Sunday, September 4, 2011

Bukan kemahuanku

Mahu tahu kiranya apa yang terjadi adalah bukan dari kehendakku. Mahu diketahui juga, kiranya segala apa yang terjadi bukan dari niatku ingin menjauh. Mahu tahu di mana duduk ceritanya yang telah terpesong dari apa yang dinyata?

Cerita segala dari cerita mengenai kamu. Andaian demi andaian terpercik keluar dari benak masing-masing. Begini aku, begitu kamu. Bagini aku selalu menanam cita yang kurang dari apa yang di rasa. Rasa diri yang mencengkam jiwa. Hingga rasa ini terpendam lama lalu menyerap seluruh jiwa kamu ke dalam hati kecil ini.

Kekuatan aku, adalah pengorbanan dari apa yang aku rahsiakan. Rahsia yang pasti akan membuatmu lebih terkejut setelah mengetahuinya. Mungkin nanti esakan mu pasti akan kedengaran sampai ke penghujung dunia.

Tidaklah aku menjauh kerana sesuatu hal yang tidak pasti aku dapatkan. Cuma begini saja, apa yang kamu rasakan adalah yang terbaik. Keputusan terbaik yang kamu amati dari sisi lain yang tidak pun pasti kamu akan mengerti.

Mengertilah apa sebenarnya erti derita. Derita itu tidaklah sampai mematahkan ranting semangat lelaki ku. Semangat itu tetap ada bagi aku meneruskan sisa perjalanan yang jauh untuk ditempuh hingga ke garisan akhirnya.

Matlamatku cuma tidak sejalan dengan aliran waktu. Begitu aku tiba, kamu telah tiada. Bersama yang lain hingga buat aku pasti akan berasa benar-benar derita. Itulah derita yang tidak mahu aku rasai lagi.

Namun...

Seandainya, matlamat untuk perjalanan aku telah terlaksana dini. Tidaklah blog atau dunia maya jadi penebat bersua muka. Akan aku teruskan langkah yang lanjut tidak hiraukan apa yang terjadi. Langkah si pemberani, kerana telah sedia dari segi apa pun jua, dan hanya tinggal kamu menyalakan lampu berwarna hijau untuk memberi aku jalan masuk...

No comments: