Tidak ada butir bicara lagi mampu aku susunkan di sini. Aku sepertinya sudah kering dan haus dalam mencari kata-kata. Sebaik kata-kata yang mungkin dapat menyalurkan maksud yang ingin disampaikan.
Aku sudah lemah ingin menulis. Lemah seperti lemahnya hati yang mula menunduk. Aku pejam mata sambil melihat ke dasar hati. Apa yang harus dilakukan? Apa yang harus dikatakan?
Mati aku dalam mengendalikan antara rasa mahu pergi dan pulang. Tidak dapat lagi aku geserkan pendirian seseorang. Pendirian yang amat teguh di pasak oleh batu kekecewaan. Mampu hindari insan yang malang ini, dari terus datang dan memberi harapan.
Masih jiwa yang kering. Jiwa aku. Kontang dengan terjahan datang. Menghampiri tidak sepertinya kelihatan. Hanya membangkitkan rasa sebuah ketakutan pada seseorang yang takut perkara yang sama terulang.
Masih segar diingatan. Tulisan jari yang datang dari fikiran. Hati turut terbawa memberi penghayatan. Aku jujur mahu memberi, namun terfikir kesan yang akan terjadi. Segala kesan yang mampu menebuk hati hingga mengalir air hampa dan kecewa buat sekian kali lagi.
Aku takut itu semua. Baik buat dirinya mahupun aku. Cuma kata-kata yang selanjutnya mampu aku hiaskan ia di penghujung ayat ini.
"Berilah peluang untuk aku menjauh demi senyum dan bahagiamu kini. Hingga biarlah suatu hari nanti yang tidak dirancang akan mengembalikan aku membawa senyum dan bahagia yang lebih bermakna buatmu. Suatu hal yang tidak dimaksudkan akan terjadi sendiri, tidak seperti apa yang telah aku cuba sampaikan dengan jelas tentang rasa hati ini padamu sebulan yang lalu"
No comments:
Post a Comment