Aku cuba untuk mewujudkan sebuah senyuman bagi cik adik manis. Tapi tidak juga kesampaian, kerana beberapa hal yang telah menimpa akan dirinya. Dia jatuh sakit, tidak sedap badan dan juga emosinya agak tidak menentu dalam beberapa hari ini.
Aku juga agak keberatan ingin menyambung, kerana tidak mungkin dia akan membaca cerita ini lagi apalagi sudi untuk singgah ke blog aku sebentar. Tanggapan aku, setiap patah kata yang terluncur keluar di blog ini mengundang rasa bosan. Aku cuma berharap agar dia cepat sembuh. Moga-moga keceriaan cik adik manis dahulu dapat kembali normal seperti mana dia yang pernah aku kenal dahulu.
Hari ini, tidak ada peristiwa yang istimewa berlaku. Hanya ada perkara biasa atau dalam erti kata lain tidak ada yang luar biasa. (eh sama sajalah kan?). Aku hanya mampu kuasai minda untuk terus fokus kepada pekerjaan. Bekerja demi sebuah keluarga dan juga untuk diri sendiri
Semahu hati, memang aku ingin hiburan sedikit. Selingan santai antara keseriusan bekerja. Jujur aku rasa sunyi. Jadi aku mulalah mencari keriangan dengan mencari cik adik manis. Namun hanya sekedarnya saja, kerana dia sedang berduka hadapi masalah kedemamannya. Hihi.
Memang benar, kalau aku katakan bahawa aku sudah jarang menjenguk laman sosial facebook. Aku jarang beramah mesra bersama mereka lagi. Mereka-mereka dan aku sangat rapat, walau hanya sebentar. Itupun ketika aku sedang aktif di laman sesawang ini.
Banyak sifat mereka-mereka aku perhatikan. Ada yang pandai mengubah bicara menjadi siratan yang mengandungi penuh makna, ada juga antara mereka sangat lucu bila memberi sebarang komen. Ada juga yang pandai menutup duka menyamar seperti bahagia dalam setiap penulisannya. Sungguh buat aku jadi tidak terkata bila gembira melihat reaksi mereka :)
(Menghembus lemas) Namun apa kan daya. Kini suasana suram jauh berbeza. Masing-masing seperti mengundurkan diri. Aku dan juga mereka. Jika aku, sebab aku menyepi, kerana ingin mereka punya banyak waktu untuk saling berkongsi suka dan tawa bersama teman mereka yang lain.
Jika mereka, dalam andai di dada. Mungkin saja mereka sibuk untuk menyambut lebaran bakal menjelma tidak lama lagi. Pulang ke kampung atau apa sahaja yang membuatkan mereka sibuk untuk tidak dapat sama berkumpul seperti dahulu lagi.
Setiap kali aku menjengah di blog sendiri. Aku perasan seperti ada yang memerhati. Menjadikan malu aku untuk menulis di blog menjadi tebal. Adoi. Memang aku ini mudah perasan juga ya. Baru sedar aku akan kenyataan itu. Hoho. Tidak mengapalah. Aku hanya menulis seadanya. Tidak sebaik blogger-blogger lain yang empunya cerita istimewa sendiri.
Petang tadi hujan. Lebat dalam setengah jam. Kemudian renyai dalam 1 jam. Bukannya betulpun aku kira, hanya agak-agak kan sahaja. :) Aku selesai kerja agak cepat hari ini. Jadi aku melencong jalan-jalan ke Masjid India. Seorang diri. Mencari mood untuk berhari raya nanti. Haihhh~ tapi tidak dapat juga. Tidak tahu lagi aku, untuk bagaimana merasa indahnya bila tiba hari raya nanti. :( Jadi harus kemana aku untuk mendapatkan mood itu?
Nanti sajalah aku cari emosi raya ini. Seharusnya, suasana Ramadhan mesti aku tetapkan di hati. Dan mungkin dengan cara itu suasana beraya pasti akan datang sendiri. :) Aku cuma mohon agar diri tidak dilupakan oleh mereka. Dan mereka di sana harap baik-baik sahaja.
Nanti satu saat pasti aku akan tegur mereka kembali.
Jam pun sudah mahu bergerak ke subuh. Adalah lebih baik aku akhiri dulu blog diari yang ntah apa-apa ini. Lagipun sudah kering idea mahu tulis apa lagi. Baik aku mengundur diri dan bersiap untuk bersahur. Maklum, sahur orang bujang. Paling susah nak bangun kembali kalau dah terbangun lebih awal dari waktu yang telah dikunci. Takut nanti terlepas sahur pula. Akhir kata, tinggal dulu ya wahai blog ku yang suram :)
No comments:
Post a Comment