ya, aku mengerti. aku hanya berteman denganmu seorang. teman yang selalu dekat. ada bila aku bersedih. ada bila aku gembira. ada bila aku mahu bicara. ada bila aku diam sekali pun
kau lah itu, wahai kata-kata
sewaktu kecil, aku menjauhimu, kerana aku bermain dengan anak-anak kecil yang lain. sewaktu sudah besar, baru kamu dapat aku kenali kerana aku perlu kekuatan untuk mempertahankan manisnya hati aku
hati manis darah yang mencuka. muda-muda aku yang sengsara. mula-mula aku tertawa kerana tidak pandai menggunakanmu. dipertengahan cerita, aku menjadi lebih mengerti maksud yang ada dalam dirimu. di akhir dan bukan penamat, aku selesa menghiburkan hati dengan hanya dapat bermain denganmu wahai kata-kata.
dan aku jujur akui, kata-katamu lahir dari hati yang tulus, setulus orang yang ingin pergi buat selamanya.
No comments:
Post a Comment