Sungguh berlainan jenis kuntum bunga, namun di tanam di sebuah pasu yang sama. Bunga-bunga harmoni di panggil nama, oleh saya yang empunya cerita. Saya lihat, perhati dan teliti. Betapa istimewa antara ketiga-tiganya.
Hari-hari membawa lucu dan ceria, saat bermulanya subuh menjelma. Di hening subuh yang samar, terlihat si kuntum berwarna jingga kemerah-merahan memberi cahaya. Terlihat segar antara yang dua, warna yang kuat melambangkan ia amat tabah hadapi dugaan.
Hari-hari membawa hiba dalam tawa, apabila intel jadi simbolnya. (intel= ilang-ilang timbul). Tiada subuh atau malam, ia terkadang terlihat tanpa sedar. Si kuntum kuning, berwarna terang di raja. Masih mencari nilai untuk kembali menjadi orang biasa yang hidup dalam bersederhana.
Hari-hari membawa harapan dan suka, apabila terlihat indahnya hari itu akan tiba. Namun masih menunggu siapa yang sedia, di saat diri masih buntu mencari yang seadanya. Serius dan jujur dalam budaya. Ketika lambaian kuntum ungu menenggelamkan hari yang cerah, menghasilkan awan yang redup tanpa rasa.
Si petani dan juga peladang. Sungguh kasar telapak tangan, namun punya sentuhan lembut di taman. Menghargai kuntuman kesayangan, di saat petani terlihat keletihan. Ketika kesedihan menjenguk petani, kuntuman bunga pula datang menghalang si sepi.
Si petani akan selalu berada di sisi kuntuman bunga, apabila dia telah pulang dari ladang. Penat lelah tercurah di sana, hilang serta merta bila bersama kuntuman kesayangan. Walaupun begitu, petani harus tetap ada di ladang, bagi teruskan likunya yang masih panjang.
Sampai saat ini dan seterusnya, petani akan terus setia menemani si kuntuman bunga. Merawat dan menjaga hingga benar sudah matang dan cantik. Dan apabila tibanya suatu masa. Luas ladang jadi taruhan. Menjadi tempat di mana si petani akan menghindar, apabila kuntuman bunga telah sedia untuk di petik oleh tangan-tangan yang lembut dan tidak kasar seperti tangannya si petani.
2 comments:
mustahil si kuntuman bunga akan lupa pada tangan kasar petani yang menjaganya selalu
mustahil itu terasa, kerana si petani tidak punya apa-apa melainkan hanya ladang dan tanaman lain yang di usaha. oleh kerana menanam tanaman yang begitu lama menunggunya hasil, maka dengan itu terasa akan mustahil si kuntuman bungan dapat menunggu si petani, melainkan hanya janji buat si petani agar kuntuman bunga akan terus mekar hingga ada tangan yang lebih lembut dan sesuai bagi meneruskan penjagaan buat si kuntuman bunga dengan sah dan mutlak kelak. kalau dibicarakan tentang ingatan, memang kuntuman pasti tidak akan pernah lupakan jasa si petani, walau petani tidak mahu dikenang, cukuplah dengan membuatkan kuntuman bungan berasa nyaman dan tenang. itu sudah cukup buat si petani berasa gembira dengan puas :)
Post a Comment