menggunakan tangan.
Tidaklah sempurna bersihnya bila tidak dibersihkan guna cangkul kesayangan. Tetapi si petani tetap teruskan juga, agar ladang menjadi ceria kembali dan tenang di pandang. Petani bermandi peluh dan juga bermandikan darah di tangan. Luka-luka yang berani di buat atas mahunya petani akan hasil yang di tunggu.
Usahanya jadi kabur, lalang dan rumput lebih cepat menumbuh dari usaha pembersihan oleh petani menggunakan tangan sendiri. Akhirnya, petani rebah sambil diikuti lenangan air mata risau dan hampa. Air mata si petani bercucuran di atas tanah yang telah hampir mencipta sukanya si petani, namun tanah itu akhirnya bermandikan juga air mata sedih si petani.
Tanah tidak lupa, cangkul juga tidak lupa. Usaha si petani begitu amat mereka suka. Oleh kerana hati si petani hanya pada cangkul, seluas mana terbentangnya tanah di atas ladang, tidak juga mampu dikuasai si petani kerana pernghubung antara keduanya telah hilang.
Hilangnya cangkul kesayangan petani, akhirnya membuatkan si petani telah lupa bagaimanakah ladangnya kini :'(
No comments:
Post a Comment