Dan itu dia. Cabaran bagi saya untuk mengetahui keadaan cik yang sebenarnya. Lebih dari hanya bertanya "Salam. apa kabar" melalui sms.
Buat kerja gila kah saya cik?
Oh tidak. Inilah saya yang sebenarnya cik. Bukan mahu buktikan apa-apa. Namun, beginilah saya jika mahu benar menghargai sebuah persahabatan. Iya, kalau difikirkan bukan begini caranya. Namun, ia tetap menjadi kunci untuk membuka pintu sifat kedua kita yang jarang-jarang kita dapat lihat dalam diri ini.
Sememangnya saya tidak berniat sedikitpun sebelum mahu memulakan sebuah kisah tentang cik. Saya hanya ingin tahu, tentang apa yang sebenarnya telah terjadi dan apa kesan yang terjadi pada cik setelah beberapa bulan kita terpisah :)
Plot permulaan.
Dimulakan dari blog cik sendiri. Saya turut terkejut di atas penemuan yang baru dari sisi lain cik, apabila membaca isi kandungan yang sungguh indah walau jelek mahu diterima oleh golongan remaja masa kini. Dari situ saya turut menjadi insaf dan mulai sedikit sebanyak dapat meredakan gejolak perasaan saya seperti apa yang telah cik alami. Mungkin saja cik mengerti apa yang berlaku sebenarnya :) Mencari ilmu itu tanpa batasan. Tanpa kekangan. Sekarang ilmu itu dapat di capai hanya menggunakan jari. Dan itu yang cik gunakan sebagai ubat hati yang mungkin itu sahaja cik hanya mampu untuk lakukan di waktu senggang.
Namun begitu, saya tetap merasakan sesuatu yang aneh. Aneh tentang persoalan saya, mengapa cik dahulu pergi, dan kini datang kembali? Lalu di lihat secara kasar, sudah nampak sesuatu yang berubah dari cik. Apakah benar? Nah, dari sinilah bermula langkah seterusnya untuk saya mengambil tahu sendiri apakah benar sinopsis yang saya agakkan ini. (",) - walau kita tak pernah bersua, pun kan ;)
Plot perkembangan
Saya mula cari sesuatu isu, bagaimana plot untuk cik boleh saya kembangkan. Saya pilih isu yang cik sendiri takut akan mengulanginya lagi. "Isu Perasaan". Bermula tanggal 6 Ogos lalu. Cik ingatkan hari itu? Hari di mana saya mencari umpan untuk dijadikan modal sebuah cerita.
- SMS Dan PM
Memang tak nafi, bosan turut pasti ada bila bermain fb bila waktu kosong. Saya berfikir, alangkah baiknya minum sambil makan tembikai. Dua-dua dapat air. Selain bertanya kabar cik, saya turut mencari modal sebuah kenangan. Kenangan mudah agar dapat mengusik sedikit tawa cik. Sms zaman sekolah-sekolah dulu, walau tidaklah pasti itu dapat memberi lucu. Namun saya tetap cuba juga. Akhirnya respon cik turut terbalas dengan nada sedikit suka. Di dalam PM turut membantu, sengaja saya offlinekan di ruangan chat, agar saya dapat menyemak kembali kata-kata apa yang sesuai dibicarakan. Agar sampai ke tujuan untuk menjentik perasaan cik agar ia bergetar kembali. Maafkan saya cik :)
- Tulisan entri di blog.
Tidak tahu mengapa, saya tiba-tiba jadi gila berblog. Padahal tidak pernah mahu ingin ke sini. Mungkin kerana hasutan dari pengalaman indah bila singgah di blog cik tempoh hari, saya turut terikut untuk mula mempersembahkan sesuatu. Suatu yang saya biasa lakukan, iaitu "kiasan". Saya lebih suka berkias dalam berterus terang. Agar setiap yang baca tidak jelas di atas apa yang saya karang. Terkadang, dalam maksud tersirat kata-kata saya, saya memberi dua pilihan untuk difahami. Faham untuk mengerti atau faham untuk berfikir lagi.
- Kerenggangan waktu
Ada sewaktu ketika, saya memilih untuk diam sebentar, walau hati mendadak ingin terus bersmsan. Saya tetap tahan. Namun, kalah juga. Kerana cik turut membantu mengembangkan sendiri plot cerita cik. Dengan tiba-tiba sudah tidak berasa kekok menghantar sebuah sms pada saya. Hantar pula ketika saya sedang sibuk bekerja. Menunjukkan rata-rata waktu untuk tidak terus terbeban dalam berkata-kata. Jadi ia menjadi semakin mudah. Mudah untuk saya lanjutkan pada peringkat seterusnya.
Dari situlah antara benar atau tidak saya mula menyatakan perasaan saya, walau sebenarnya saya sudah tahu apa yang seharusnya tidak saya lakukan. Plot rumit ini menjadi lebih merumitkan jauh dari sangkaan. Oleh kerana itulah, terjadinya peristiwa kejab baik, kejab riang dan kejap suram. Hehe.
Kekuatan status
- Dari status fb, saya berusaha mengolah kata agar plot yang merumitkan ini tidak membebankan saya untuk beremosi. Muncul emosi saya yang turut memancing emosi cik jua.
Plot Klimaks
- Berlanjutan ke plot klimak, saya hanya mampu tulis "klimaks" kerana saya tidak tahu bagaimana menulis dalam bahasa melayu bagi istilah tersebut. Namun yang pastinya, plot ini sudah hampir ke penghujungnya, Apabila sudah saya duga, cik sebenarnya sudah berjaya membuktikan pada saya yang cik benar-benar sudah berubah seperti apa yang saya jangkakan pada awal pertemuan iaitu di awal bulan lapan lalu. :)
- Terus terang saya katakan, ada sedikit pahit terasa dalam hidup bila dapat jawapan yang sendiri sudah saya dapatkannya dahulu, sebelum cik memberikan jawapan. Kebetulan diujung-ujung plot saya menambahkan sesak cik untuk bernafas bila saya turut melibatkan orang lain. Tidak semena-mena, ia menjadi kejutan hati sehinggakan ia memberansangkan minda untuk melahirkan perasaan yang bercampur-campur. Maafkan saya cik.
Plot peleraian
-Plot terakhir ini terjadi pada hari ini, 23 Ogos. Setelah satu hari saya menunggu dari semalam. Semua kisah tentang cik selama kita terpisah dalam beberapa bulan telah jelas bercerita di benak saya. Siapa yang buat cik sakit hati, kenapa cik pergi meninggalkan saya, bagaimana kisah cik yang telah saya terlepas pandang dan mengapa cik datang mencari kembali si pelontar kata ini. Saya sudah mengerti, cik. :) Dalam masa yang sama, kerja gila yang saya buat ini turut memberi sebuah kenangan yang berguna, untuk saya dapat perbaiki diri menjadi lebih baik lagi.
Akhir kata, berilah saya kemaafan sekiranya saya telah menyakiti hati cik. Tujuan saya buat begini bukan lah untuk memberi cik kesedihan, kesakitan atau ingin mengulang kembali peristiwa yang jelas cik tidak mahu mengulanginya lagi. Oleh kerana keadaan kita yang tak pasti akan dapat berjumpa ini, saya cuba berusaha juga untuk dapat melihat cik, seseorang yang masih menjadi igauan saya kerana kita hanyalah begini-begini sahaja bila bertemu. Bertemu di antara dinding teknologi, mencari istilah sesuai untuk menyedapkan hati saat kita mula menjadi sahabat. Cuma hanyalah sahabat jendela maya :)
No comments:
Post a Comment