Aku letih. Aku lelah. Aku lemah. Cukuplah. Sehingga sini sahaja. Aku tak mampu mengagumi sesiapa. Malah, untuk diri sendiri. Aku tak mampu untuk memberi senyuman pada mereka-mereka lagi. Malah untuk diri aku sendiri.
Aku jangan disamakan dengan yang lain. Aku tahu batas ego yang dijijikkan oleh mereka-mereka. Dan aku juga tidak pernah mahu tahupun cara mengadili hati seseorang. Aku cuma hayati maksud tersirat yang ada dibaca oleh mata.
Sekiranya salah kefahamanku, agar lebih mudah dijelaskan tanpa ragu-ragu. Dan aku mohon, janganlah pula aku dituduh sebagai penuduhmu. Aku tidak sanggup dilabel sebagai penuduh. Aku lebih rela dilabel sebagai pengkritik. Bukan untuk kamu, tapi untuk apa yang aku baca.
Terserah pada penafsiran masing-masing. Itu adalah tafsiran ku. Jika itu salah, bisa dijelaskan tanpa perlu aku disakiti seperti mana aku merayu agar dapat penjelasan darimu. Jangan dikemut masalah itu, lalu di ludah dibelakangku. Aku tidak mahu hati ini dijaga sedangkan hatimu dibiarkan ke tepi.
Biarlah, andaianku bukanlah egoku. Aku sudahpun musnahkan silam lalu, tidak perlu lagi aku menunggu. Dan tidak perlu lagi aku di cari, sungguh tidaklah tahu sebab kenapa aku di cari lagi. Aku bukanlah seorang manusia yang bisa mengagumi manusia yang lain. Aku itu cuma manusia yang hanya mudah memberi rasa hambar kepada manusia yang mengenali aku.
Bukan mahu lemah semangat. Bukan mahu merendah. Bukan mahu perkecilkan diri sendiri. Tetapi kerana aku sudah sedar kelemahan diri yang masih punya rasa berani untuk dapatkan sesuatu yang tidak pasti akan aku miliki.
Lupakan saja, kan lebih baik? Kenapa tidak dapat lupa. Apa yang pernah aku buat sehinggakan kamu tidak dapat melupakan aku? Bukannya siapa-siapa aku ini. Cumalah si buta yang berani lintas jalan tanpa ditemani.
Cukup, tidak perlu panjang memancing emosi. Aku lebih selesa hidup hambar daripada hidup dalam kemanisan. Penuh dengan pura-pura gembira yang sedikit sebanyak memakan hati aku hingga habis. Kini hati itu sudah tidak ada ditempatnya lagi.
jadi, biarkan sahaja aku begini...

No comments:
Post a Comment