Tuesday, August 9, 2011

Mencari damai yang tidak nampak di mata

Tidak akan pernah lagi meletakkan fikiran ke jalan buntu. Jalan yang ada sahaja perkataan "sayang". Aku lelah. Tidak ada perlunya cinta dalam hati. Tidak ada perlunya suka diam-diam. Luahan hati secara terus terang juga tidak mampu memberi jawapan yang melegakan. Apa dia boleh sedar yang aku sedang mengintainya? Adakah si dia mengerti segala coretan siratan yang aku karang ini.

Semuanya ini memberi tentangan yang menduga buat hati yang bersifat kaca. Dan aku tak ingin mengurungnya dalam kaca rapuh lagi. Seharusnya aku biarkan saja hati ini menjalankan fungsinya saja agar aku tidak pernah lagi mengutip-ngutip sebarang perasaan. Cukuplah apa yang dirasakan dahulu menjadi bekalan. Mungkin sampai basi akan aku simpan. 

Tidak ada gunanya aku merapu dalam berbicara yang datangnya dari siulan hati. Siulan yang sangat membingitkan halwa telinga. Aku harus keras. Biarlah semua orang jalani kisah sendiri-sendiri. Aku suka hanya naluri. Dan tak akan lebih dari memenuhi permintaan hati lagi.

Jerah aku lempiaskan ke dasar fikiran. Tidak mampu itu ini. Aku si pengembara. Aku si pelontar kata. Aku ini bukannya siapa-siapa. Aku hanyalah insan yang dahulu pernah diremehkan oleh kegagalan. Kegagalan demi kegagalan sampai akhirnya tidak berkunjung juga kejayaan yang aku pinta.

Aku sakit, terlalu sakit dalam membawa jiwa separuh mati ini. Jiwa yang tidak penuh selami siapa diri ini yang sebenarnya. Bingung dan celaru di mana seharusnya aku bermula. Mencari sebuah kedamaian yang dahulu pernah ku katakan. "Mencari damai yang tidak nampak di mata"


No comments: