Monday, August 8, 2011

Redupkah hari ini?

Mungkin ada tanda tanya, dari hati yang sering berasa pilu saat mata bertentangan dengan apa yang dilihatnya. Dari mata dapat menggambarkan apa yang tersirat di hati. Apalagi dari mata yang redup. Telah jelas lagi di suluh, betapa sirnanya derita yang dirasakan apa yang dilihat oleh yang bergelar sahabat.

Mungkin ada tanda tanya. Pertanyaan yang perlu di beri, pada diri yang samar-samar tahu jawapannya. Mata yang redup adakalanya bisa membuatkan hati gemuruh menahan sedih dan hiba. Cukuplah sahaja apa yang sahabat itu rasa bisa membahagi duka yang ditanggung olehnya. Tanpa ada kata penjelasan, ianya telah jelas terlihat apa yang bermain di dalam redupan mata sahabat.

Berasakan sahabat jua tahu, dan berharap dia perasan akan dirinya selalu diperhatikan. Biarlah dari mana pandangannya berada. Jauh atau dekat. Pastinya dia akan berasa bahagia seperti bahagianya seketika dahulu. 

Penderitaan akan ada kejernihan keriangan sampai saatnya nanti. Ketika ada yang menghulur tangan dan sebuah ucapan, "jadilah temanku lagi". Kata-kata ubat buat hati yang selalu berharap. Apalagi jika ucapan itu mampu memberi dia tenaga untuk mengukir sebuah senyuman. Senyuman perhatian dari seorang sahabat, membuat hati dia berbunga kembali setelah dihargai sejak kali pertama dia mengenali sahabat.

Jika persoalan lagi timbul dari sahabat. "Bagaimana kau bisa mengerti aku". Cukup hanya dia menjawab, "aku kenal kamu dari penulisanmu". Jika persoalan tentang peribadi sahabat diketahui. Cukup hanya dia menjawab. "sudah lama kita menjauh, sampai kini baru berjumpa kembali" . . . 

No comments: