Setelah itu ukiran senyuman terukir di wajah. Mengisi ruang rongga di pipi oleh otot-otot yang mula mengembang setelah hangat gembira di hati mula tersebar. Di ketika hati ini mula terhibur, tidak juga pernah aku lupakan apa itu erti syukur. Alhamdulillah ya Allah :)
Sudah siap semangat di dada. Maka tiba waktunya mencairkan apa yang ada di kepala. Iaitu mengenai dia :)
Dia
"Baru mula dari nama terbaca
Tidak pula rupa jadi tatapan
Ketika lena sedang jauh disana
Aku mencari seseorang buat sapaan
Oleh kerana ada istilah anatomi
Atas apa yang dipaparkan
Menjadi tanya di suatu pagi
Datang dari orang sembarangan"
Sembarangan sahaja orang itu bertanya. Perasan diri seolah-olah video ilmu itu hanya untuk dia lihat sendiri, sedangkan di tempat itu adalah laman terbuka buat siapa-siapa yang mahu melihat.
Adakah soalannya seperti ini? "apo kobondo ni cik? tak poham pak cik"
Soalan rambang dari aku yang tidak punya rasa malu bila bertanya. Seperti orang sesat jalan yang masih terpasang mata ketika waktunya harus dilelapkan. Bukan apa, malu itupun telah aku pinggirkan ia ke tepi, kerana sepertinya pernah aku dibacakan hal yang seperti itu sebelum ini oleh adik. Adik juga aliran pelajarannya lebih kurang sama seperti dia yang sedang belajar ini.
"Di mata terpacak gerigi
Menahan ia dari mencari mimpi
Jujur aku masih siuman lagi
Walau tanya tanpa fikir dia akan sudi"
Kemudian, dalam hitungan 3 menit. soalan aku akhirnya menjadi perhatian. Di jawab dengan ramah, seakan-akan kami pernah berkenalan lama dahulu, lebih dari ketua kampung sendiri mengenali diri aku. Sempat lagi ditambah ayat "hehe" di akhir ayatnya. Begitulah dia dari pandangan mata kasarku pada awalan aku terbaca tentang sifatnya. Ramah dan berfikiran terbuka! :)
"Detik terus dengan bunyi tik tiknya
Menjadikan masa tidak berhenti buat pusingan
Gelaran "cik" yang selalu mengiringi namanya
Tanda hormat aku atas seorang perempuan
Perempuan yang tidak sembarangan
Dari olah kata, dia seorang berpendidikan
Terlihat dari apa yang dia bahasakan
Tertutur ungkapan dia seorang yang berwawasan"
Berlebihan sangatkah aku berkata ini, takut kembang pula dia nanti. hihi. Oh tidaklah. Apa yang aku tulis ini bukan datang dari ayat manis yang menggoda. Bukan juga sebuah ayat rayuan gombal. Tapi, berdasarkan nilai yang terkesan dari insan yang tak terlepas dari melalui ujianNya.
Ujian kecewa dan sakit.
"Antara anak kecil dan dewasa
Di tengahnya itu apa?
Apakah masih ingusan
Atau sudah ada uban di kepala?
Rencah alam yang berubah-ubah
Semua rasa terpalit di dada
Diri dikhianati oleh orang yang salah
Menjadi hati yang sakit bertukar dewasa"
Hal yang paling sulit adalah menyalahkan diri sendiri, tetapi semua hal yang sulit itu boleh dileraikan dengan cara memaafkan diri sendiri terlebih dahulu. Pergolakan yang aku kotak katikan dari pendapat aku terhadap hal yang menyulitkan cik ini. Pendapat yang aku sediakan melalui kiasnya saat saling bertukar pandangan.
Tidak dinafikan, susunan kata bagi orang yang suka berfikir lebih menarik dari orang yang suka berkata-kata. Lebih rapi tidak gopoh mencipta maksud. Hampir juga memerangkap aku dalam intipati bahasnya. Maklum, bekas pelajar undang-undanglah katakan :P
Di waktu yang lain.
Dia suka pada apa yang aku biasa. Biasanya aku itu seperti orang lain yang mengatakan aku adalah seorang pujangga. Selalu sahaja dengan ayat yang biasa aku tulis dan coret di dinding 'laman biru' memberi rasa pada yang membaca. Sedangkan jauh untuk aku jadi seorang pujangga. Aku itu cuma anak yang umurnya tua yang punya wajah yang muda. ecece(plasan tak menentu aku) haha.
Di waktu yang lain.
Dia suka pada apa yang aku biasa. Biasanya aku itu seperti orang lain yang mengatakan aku adalah seorang pujangga. Selalu sahaja dengan ayat yang biasa aku tulis dan coret di dinding 'laman biru' memberi rasa pada yang membaca. Sedangkan jauh untuk aku jadi seorang pujangga. Aku itu cuma anak yang umurnya tua yang punya wajah yang muda. ecece(plasan tak menentu aku) haha.
Ya, cik ini serupa. Lebih layak lagi dia digelar seorang pujanggi? (istilah buatan aku atas berlawannya dari kata pujangga) mengada sajalah aku ini. Ya, aku tidaklah tahu pula istilah apa pula bagi seorang perempuan yang mahu digelar pujangga yang hanya sesuai untuk dipakai oleh lelaki. aduhai, istilah apa ya?
"Dia telah cuba dengan keras
Untuk tidak mudah mengalah
Mencantumkan hati yang lepas
Ciptakan maaf buat yang bersalah
Dia tidak mahu kenangan lalu punah
Hanya gara-gara asbab yang hina
Dia tetap mengaku sahabat yang gagah
Buat jalani hari muka dengan gembira"
Sesungguhnya kamu orang yang tabah. Serius kerana harus berusaha. Marah bila ada yang tak kena. Sedih bila tidak tertahan lagi rasa. Dan kamu cekal lalui sisa hidup walau bisa telah menular ke seluruh saluran darah.
Maka dengan itu cik,
"Bangkitlah dari kesedihan, kerana kesedihan adalah proses yang harus dilalui untuk menuju kebahagiaan. Dan selama cik yakin, tidak ada yang mungkin. Percaya diri! Cik lebih hebat dari yang cik fikirkan" :)
"Bangkitlah dari kesedihan, kerana kesedihan adalah proses yang harus dilalui untuk menuju kebahagiaan. Dan selama cik yakin, tidak ada yang mungkin. Percaya diri! Cik lebih hebat dari yang cik fikirkan" :)
"Di awal bicara ada salam diri
Di tengah ada isi yang mengisi
Andai ada salah kata turut terisi
Maaf di pinta oleh yang menulis ini
Andai ada waktu yang panjang lagi
Mahu saja coretan ini tidak berhenti
Namun saya harus mengundur diri
Terimalah salam dari saya, pak cik adi" :)